Friday, October 19, 2007

Selamat Hari Raya

Tahun ni raya..kami bertiga sedondon Hijau.
A'kum...salam di petang jumaat. Hari ni hari kedua axa bekerja selepas cuti raya. Tak ramai kat ofis ni. Tapi alhamdulillah...axa dah ada tempat dan pc sendiri. Kesihatan tak berapa baik... actually dah beberapa hari axa sakit perut..biasa la..ulser tu dtg lagi kot. Kalau ikut ayah aszra...ulser tu tak datang tapi axa yang ajak dia datang. He he he. Semalam dua kali muntah. Mula2 kat rumah Haris..pastu kul 3 pagi muntah lagi. Dan pagi tadi asyik ke tandas je.. semua serba tak kena. Masuk makanan je mesti keluar atas bawah. Hmm... risau axa. Badan pun lemah je. Pagi tadi gagah kan jugak gi kerja. Duk dlm aircond kat ofis ni pulak..menambah rasa sakit pada sendi2 axa. Badan pun dah start panas. Jangan la melarat.

Ok la.. nak citer pasal raya, hmm dah seminggu dah kita beraya. Sehari sebelum raya axa bertolak ke Seremban. Turn seremban pulak. Sempat la tolong ibu masak rendang, ketupat dan kuah lemak. Aszra pun sibuk menolong jugak. Ayah aszra pulak setelah 29 tahun baru la dia pandai buat ketupat. So.. malam raya, ada takbir dr rumah ke rumah. Mcm kat klang jugak la. Pagi raya..lepas sembahyang raya ada jamuan makan kat surau. So.. jiran tetangga berkumpul dengan bawak makanan untuk dijamu. Best jugak. Pastu lepak kat rumah je. Sebelah petang kak Aida and family sampai... sempat la ambik gambar keluarga. Tu gambar kat bawah tuh.

Raya ke dua.. axa balik klang. Jalan2 gi rumah sedara mara. Dapat la kumpul duit raya aszra yang banyak itu. Thanks aszra..tolong ibu ayah..he he he. Raya ketiga, bakal adik ipar axa datang beraya... Afat pun datang jugak..sekali menjemput wedding dia la. Hari tu jugak axa kena alergik. Habis muka dan mata axa bengkak. Tak tahu la makan apa. Perut pun mula la sakit. Sib baik lepas gi klinik, surut bengkak tuh. Kalau tak..memang axa tak keluar rumah la nampaknya raya ni.
Raya tahun ni memang banyak bersederhana je kami sekeluarga. Kuih pun tak beli sangat. Mak ngan adik memang buat tiap2 tahun. Ok la..ni ada gambar yg axa ambik masa raya hari tuh.

Ni family axa kat Kapar.

Ni pulak family ayah aszra kat Seremban

Aszra bergaya dengan baju dr Mamacu

Baju ni special tempah kat Auntie Shikin

2 comments:

bANgsaL buROk said...

ramainyer tema ijo raya thn nie..kiter pon ijo gak..sepupu pon ijo..hehehehe..

Anonymous said...

hehehe.. tu lah untungnya ada anak..seronok kumpul duit raya... tapi duit tu kena masuk tabung aszra kak as.. mak bapak takleh guna.. :P