Friday, March 30, 2007
Tabah, Kuat dan Semangat
Salam dipagi Jumaat yang sejuk je. Petang semalam hujan. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya basah juga tanah dan jalan yang semakin kontang. Dah beberapa hari axa tak menulis. Hmm.. bukan tak ada masa menjenguk ke sini, tapi axa terpaksa menumpukan kepada yang lain. Hari-hari yang berlalu terpaksa axa hitung. Tak lama...hanya tinggal genap sebulan sebelum semuanya berakhir. Dan untuk mengakhirinya...axa perlukan kekuatan dan semangat yang tinggi. Konsentrasi axa juga perlu bagi memastikan hasilnya seperti yang diharapkan. Mudah-mudahan, axa tabah dan kuat menghadapi semua rintangan dan cabaran.
Just nak buat beberapa ucapan kat sini sebelum terlupa.
1. Happy Belated Birthday buat Kak Aida (kakak ipar) yang ke 3* pada 28 March yang lalu. Semoga selalu success dalam kerjaya dan jadi ibu yang terbaik buat Hazrik dan Humaira.
2. Selamat Pengantin Baru buat cousin axa, Faiz yang melangsungkan perkahwinan pada 25 March yang lalu. Semoga Bahagia ke anak cucu.
3. Tahniah buat sahabat baik axa, Rauf Arafat Mohd Arshad yang akan melangsungkan pertunangannya pada 31 March 2007, dengan gadis pilihannya Nurul Afzan Aini. Semoga berkekalan ke jinjang pelamin dan semoga bahagia selalu.
Tuesday, March 27, 2007
Monday, March 26, 2007
3 perkara..
1. Ketika melintas di sebuah gerai tepi jalan tempat kami parking, kami ternampak sepasang remaja yang mungkin sedang asyik bercinta duduk di depan gerai tersebut sambil melakukan perbuatan yang agak kurang sopan bagi seorang islam. Tuan kedai setakat menggeleng dan yang best nya sebelah meja remaja tuh, duduk sepasang suami isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil. Kesian budak2 tuh, kecik disajikan dengan aksi yang tidak patut dilihat. Dan kami...dengan serba salah, hanya mampu naik kereta dan jalan... Sedih tengok anak melayu kita terang-terangan berani buat mcm tuh.
2. Ketika singgah sebentar makan gerai tom yam kat sebelah Leisure Mall, kami terpandang pulak seorang lelaki cina yang terlelap di depan makanan dan minuman yang dah ditempahnya. Penat agaknya. Yang kelakar, bila dia terjaga.. dia tak terus makan tapi lepas menguap beberapa kali dia terlena balik. Kami ni asyik tergelak tengok lelaki Cina tu terlentok2. Sampai kami habis makan dan nak bergerak balik pun lelaki tuh still kat situ.
3. Ketika dlm perjalanan di Area Taman Bukit Segar, dari jauh kami ternampak sepasang remaja yang sedang bergaduh. Axa dapat lihat remaja perempuan tuh ditampar. Dan masa kami melintasi, remaja perempuan tu tengah memegang bibirnya yang mungkin sakit atau luka. Kami tak sedap hati lalu berpatah balik dan masa kami lalu sekali lagi, remaja lelaki tuh menjerit memarahi kami kerana melihat mereka. So apa lagi, kami memang geram dan patah balik. Masa tuh pulak ada seorang lelaki bermotorsikal datang. Bila kami menghampiri da berhenti, axa tanya pada perempuan tu samada dia dipukul atau tidak dan dia diam. Dan lelaki yang baru datang tu bagi tahu mereka ada masalah keluarga..dan dengan selamba axa sound diaorg... ala2 polis gitu dan finally dua2 motor tuh pergi dari situ.. geram betul bila lelaki sanggup pukul perempuan.
So, moral of the story... dalam shari sebenarnya banyak perkara yang boleh terjadi. Cuma kita sedar atau tidak dan samada kita mahu campur tangan, memerhati atau sekadar membiarkan...tepuk dada tanya lah selera masing-masing.
Friday, March 23, 2007
Mencari dia yang hilang...
Huluran ikatan pernah kuterima.
Bersama mengejar bayang-bayang pelangi.
Berdua mengukir bintang dilangit.
Itu taman langit kita berdua.
Di bawah renyainya sang hujan.. kita berlari kesejukan,
Di kepekatan malam, kita terlena dibawah sinar rembulan.
Aku mencari dia yang hilang.
Pergi bersama waktu yang membunuh.
Hilang bersama sendu yang tidak tertanggung.
Tiada lagi dia...seperti dia yang telah hilang.
Hanya tinggal suara yang membuai lena,
Hanya tinggal nama yang terukir di dasar hati,
Sepi.. sunyi.. kerana serinya tiada lagi.
Tiada lagi dia..kerana dia telah hilang.
Tenggelam bersama kebahagiaan,
Yang diukir atas batu kesedihan, keperitan,
Ditinggalkan dengan seribu alasan.
Perlukah di cari dia yang hilang...
Bila dia yang hilang.. benar ingin hilang.
Pergi la kau yang mahu pergi..
Aku akan berhenti mencari.
Petikan: aelbeira 2007,
Antologi Puisi Aku dan Dia
Berkampung lagi...
