Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati
Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita
Reff:
Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa
Ps: Semalam axa tengok satu drama bersiri.. ada keluar lagu ni nyanyian Peter Pan. Tiba2 axa rasa rindu sangat kat seorang sahabat axa. Walau pun sebenarnya kami dekat tapi sebenarnya kami dah jauh. Hmm...
Tuesday, October 30, 2007
Trip to Mersing
A'kum..salam di pagi Selasa. Axa baru masuk kerja hari ni. Semalam terpaksa MC gara2 alahan dengan pain killer. Teruk betul bengkak kat muka axa semalam. Rasa jadi mcm org Jepun pulak sebab mata sangat sepet. Kat tengah hari baru surut. Alhamdulillah hari ni muka axa kembali seperti biasa.. tapi still kena maintain ubat gastrik coz pain killer tu menyebabkan axa sakit perut balik. Dugaan sungguh.
Jumaat lepas..kul 9.30 malam...axa, ayah aszra, Aszra dan Kak Dura (kak ipar) bertolak ke Mersing. Ibu, Ayah, Neng, Hazrik dan Humaira dan sampai sana since Khamis. Kami sampai kul 3.30 pagi. Mengantuk sungguh. So..siang hari Sabtu..mula2 plan kami ialah gi kubur Tok Rahim (Atok Ayah Aszra) dan kubur sedara mara yg lain. Then gi umah uncle Aman (abang Ayah) dan gi rumah Mak Melah (pengasuh Ayah Aszra masa kecik2 rasanya). Lepas tu petang apa lagi....gi Pantai Air Papan dan mandi ler....he he he. Petang tu jugak Kak Dura terima call dari kawan dia Kak Zila yang mengatakan adik Sheikh Muzaffar (angkasawan negara) dah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nampak kak Dura nangis...coz they were close before.
Kami cancel program hari Ahad, sepatutnya singgah ke Batu Pahat untuk ziarah sedara mara sebelah ibu pulak. Tapi Kak Dura, Ibu dan Ayah nak rush balik untuk menziarahi keluarga Pak Sheikh. Actually... keluarga mertua axa dan keluarga pak sheikh ni memang family friend dah bertahun2. Kak Dura dan Sheikh Muzaffar(diaorg panggil Muzz) tuh sama2 gi India buat Medic. Student melayu yang pergi masa tu tak ramai, so memang rapat la, sampai family pun dah kenal dan macam saudara sendiri. So.. kami memang dah kenal Angkasawab kite tu sebelum dia jadi glamour lagi.
Pukul 5 lebih baru sampai ke Seremban. Lepas tu terus ke Kubur. Ibu Ayah dan Kak Dura pergi dulu. At least diaorg dapat jumpa Uncle dan Auntie Zuraida. Ibu Kata Auntie memang dah tak larat..then masa Sheikh Muzaffar tu sampai..punyer la ramai reporter. Kesian dia...dia balik untuk ke kubur adik nya..tapi orang ramai nak serbu dia.
Finally axa dan ayah aszra sampai klang pukul 11.30 malam. Masa tu Kak Dura dah pun tampalkan plaster pain killer dan bandage kan tangan axa yang terseliuh. So..malam tu axa bawak la tidur terus. Bangun2 je pagi semalam...terus bertukar jadi orang Jepun. Tapi ok jugak..at least semalam axa dpt rest after balik dr Mersing.
Thursday, October 25, 2007
Majlis2 Hari Raya di JPM
A'kum..salam di pagi khamis. Letih betul..gi Kwsp kajang, sampai2 je sistem tergendala. Buang masa je pergi...esok kena la pergi lagi. Bosan betul. Hari ni axa dr Klang. Semalam tengok Aszra happy betul. Maybe sebab ibu ngan ayah balik. Punyer la kuat suara dia berckp. Ada certain2 word tu kite faham la kan...tapi selebihnya, bahasa dia la. Makin lama makin bijak Aszra. Tapi pagi tadi axa nampak kelopak mata kanan dia merah..tak sure kena apa, kena gigit semut ke..atau kena ketumbit. Hopefully tak melarat.
