Wednesday, October 10, 2007

My new environment

A'kum.... rasanya, time axa menaip kat sini dah pun masuk hari rabu. Dah 10hb... dan lagu 2 hari je kite dah nak raya kan. Kejap je rasanya.

Axa tak ada cerita yang spesifik untuk dicoretkan kat sini. Just sekadar update tentang life axa. Gambar kat atas tuh...baru je diambil kelmarin. Itu la rakan sekerja axa yang baru. Semua tu adalah staff Seksyen Pentadbiran, Multimedia dan Web, Bahagian Teknologi Maklumat, ICU, Jabatan Perdana Menteri. So..axa kini salah seorang dari nya. Bahagian Teknologi Maklumat ni di ketuai oleh Puan Rosni, Pengarah(duduk ditengah2). Kat Seksyen axa ni ada seorang Ketua Penolong Pengarah, 3 orang Penolong Pengarah (termasuk axa) dan selebihnya ialah kumpulan sokongan yang terdiri dari Penolong Pegawai dan Pembantu Tadbir. Sesi foto ni diambil selepas mesyuarat seluruh Bahagian Teknologi Maklumat. Tu la first meeting yang axa hadiri. Bilik meeting kat JPM tu..

Ok... lagi tentang axa. Axa baru je tahu yang axa akan Konvo pada 14/11/2007 (Rabu). Tinggal sebulan je lagi. Seronok pulak rasanya. 7 tahun lepas, axa dpt degree..dan insyaAllah bulan depan Master pulak. Tinggal satu peringkat je lagi untuk axa capai cita2 axa. InsyaAllah ..kalau ada rezeki.

Ok la...sempena Hari Raya yang bakal tiba Sabtu ni, axa ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas setiap salah silap axa pada sesiapa saja yang mengenali axa. Semoga ikatan sillaturrahim ni.. akan terus berkekalan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

p/s: Axa nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat sepupu axa, Noi @ Norashikin yang menyambut hari lahirnya yang ke 29 pada hari ini, 10/10/2007. Semoga tabah, tenang dan sabar dalam menempuh setiap dugaan yang mendatang. Sesungguhnya, Allah menguji hambanya, berdasarkan kemampuan hamba tersebut. Sayang Noi....

1 comment:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri" Maaf Zahir & Batin buat axa sekeluarga ...Semoga lebaran yg bakal menjelang nanti akan membawa seribu kebahagiaan..