Selasa.. emak bagi tahu axa, nafas aszra makin kuat berbunyi. Pukul 4 petang mak bawak aszra gi klinik ambik gas.. mula2 ok.. pastu mak call balik dalam kul 5 lebih, bagitahu breathing dia lagi kuat dan mcm susah nak nafas. Then mak ayah terus bawak aszra gi klinik tu balik. Doktor tuh tulis surat supaya hantar ke hospital sebab doktor takut ada jangkitan pada paru2. Mak ayah bawak aszra terus ke cheras. Axa dan ayah aszra tunggu kat cheras. Diaorg sampai je axa terus masuk emergency ward. Memang nampak sangat dia tak selesa dengan pernafasan dia. Doktor terus suruh pasang nebulizer. Lepas tuh, doktor check balik.. dia suruh masuk wad sebab tengok cara pernafasan aszra yang laju semacam, dan dia pun bimbang kalau ada lung infection. Biar doktor pakar yang check. Maka.. sekali lagi dalam masa seminggu aszra masuk wad yang sama ..3102, hospital pantai cheras.. berkampung lagi ibu, ayah wan dan atok kat situ..
Malam tu, aszra tidur dlm keadaan pernafasan yang teruk sangat. Hati axa mcm kena siat je tengok anak sendiri mcm tuh. Kesian sangat kat dia.. Kalau boleh dipindahkan semuanya pada axa...axa rela. Tak sampai hati tengok dia dlm keadaan payah mcm tu. Sekali lagi air mata axa tumpah tengok anak axa yang baru nak masuk 10 bulan terlantar lesu macam tuh.... sedih sangat.. Then.. setiap 3 jam aszra akan di beri gas untuk clearkan pernafasan dia. Biasa la dia.. everytime bagi gas mesti dia akan menjerit dan meronta2 nak lepas. Axa memang tak boleh nak tidur dengan tenang walaupun dibagi katil yang cukup selesa. Dua malam kat hospital tu, axa tidur2 ayam je.. bimbang kalau aszra terjaga dan tak ada saper disamping dia. Everytime dia terbangun..dia akan pastikan ada seseorang kat sebelah dia. Kalau tak, dia akan menangis... Sian sangat kat aszra. Nampak nurse masuk je... dia dah menjerit.. sebab tahu.. dia akan diberi gas.
Khamis, aszra nampak ceria dan sihat sikit. Nafas pun tak bunyi lagi. Cuma demam je on off. So aszra discharge pukul 5 petang. So kami semua balik semula ke rumah Klang. Malam tadi aszra punya la aktif. Tapi pagi tadi.. nafas dia kembali berbunyi dan ianya cukup merisaukan axa. Harap2 hari ni.. lepas makan berjenis2 ubat yang doktor bekal kan..aszra akan kembali sihat macam biasa.. ibu sayang aszra sangat.....
Monday, March 19, 2007
Catatan Hujung Minggu yang menyakitkan...
Salam dipagi Isnin yang cerah dan indah. Pagi ni dalam kereta axa tidur dari awal perjalanan sampai la ke ofis. Sian ayah aszra memandu sorang2. Kepala axa tak sakit tapi berat dan sarat. Hanya tidur mampu lupakan apa yang bersarang kat kepala axa ni. Hujung minggu axa, tidak lah sesibuk mana. Dua hari yang pada dasarnya disulami dengan aktiviti yang agak menarik tapi banyak meruntun hati. Tu yang axa bosan. Bila hujung minggu axa diakhiri begitu, sehingga hari ni kesannya masih terasa. Sakitnya menghiris. Ya Allah.. tenang kan la hati hambamu ini...
Sabtu.. pagi2 lagi dah bangun, aszra makin sihat, alhamdulillah. Menyusu pun semakin kerap. Axa siapkan bunga untuk wedding cousin dan kul 12 je, axa start masak. Menu tengah hari tuh, nasi ayam. Dalam pukul 1 lebih dah siap untuk makan sama2. Pukul 4.30 ptg axa dan ayah aszra bertolak ke KL. Singgah kejap di jalan TAR. Kul 6 sampai rumah cheras, dassler dah menunggu. Axa mandi dan bersiap... malam ni kami ada jemputan majlis resepsi kakak kawan kiteorg kat Grand Ballroom Hotel Renaissance, KL. Dalam pukul 6.45 kami bertolak. Zam tumpang keta axa dan dassler pulak tumpang kereta afat. Malam tuh, kami satu group malaysian bowlers duduk semeja. Axa, ayah aszra, zam, dassler, afat, afzan, Wayi, Hajar, Ezyr dan Syida. Pengantin perempuan ni, kakak kepada kawan kiteorng si Azmi. Kakak dia kerja kat Nestle Swiss. Balik sini untuk majlis resepsi. Jodohnya dengan orang ireland, mat saleh gitu... So dapat lah kiteorg tengok mat saleh bersanding pakai samping dan tanjak. Lepas tuh, zam ajak gi karaoke.. so ramai2 bergerak ke EP. So kiteorang kecuali wayi dan hajar, berkaraoke sampai kul 3 pagi. Giler la.. masing2 menyanyi tak ingat. Tapi sekali sekala, mcm tuh boleh la lepas kan tension kan...
Ahad... Pagi2 bangun dan lepas tuh tidur balik. Tengah hari gi umah ucu. Lepak sana sampai petang. Ayah aszra pulak pening kepala tak sedap badan. Then balik rumah, rest dan tunggu rancangan gang starz. Menarik jugak diaorg ni. Tapi kan.. memang la boleh dibandingkan group malaysia dan indonesia.. Memang kualiti penyanyi indon ni bagus dan diaorg ni memang nampak bersungguh2 dan tahu apa yang diaorg buat. Lepas tengok supernatural.. tido la....tapi axa tido dengan kepala otak yang terlalu penuh.