Hari ni ada Majlis Hari Raya ICU + Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. So.. kat perkarangan ofis axa ni, dah banyak stall di buka. Leh makan free. He he he. Semalam Majlis Hari Raya JPM. Pak Lah as VVIP. Sempat la hulur tangan ngan dia. Axa jaga stall nasi Ayam ICU. Seronok jugak.. kat Unitar dulu pun axa selalu handle event. So kat sini pun..axa boleh join. Btw.. congrats to Fairuz (Alam Setia) yang dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun ni. Apa lagi..open table la bro.
Friday, October 19, 2007
Selamat Hari Raya
Tahun ni raya..kami bertiga sedondon Hijau.
A'kum...salam di petang jumaat. Hari ni hari kedua axa bekerja selepas cuti raya. Tak ramai kat ofis ni. Tapi alhamdulillah...axa dah ada tempat dan pc sendiri. Kesihatan tak berapa baik... actually dah beberapa hari axa sakit perut..biasa la..ulser tu dtg lagi kot. Kalau ikut ayah aszra...ulser tu tak datang tapi axa yang ajak dia datang. He he he. Semalam dua kali muntah. Mula2 kat rumah Haris..pastu kul 3 pagi muntah lagi. Dan pagi tadi asyik ke tandas je.. semua serba tak kena. Masuk makanan je mesti keluar atas bawah. Hmm... risau axa. Badan pun lemah je. Pagi tadi gagah kan jugak gi kerja. Duk dlm aircond kat ofis ni pulak..menambah rasa sakit pada sendi2 axa. Badan pun dah start panas. Jangan la melarat.
Ok la.. nak citer pasal raya, hmm dah seminggu dah kita beraya. Sehari sebelum raya axa bertolak ke Seremban. Turn seremban pulak. Sempat la tolong ibu masak rendang, ketupat dan kuah lemak. Aszra pun sibuk menolong jugak. Ayah aszra pulak setelah 29 tahun baru la dia pandai buat ketupat. So.. malam raya, ada takbir dr rumah ke rumah. Mcm kat klang jugak la. Pagi raya..lepas sembahyang raya ada jamuan makan kat surau. So.. jiran tetangga berkumpul dengan bawak makanan untuk dijamu. Best jugak. Pastu lepak kat rumah je. Sebelah petang kak Aida and family sampai... sempat la ambik gambar keluarga. Tu gambar kat bawah tuh.
Raya ke dua.. axa balik klang. Jalan2 gi rumah sedara mara. Dapat la kumpul duit raya aszra yang banyak itu. Thanks aszra..tolong ibu ayah..he he he. Raya ketiga, bakal adik ipar axa datang beraya... Afat pun datang jugak..sekali menjemput wedding dia la. Hari tu jugak axa kena alergik. Habis muka dan mata axa bengkak. Tak tahu la makan apa. Perut pun mula la sakit. Sib baik lepas gi klinik, surut bengkak tuh. Kalau tak..memang axa tak keluar rumah la nampaknya raya ni.
Raya tahun ni memang banyak bersederhana je kami sekeluarga. Kuih pun tak beli sangat. Mak ngan adik memang buat tiap2 tahun. Ok la..ni ada gambar yg axa ambik masa raya hari tuh.
Ni family axa kat Kapar.
Ni pulak family ayah aszra kat Seremban
Aszra bergaya dengan baju dr Mamacu
Baju ni special tempah kat Auntie Shikin
Wednesday, October 10, 2007
My new environment
A'kum.... rasanya, time axa menaip kat sini dah pun masuk hari rabu. Dah 10hb... dan lagu 2 hari je kite dah nak raya kan. Kejap je rasanya.
