Monday, October 01, 2007

Axa dan tempat baru

A'kum..salam di malam Isnin yang sejuk ni. Dah beberapa hari axa tak menjenguk ke sini. Nampaknya mulai hari ini, axa hanya dapat mengemaskini blog axa ni pada waktu malam je la. Nak YM pun office hour pun tak ada peluang nampaknya.

Ok la...hari ni, hari ke 3 axa ditempat baru. Kat mana?? Ramai yang dah tahu... Tu gambar kat atas tu la pejabat baru axa. Tak pernah termimpi atau berangan pun nak kerja kat bangunan yang cantik macam tuh. Tu baru kat luar....kat dalamnya.. lanskapnya, mcm rasa berada kat luar negara pun ye jugak. Ini lah rezeki axa. Alhamdulillah...walaupun axa terpaksa drive sendiri lepas ni...tapi axa akan cuba menerimanya sebagai satu perubahan dalam kitaran hidup axa. Kalau sebelum ni...pergi dan balik..bersama ayah aszra, kini axa tak ada peluang nak tidur kat seat penumpang tiap2 pagi. Kena lah drive sendiri. But... i really miss that moment la.

Masuk di tempat baru ni...memang tak seperti yang axa atau ramai orang fikirkan. Biasala..persepsi dan pandangan manusia memang begitu. Axa juga pernah berfikiran yang sama. Tapi selepas melangkah ke sini...axa dapat lihat ianya benar2 berbeza dengan apa yang kita selalu fikirkan... Axa selalu berdoa..mudah-mudahan di sini axa akan lebih berjaya dalam kerjaya dan juga kehidupan axa.

Ok la..once axa stabil dengan kerja ni...axa akan kembali menulis seperti biasa. Buat masa sekarang..axa masih dalam training/orientasi dan proses penyesuaian persekitaran baru. Susah juga nak tukar semua esp kite dah berada di satu tempat dengan agak lama.

8 comments:

AfzaNistrator said...

Chaiyok! chaiyok! Kak As..

NaNa said...

Axa,

I know you are bz, but just to let you know that I've tagged you.

Do take yr time..hehhehehe

as a.k.a axa87 said...

Thanks afzan..

Kak 'Nana'...ok la.. i'll try my best to do the tag... miss everybody a lot.

milo said...

welkem to 'gomen world'.. cuti raya dpt bape hari..

Anonymous said...

Helicrate did say... Only in changes, would you find purpose in life. Good luck dear. Hope you find a new purpose in your career.

Love, Dura.

Rin said...

Hi Axa.. i doakan moga u selesa kat tpt baru ye.. kdg2 tpt baru ni banyak dugaan.. wish u all d best..k..

Raya thn ni tak balik kampung?

tim said...

welcome to 'gomen world' too... heheheh...

Asrof said...

ape laa gomen nie... laki nak jumpa isteri sindri pon susah....