Memang tak suka dengan keadaan mcm ni. Sampai pagi ni masih terasa. Kat dada ada batu.. dan mata pun mcm masuk habuk.. kenapa? sebab axa terpaksa berdepan dengan manusia2 yang terlalu menyakitkan.. ikatan yang pernah terjalin, membuatkan axa terus terpaksa... kalau boleh, axa tak nak pandang pun wajah itu. Serba salah.. walau perasaan sayang masih melekat dalam hati, tapi apa yang terpaksa axa lakukan sebenarnya terlalu menyakitkan axa balik. Axa seperti tidak menjadi diri sendiri. Sakit bila terpaksa buat benda2 yang bukan menjadi sifat axa selama ni. Bosan.. marah.. sedih.. sakit.. semuanya axa rasa. Ya Allah.. jangan lah kau wujudkan rasa benci dalam diri ku... Entah la.. kenapa manusia2 ni tidak pernah sedar. Tidak pernah mahu berubah. Dengan axa saja begitu.. dengan org lain dia tidak..ya.. mengapa axa yang dipilih menerima dugaan ini. Astarghrafirullahallazim...
Friday, March 16, 2007
Aszra ku yang sakit
A'kum, salam di pagi Jumaat yang indah dan terang hari ni. Hari ni axa kembali bekerja setelah 3 hari tak kerja dan berkampung di hospital. Aszra pun alhamdulillah semakin sihat. Tenang sikit rasa hati ni.
Isnin lepas.. axa sampai rumah, tengok aszra macam lembik semacam je. Sepatutnya lepas pergi jumpa doktor kanak2 tuh, aszra makin elok, tapi aszra still muntah dan cirit biritnya makin teruk.Sehari lebih 1o kali. Bila ayah aszra bagi dia minum, dia muntah dengan banyak. So tak boleh jadi. After call kak Dura mintak pendapat, dia suruh bawak gi hospital. Mata aszra pun start cengkung dan kulit dia nampak kering. Tu tanda2 dehidrate.
Sampai hosp pantai cheras, doktor check, dan bagi tahu aszra kena tahan kat wad sebab memang dah dehidrate. Axa ada baca dlm internet, baby umur bawah 18 bulan perlu diberi rawatan segera kalau cirit birit yang teruk sebab kekurangan garam mineral dalam badan boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dan menyebabkan kematian. Nauzubillah. Doktor nak pasang drip kat aszra untuk masukkan air. Axa dan ayah aszra kena tunggu kat luar bilik kecemasan dan masa tuh la axa dengar aszra menjerit sekuat2 nya. Axa tahu sure dia kena cucuk untuk pasang jarum. Masa tuh, tuhan je tahu perasaan axa. Dengar anak axa menjerit. Axa tak mampu tahan, air mata ni tiba2 je keluar dengan banyak. Sebak dengar dia menangis. Lepas 5 minit, ayah aszra bawak aszra keluar. Masa tuh dia dah senyap. Tangannya dah dipasang drip. Sib baik dia tak menangis berterusan. Sedih tengok tangan kecik aszra berbalut macam tuh.
Aszra masuk wad kanak2 3102. Ada satu katil untuk aszra dan satu katil untuk ibu. Lepas pasang air, aszra pun tidur. Mak ayah dan adik, axa suruh balik ke rumah axa. Axa dan ayah aszra je yang tidur kat wad. Axa memang tak boleh tidur sebab takut aszra terjaga dan tarik drip dia tuh. Bila dia cirit birit je, dia akan bangun dan menangis. Maybe dia sakit perut. Malam tuh je lebih 3 kali aszra tukar lampin. Pagi2, doktor check dan bagitahu perut aszra agak kembung dan kulit dia kering. Aszra pun tak nak minum apa2 langsung2. So memang kena stay situ sampai perut aszra betul2 sihat.
Selasa, Rabu menjaga aszra.. baru axa faham perasaan seorang ibu bila anak sakit. Especially bila kena masuk hospital mcm ni. Kes aszra bukan la kes serius kalau nak compare dengan baby yang ada sakit jantung ke, tapi ianya cukup untuk membuat hati axa tak keruan.Kalau boleh tak nak ada apa2 pun yang berlaku pada dia. Dan axa yakin hanya ibu2 je yang faham apa yang axa rasa. Axa terfikir, mcm ni la perasaan mak axa setiap kali axa jatuh sakit. Sian mak.
Semalam, khamis..axa dibenarkan keluar setelah 3 hari 3 malam kat wad. Aszra nampak semakin ceria especially bila drip dia ditanggalkan. Susu pun dia dah mula minum. Axa terpaksa tukar susu aszra kepada susu soya atas nasihat doktor. Tak kisah la.. yang penting aszra sihat. Terima kasih pada saudara mara dan sahabat yang datang menziarahi. Pagi ni.. aszra kembali seperti biasa. Suaranya lantang bila tak dapat apa yang dia nak. Senang hati axa tinggalkan dia pagi ni. Mudah-mudahan anak ibu terus sihat dan tak sakit2 lagi. Amin...
p/s: thanks to Kak Dura yang belanja birthday dinner malam tadi kat Picolo Mondo, Mid Valley dan Kak Aida yg belanja Hagen Dazz.Thursday, March 15, 2007
Its 15.