Axa tak ada cerita yang spesifik untuk dicoretkan kat sini. Just sekadar update tentang life axa. Gambar kat atas tuh...baru je diambil kelmarin. Itu la rakan sekerja axa yang baru. Semua tu adalah staff Seksyen Pentadbiran, Multimedia dan Web, Bahagian Teknologi Maklumat, ICU, Jabatan Perdana Menteri. So..axa kini salah seorang dari nya. Bahagian Teknologi Maklumat ni di ketuai oleh Puan Rosni, Pengarah(duduk ditengah2). Kat Seksyen axa ni ada seorang Ketua Penolong Pengarah, 3 orang Penolong Pengarah (termasuk axa) dan selebihnya ialah kumpulan sokongan yang terdiri dari Penolong Pegawai dan Pembantu Tadbir. Sesi foto ni diambil selepas mesyuarat seluruh Bahagian Teknologi Maklumat. Tu la first meeting yang axa hadiri. Bilik meeting kat JPM tu..
Ok... lagi tentang axa. Axa baru je tahu yang axa akan Konvo pada 14/11/2007 (Rabu). Tinggal sebulan je lagi. Seronok pulak rasanya. 7 tahun lepas, axa dpt degree..dan insyaAllah bulan depan Master pulak. Tinggal satu peringkat je lagi untuk axa capai cita2 axa. InsyaAllah ..kalau ada rezeki.
Ok la...sempena Hari Raya yang bakal tiba Sabtu ni, axa ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas setiap salah silap axa pada sesiapa saja yang mengenali axa. Semoga ikatan sillaturrahim ni.. akan terus berkekalan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
p/s: Axa nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat sepupu axa, Noi @ Norashikin yang menyambut hari lahirnya yang ke 29 pada hari ini, 10/10/2007. Semoga tabah, tenang dan sabar dalam menempuh setiap dugaan yang mendatang. Sesungguhnya, Allah menguji hambanya, berdasarkan kemampuan hamba tersebut. Sayang Noi....

Monday, October 01, 2007
Axa dan tempat baru
A'kum..salam di malam Isnin yang sejuk ni. Dah beberapa hari axa tak menjenguk ke sini. Nampaknya mulai hari ini, axa hanya dapat mengemaskini blog axa ni pada waktu malam je la. Nak YM pun office hour pun tak ada peluang nampaknya.
Ok la...hari ni, hari ke 3 axa ditempat baru. Kat mana?? Ramai yang dah tahu... Tu gambar kat atas tu la pejabat baru axa. Tak pernah termimpi atau berangan pun nak kerja kat bangunan yang cantik macam tuh. Tu baru kat luar....kat dalamnya.. lanskapnya, mcm rasa berada kat luar negara pun ye jugak. Ini lah rezeki axa. Alhamdulillah...walaupun axa terpaksa drive sendiri lepas ni...tapi axa akan cuba menerimanya sebagai satu perubahan dalam kitaran hidup axa. Kalau sebelum ni...pergi dan balik..bersama ayah aszra, kini axa tak ada peluang nak tidur kat seat penumpang tiap2 pagi. Kena lah drive sendiri. But... i really miss that moment la.
Masuk di tempat baru ni...memang tak seperti yang axa atau ramai orang fikirkan. Biasala..persepsi dan pandangan manusia memang begitu. Axa juga pernah berfikiran yang sama. Tapi selepas melangkah ke sini...axa dapat lihat ianya benar2 berbeza dengan apa yang kita selalu fikirkan... Axa selalu berdoa..mudah-mudahan di sini axa akan lebih berjaya dalam kerjaya dan juga kehidupan axa.
Ok la..once axa stabil dengan kerja ni...axa akan kembali menulis seperti biasa. Buat masa sekarang..axa masih dalam training/orientasi dan proses penyesuaian persekitaran baru. Susah juga nak tukar semua esp kite dah berada di satu tempat dengan agak lama.

Subscribe to:
Posts (Atom)