Hari ni just drop by kat sini dan nak ucap something to one of my freind.."Its 15, thanks for being a good friend of mine". Axa dah hantar sms .. tapi tak ada reply. Maybe dia pun dah lupa dan tak faham. Its ok.. Ada kalanya.. masa dan keadaan akan menyebabkan kita lupa...insyaAllah axa tidak!
Satu lagi... nak wish HAPPY BIRTHDAY to DR. ADURA ABD RAUF .. a.k.a kakak ipar axa a.k.a kakak ayah aszra.....yang maybe tengah bertugas sekarang ni kat IJN, KL. Semoga sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat illahi. Yang ke berapa yer??? Biar la rahsia... So, jumpa malam ni kat MidValley Mega Mall for the dinner.
Ok la.. axa nak bawak aszra ke Klang. Esok.. axa dan ayah aszra akan kembali bekerja... jumpa lagi...
Monday, March 12, 2007
Ne me quitte pas - Don't Leave Me
Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s'oublier
Qui s'enfuit déjà
Oublier le temps
Des malentendus
Etle temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Moi je t'offrirai
Des perles de pluie
Venues d'un pays
Où il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusqu'après ma ma mort
Pour couvrir ton corps
D'or et de lumière
Je ferai un domaine
Où l'amour sera roi
Où l'amour sera loi
Où tu seras reine
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Je t'inventerai
Des mots insensés
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants-là
Qui ont vu deux fois
Leurs coeurs s'embraser
Je te raconterai
L'histoire de ce roi
Mort de n'avoir pas
Pu te rencontrer
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
On a vu souvent
Rejaillir le feu
De l'ancien volcan
Qu'on croyait trop vieux
Il est paraît-il
Des terres brûlées
Donnant plus de blé
Qu'un meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour qu'un ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne s'épousent-ils pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai là
A te regarder
Danser et sourire
Et à t'écouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
L'ombre de ton ombre
L'ombre de ta main
L'ombre de ton chien, mais
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
English Version
Do not leave me
We must forget
All can be forgotten
Which already escapes
Forget the time
Of misunderstandings
And time lost
Seeking to know how
Forget those hours
That killed sometimes
With blows of "why"
The heart of bliss
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
I will offer you
Pearls of rain
Coming from a country
Where it does not rain
I will plow the earth
Until after I die
To blanket your body
With gold and light
I will create a realm
Where love shall be king
Where love shall be law
Where you shall be queen
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
For you, I will invent
Nonsensical words
That you will understand
I will speak to you
Of those lovers
Who saw twice
Their hearts set ablaze
To you I will recount
The story of that king
Deceased of not having
Been able to meet you
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
It was often seen
That fire would be reborn
Of the ancient volcano
Which was thought too old
There are, there seems
Burnt lands
Yielding more wheat
Than the best April
And when the evening comes
So that a sky might flame
The red and the black
Do they not wed
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
I shall no longer cry
I shall no longer speak
I will but hide here
Watching you
Dance and smile
Listening to you
Sing and laugh
Allow me to become
The shadow of your shadow
The shadow of your hand
The shadow of your dog, but
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Do not leave me
Adik, Mukhsin & Aszra
Salam di pagi Isnin yang panas ni. Dua hari cuti ni cuaca panas sangat. Berpeluh2 rasanya. Sekali lagi..cuti axa macam tak cuti. Penat.. mengantuk semuanya ada.
Happy Birthday Adik
10 Mac 2007 bersamaan hari Sabtu, hari jadi Adik atau nama sebenarnya Arita Abu Bakar. Satu2 nya adik dan adik beradik axa dalam dunia ni. Tepat pukul 12 malam, Axa dan ayah aszra pasang lilin, then ramai2 nyanyi lagu happy birthday untuk adik. Dah 25 tahun dah dia. Lepas tu kami makan kek tiramisu yang axa beli kat Bakers Cottage. Sedap pulak makan kek tengah2 malam. Mak citer, adik lahir pukul 9 malam kat rumah Ana (nenek axa). Mak tak pergi hospital pun. Hanya dengan bantuan bidan kampung. Axa pun ingat2 lupa la.. masa tu axa baru berumur 4 tahun. Lepas 4 tahun manja ngan mak ayah sorang2.. axa dapat adik. Adik lahir dengan tali pusatnya terbelit kat leher. Dan ikut ckp org tua2, kalau tali pusat terbelit kat leher ni orangnya pakai baju apa pun akan cantik je rupanya. Yup.memang betul.. adik axa kalau pakai apa pun.. memang cantik. Axa sayang giler kat adik, sampaikan axa selalu fikir, biarlah kalau apa2 kesakitan dia, axa yang tanggung. Tak sanggup tengok dia sakit. Sebab tuh axa selalu sakit kot. He he he. Adik axa sebenarnya lebih bijak dari axa. Dia bagus sangat dalam math nak compare dengan axa. Sebab tuh dia mampu ambik course electrical engineering kat UITM. Sekarang ni kerja ngan Ericson kat Glenmarie. Orang nyer jenis yang keras hati dan kadang2 perahsia. Axa terpaksa korek rahsia dia sendiri. Kalau dia nak citer pun.. mesti dah lama baru dia citer. Sometimes axa tak tahu bila dia tengah sedih. Dia anak bongsu.. perangai memang sah la perangai anak bongsu, yang kalau tak ikut ckp dia.. mula la merajuk. Tapi semua tuh axa tak kisah. Dia la satu je adik axa. Axa akan buat apa saja untuk dia. Sayang adik sangat. Semoga kehidupan akan lebih bermakna di usia 25 dan seterusnya. Really hope adik akan terus berdiri tanpa menoleh belakang lagi.. anggap apa yang pernah dilalui sebagai satu pengalaman manis yang akan mendewasakan. Cepat2 la cari papa cu untuk aszra ye...he he he..
Mukhsin
Sabtu malam, kami sekeluarga keluar dinner kat Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang. Dah lama tak makan kat tepi laut macam tuh. Selesai makan dalam pukul 10.30, axa, ayah aszra dan adik terus ke Bukit Raja untuk tengok filem Mukhsin. Ni kira hadiah birthday adik jugak la. Mak, ayah dan aszra terus balik rumah. Mukhsin.. axa suka cerita ni. Satu jam pertama, axa tertanya2 apa motif Yasmin Ahmad buat cerita ni yang macam tak ada apa2 makna sangat. Jalannya ceritanya simple dan diselitkan juga scene2 kehidupan realiti manusia. Ceritanya tentang Mukhsin yang datang ke Kampung Orked sempena cuti sekolah. Dan mula berkawan dengan anak2 kampung dan bersahabat dengan Orked. Cerita ni pada dasarnya nampak seperti cerita kanak2..tapi bagi axa, tak sesuai untuk ditonton oleh kanak2 kot. Yasmin memang bijak. Cerita ni cerita kanak2.. tapi hanya kita yang dewasa yang mampu merasai kesan cerita ini. Setengah jam terakhir axa mula tersenyum. Dan axa mula faham kenapa Yasmin menerbitkan cerita ni. Bagi axa, ia lebih hebat dari Sepet dan Gubra. Axa tak tahu apa yang org lain fikir.. tapi bagi axa.. cerita ini mampu membawa penonton mengingati kembali kali pertama kita suka dan ingin mendekati orang lain yang berbeza jantina. Ala2 cinta pertama la. Kadang2 kita tak ambik kisah pun cerita2 masa kita budak2 kan. Tapi sebenarnya pengalaman2 mcm ni la yang menjadikan kan kita dewasa. Bagi mereka2 yang suka cerita2 cinta, jiwang2 ke.. ini bukan cerita yang sesuai.. kerana ini hanya cerita cinta kanak2. Tapi kalau kita faham.. kita akan tahu betapa indah nya cerita Mukhsin ni. Tahniah Yasmin.. cerita biasa di angkat menjadi suatu yang lebih berharga. So.. better tengok sendiri cerita ni. Dan cuba nilaikan sendiri. Axa benar2 bahagia dengan cerita ni. Sepanjang perjalanan balik...axa tersenyum sambil menceritakan kisah kali pertama axa suka pada lelaki. Cerita yang axa hampir lupa.. tapi sebenarnya bila diingat kembali..ia adalah suatu yang indah.
Aszra
Balik dari wayang.. sekitar pukul 2 pagi, mak kata aszra muntah. Actually sepanjang hari aszra memang mcm kurang sihat je. Dia agak kurang menyusu dan dah beberapa kali muntah. Axa memang susah nak tidur dengan keadaan aszra mcm tuh. Oleh kerana takut dia muak susu, axa bagi minum glucose.. lepas 10 minit, aszra muntah kan balik. Minum air masak pun macam tuh jugak.. semua dimuntah kan keluar. Seriously axa memang risau. Then aszra cirit birit pulak. Kesiannya anak ibu. Axa risau tengok aszra yang dah kurang tenaga. Yer la.. makan minum apa je.. mesti keluar balik. Atas bawah keluar. Pukul 8.30 axa dan ayah aszra keluar bawak aszra jumpa pakar kanak2. Doktor check dan doktor kata dalam perut aszra ada kuman. Hmm aszra memang aktif sangat sekarang ni. Merangkak dan kemudian masukkan tangan dalam mulut. Semua2 tuh boleh menyebabkan kuman mudha merebak. Doktor bagi aszra ubat muntah, air garam, ubat demam dan bakteria Lacto Basilus untuk perutnya. Alhamdulillah lepas minum ubat muntah, aszra tak muntah lagi.. cuma dia asyik merengek je.. maybe sebab perutnya masih sakit dan masih cirit birit. Puting2 botol aszra axa tukarkan yang baru. Kebersihan harus dipandang serius dalam keadaan mcm ni. So hari ahad axa yang sepatutnya dengan di isi dengan menyertai liga boling PBSM dan menghadiri majlis perkahwinan, akhirnya dihabiskan dirumah menjaga aszra.Malam tadi pun aszra masih sakit dan pagi ni, even aszra mampu tersenyum.. axa tetap risau. Mudah-mudahan aszra cepat sembuh. Amin...
Thursday, March 08, 2007
A Love to Kill - Sinopsis
Drama ini mengisahkan Kang Bok Ku, seorang peninju yang bertemu dengan abangnya Kang Min Joo selepas 10 tahun berpisah. Bagi Kang Bok Ku, abangnya adalah segala-galanya kerana sejak kecil telah banyak berkorban untuk dirinya. Tetapi malangnya, Kang Min Joo telah ditimpa kecelakaan apabila telah terjun dari bangunan secara tiba-tiba. Kang Bok Ku cuba mencari punca mengapa abangnya terjatuh dan telah mendapati, abangnya telah kecewa dalam percintaannya dengan Cha Eun Suk yang merupakan seorang artis terkenal. Kang Bok Ku berhasrat untuk membalas dendam kepada Cha Eun Suk yang menyebabkan abangnya terus koma.
Cha Eun Suk, seorang pelakon terkenal dan jelita mengalami kekecewaan dalam percintaannya dengan Kang Min Joo setelah Kang Min Joo meninggalkannya tanpa sebarang sebab dan alasan. Dia sangat sedih namun terus cuba meneruskan kehidupannya. Dalam masa yang sama, Cha Eun Suk telah terperangkap dalam cinta seorang anak hartawan yang berjaya iaitu Kim Joo Sung. Kim Joo Sung yang mengumumkan pertunangannya dengan Eun Suk pada mulanya sekadar ingin menutup malu apabila video yang memaparkan dirinya bersama Cha Eun Suk dalam situasi yang tidak disengajakan akhirnya benar2 jatuh cinta pada Cha Eun Suk. Namun begitu, Cha Eun Suk tidak mencintai Kim Joo Sung walaupun ibu tirinya telah bersetuju untuk menjodohkan mereka berdua.
Kang Bok Ku telah bekerja sebagai pengawal peribadi Cha Eun Suk, di mana tugasnya adalah untuk menjaga keselamatan artis popular itu. Dalam masa yang sama, Kang Bok Ku cuba untuk menawan hati Cha Eun Suk dengan tujuan untuk membalas dendam. Tanpa disedari, Kang Bok Ku telah jatuh cinta sebelum Cha Eun Suk juga turut jatuh cinta kepadanya. Akhirnya mereka sedar, mereka telah sama2 jatuh cinta. Kim Joo Sung telah mula menyedari bahawa bakal tunangnya semakin menyukai pengawal peribadinya sendiri. Cha Eun Suk pula mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pertunangannya dengan Kim Joo Sung. Namun begitu, akibat ketamakan ibu tirinya, Eun Suk terpaksa akur untuk meneruskan pertunanganya. Pada hari pertunangannya, Cha Eun Suk telah lari bersama Kang Bok Ku tanpa ada rasa penyesalan. Namun begitu, setelah karier Cha Eun Suk musnah akibat melarikan diri pada hari pertunangannya, Kang Bok Ku bertindak untuk meninggalkannya, sebagaimana yang pernah dirancangnya. Dan pada masa yang sama, dia mendedahkan bahawa dia sebenarnya adik kepada Kang Min Joo dan tujuannya bercinta dengan Eun Suk adalah untuk membalas dendam semata-mata. Cha Eun Suk benar2 kecewa apabila mengetahui selama ni Kang Min Joo meninggalkannya disebabkan oleh ibu tirinya yang malu jika Cha Eun Suk terus berkawan dengan Kang Min Joo. Cha Eun Suk kemudiannya membuat keputusan untuk menjaga Kang Min Joo sepanjang hidupnya.
Namun begitu, Kang Bok Ku telah menyembunyikan abangnya kerana dia tidak mahu terlibat lagi dengan Cha Eun Suk. Ini kerana, dia sendiri tidak mampu melihat Cha Eun Suk bersama abangnya sendiri lantaran dia telah jatuh cinta kepada wanita itu. Cha Eun Suk benar2 tertekan di atas kehilangan sekali lagi Kang Min Joo dan Kang Bok Ku.
Setahun berlalu, Cha Eun Suk menjalani kehidupan sebagai orang biasa dan tidak menjadi artis lagi. Dia dan keluarga nya membuka perniagaan sendiri dan cuba melupakan kisah sedihnya. Kang Bok Ku pula telah membawa abangnya kembali ke Seoul untuk meneruskan kehidupan. Suatu hari Kang Bok Ku telah bertemu dengan Cha Eun Suk secara tidak sengaja. Kali ini, Cha Eun Suk tidak mahu melepaskan Kang Min Joo. Dia mengambil keputusan untuk membawa Kang Min Joo ke sebuah rumah yang disewanya dan menjaga lelaki itu. Kang Bok Ku terpaksa akur dengan permintaan Cha Eun Suk. Kang Min Joo pula semakin pulih dan mampu duduk di atas kerusi roda serta mampu bertindak balas. Namun begitu, Cha Eun Suk dan KAng Bok Ku masih tidak mampu menafikan perasaan mereka. Mereka masih saling mencintai tapi masing2 serba salah kerana memikirkan keadaan Kang Min Joo. Kang Min Joo telah meninggal dunia secara tiba-tiba tetapi dia sempat berpesan kepada Kang Bok Ku agar menjaga Cha Eun Suk kerana dia sendiri telah menyedari bahawa Cha Eun Suk terlalu mencintai Kang Bok Ku lebih dari dirinya. Hal ini telah menyebabkan KAng Bok Ku berasa amat bersalah kerana seolah2 telah merampas kekasih abangnya sendiri. Kang Bok Ku mengambil keputusan untuk berpisah dengan Cha Eun Suk walaupun Cha Eun Suk ingin bersamanya. Mereka akhirnya berjanji untuk meneruskan kehidupan masing2 dengan baik dan melupakan kisah silam mereka. Cha Eun Suk kembali menjadi seorang pelakon yang popular dan merancang untuk berkahwin dengan Kim Joo Sung yang sentiasa menantinya penuh sabar. Kang Bok Ku pula menjadi seorang peninju yang berjaya dan bekerja bersungguh-sungguh di bengkel. Mereka tidak bertemu sehigga pada suatu hari Cha Eun Suk telah hilang dan Kim Joo Sung meminta Kang Bok Ku mencarinya. Kang Bok Ku tahu Cha Eun Suk pasti ke kaki gunung di mana mereka pernah bertemu di situ suatu ketika dahulu. Cha Eun Suk walaupun berjaya menjadi artis terkenal, tetapi hakikatnya dia sangat tertekan sehingga terpaksa menjalani rawatan mental selama setahun. Begitu juga Kang Bok Ku yang terpaksa memendam perasaan demi membuang rasa bersalah pada abangnya. Kang Bok Ku menjumpai Cha Eun Suk yang pengsan di kawasan salji. Cuaca yang sejuk menyebabkan mereka tidak mampu untuk pulang hanya terbiar di situ..... Habiss...(tengok sendiri citer ni baru tahu kesudahannya. Susah nak citer)
A Love to Kill
A'kum..Salam di petang khamis. Petang ni baruleh online. Dari pagi.. Si Beranang budak ICT datang transfer data pc axa ke hardisk baru. Sekarang ni pc axa dah 80 gig. So tak slow lagi la.. yahoo...
Cantik kan gambar kat atas tuh. Selama 3 hari, axa habiskan 16 vcd citer A Love To Kill ni. Ni semua Ayu punyer penangan. Dalam dua minggu lepas, dia sibuk duk citer dia tengok citer ni kat 8tv sampai beli set vcd sebab tak tahan nak tunggu endingnya. Mula2 axa ingat ayu ni memang jenis fanatik citer korea. Biasa.. axa dulu pernah suka sangat citer Autumn in My Heart. Lepas tuh axa jarang follow citer korea sebab memang tak ada masa. So si Ayu ni lepas dia habis tengok semua cd, dia ada ler citer kat axa dan jaja sikit2 pasal citer ni. Dia ni axa tengok dah tahap fanatik giler..sampai dia pun mengaku dah sewel. Mana tak nya.. tiap2 hari boleh dengar lagu korea dari pc dia.. pastu, suka senyum2 sendiri depan pc dia. Duduk diam2 rupanya tengok youtube citer tu pulak. OST pun dia beli. Sian kat ayu..tak ada member nak share excitement dia tuh. Axa dan Jaja sampai dah boleh hafal lagu korea tuh.. Sarang ae...Sarang ae...
Isnin lepas, dia gi bawak vcd tu dtg ofis.. Hmm.. axa ni memang tertanya2 jugak, best sangat ke citer ni sampai ayu yang axa anggap serius dan kurang pada citer2 jiwang ni boleh tangkap lentok dan leleh habis dgn citer ni. Dia kata jalan citer dia lain dari yang lain. So axa dan jaja pun start pinjam dan tengok CD ni. Dari hari isnin, selasa dan seharian pada hari rabu axa habiskan masa tengok citer ni.Pukul 2.30 pagi baru settle semua.Nak tahu apa yang axa rasa????
GILER BEST citer ni!!!!Tak rugi tengok. Patut la ayu jadi cam tuh. Axa pun dah jadi mcm ayu. Saper2 minat citer korea tapi tak tengok citer ni memang rugi. Axa yang jarang tengok citer korea..terus jatuh chenta ngan citer ni. Boleh bagi 10 stars untuk citer ni. Dari jalan citer, pelakon2, sinematografi.. semuanya perfect! Tak tahu nak gambarkan cam mana. Axa ni mcm tak sabar2 nak habiskan semua vcd dalam satu hari. citer ni cerita cinta tapi memang lain dari yang lain. Tak perlu banyak dialog tapi kehebatan pelakonnya mampu bawak penonton rasa apa yang diaorg rasa. So Ayu maybe happy coz dah ada member utk borak pasal citer ni.
Tuesday, March 06, 2007
Pedih
Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini
Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela mengemis kemudian hari
Hilang kekasih mungkin berganti
Yang kuharapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini
Monday, March 05, 2007
Six Weird Things About Me
1. axa masih suka dan gila kat siti nurhaliza walaupun dia rampas suami orang - padahal axa memang menyampah pompuan rampas suami org ni..
2. axa selalu teruja dan cepat berangan bila tengok Fahrin Ahmad yang hensem dan macho tuh berlakon kat tv - ayah aszra sampai jeles jadinya.. he he he..
3. axa tak boleh tolak lauk ayam part dada setiap kali beli makanan
4. dari kecik, axa suka kacau orang lain tidur - mangsa terbaru.. aszra
5. axa paling TAKUT dan BENCI siput babi dan keturunannya - boleh demam + mati axa kalau dekat ngan makhluk ni.
6. axa mudah ditipu/diperdaya oleh orang2 yang axa percaya - hmm..ni la kelemahan paling ketara
Catatan Hujung Minggu
Sabtu.. axa sekeluarga kecuali adik.. ke Nilai 3. Selama ni, axa yang bagi nasihat kan kawan2 yang nak kawin supaya gi sana.. hari ni axa pulak ke sana. Axa selalu juga singgah sana dalam perjalanan balik ke Seremban. Tapi .. kali ni, bawak mak ayah.. banyak yang nak ditengok dan dibeli. Ratus-ratusan jugak la habis.. dengan bunga telur, bunga pahar, uncang.. penuh kereta axa. Senang.. settle semua. tak payah cari2 lagi benda2 ni semua...
Hari ahad...Seawal 9 pagi, axa, ayah aszra, aszra dan Aus(cousin) dah bergerak ke One Utama. Hari ni MB hantar 4 team untuk kejohanan boling sahabat KLFM. Kami ni team2 jemputan la. Axa group MB C dengan Zam, Sato dan Ayah aszra. First game axa teruk 123 je.. sib baik zam boleh cover.. alhamdulillah second ngan third game axa baru la nak menjadi. Team kami dapat no. 3.. dapat la throphy kecik.. dan untuk individu axa dapat no 9 dan sato no 8. Zam plak utk individu lelaki dapat no 5 kot.. Walau pun game ni hadiah dia bukan wang tunai.. tapi memang enjoy la.. pastu dapat kenal ramai kawan2 lain, especially sahabat KLFM. Diaorg ajak jugak axa mendaftar jadi sahabat.. tapi, nanti nak kena dengar KLFM la pulak.. axa ni layan ERA je all the time.. he he he.. Lepas tuh.. kami team MB bergerak beramai2 ke Burger King. Lapar giler.. Lepas tuh.. masing2 bawak haluan masing2. Ada yang balik terus.. yang bercouple.. gi dating.. axa pulak.. memang ada tujuan dah. We all gi Sommerset Bay..ada satu baju yan axa suka sangat.. tapi sedih.. size yang axa nak dah habis. Bosan nya!! Tapi tak apa la.. axa dapat baju lain yang cantik jugak.. thanks ayah aszra...
Friday, March 02, 2007
Dia dan kegilaannya
Semalam.. axa dan ayah aszra ke One Utama. Tujuan axa, nak cari barang axa sebenarnya. Jalan2, dan ayah aszra nampak komik Ghost Rider hard cover kat Times book store. Harganya RM 88. Memang cantik komik tuh. Dia dan teruja. Teringat pulak betting dia dengan axa tentang ghost rider 2 minggu lepas. Axa kalah dan dendanya.. axa kena belikan something untuk dia.. Dia dah senyum2.. tahu dah.. mesti nak komik tuh. Tapi dia kata.. kita jalan2 dulu.. mana lah tahu jumpa benda yang lebih berharga. Jalan punya jalan.. kami sampai ke extended building OU tu. Tiba2 je dia nampak satu replika Ghost Rider dalam satu display cabinet. Ni lagi la dia teruja.. asyik kata.. lawanya lawanya.. Memeng besar dan menarik. Kat rumah dia dah ada satu .. tapi kecik je. Yang ni memang cool. axa tengok pun teruja. So tanpa membuang masa.. dia terus heret axa ke kedai Ultimate Toys, yang jual benda2 collector items mcm tuh. Hmm memang ada jual la benda tuh.... Sekali lagi ayah aszra tersenyum2. Axa kata.. kalau nak beli la.. bukan dia tak ada duit.. dia belek2 benda tuh.. hmm memang menarik. Ayah aszra ajak axa gi jalan2 dulu dan solat margrib. Lepas tuh.. memang tak buang masa dah... terus grab je benda tuh... harga dia??? Usah di tanya... Cukup la axa bagi tahu.. 3 angka. Dia dah minat dan ada duit, so kenapa tidak?
Balik rumah.. dia duk bukak benda tuh.. dan membelek2 je kerjanya. Pastu letak kat satu ruang.. bawah lampu. Tersengih2. Sampai pagi ni.. bangun2 je.. perkara pertama yang dia buat, terus ke ruang tamu dan tengok Ghost Rider dia tuh ada ke tak.. Pastu asyik senyum jer. Sampai dalam kereta pun tersengih2. Ayah aszra ni memang suka collect replika karektor komik Marvel selain dari kereta HotWheels nyer yang dah beratus2 dah kat rumah tuh. Free time dia.. dia akan belek replika2 dan hotwheels nyer. Dia bukan sekadar mengumpul, tapi menghargainya. Bukan sekadar suka melihat tapi dia akan mencari maklumat tentang setiap barang yang dibelinya. Cuba la tanya... cerita tentang karektor2 ni.. atau jenis2 kereta hotwheel.. semua ada dalam kepalanya.
Mungkin ada setengah orang fikir... benda2 mcm ni membazir. Tapi bagi axa.. itu hobinya. Setiap orang ada hobi masing2. Dan yang penting.. ayah aszra tahu kemampuannya. Axa memang menggalakkannya. Tak pernah axa kata padanya semua ni membazir sebab axa tahu.. dia mampu dan tahu tanggungjawabnya. Yang penting dia gembira. Itu la ayah aszra... tidak sama dengan orang lain!
Thursday, March 01, 2007
Pergi dan datang
Semalam.. hari terakhir Prof Syed Hamid, menjadi president UNITAR. Beliau tidak menyambung kontrak nya.. dengan alasan nak pencen. Mcm sedih jugak la.. Sepanjang axa di UNITAR.. ini kali kedua axa melihat pertukaran president. Tahun 2005 hari tuh, president pertama UNITAR, Dato' Syed Othman Al Habshi di ganti dengan Prof Syed Hamis. Dan 2007 menyaksikan kemasukan president yang baru iaitu.. Prof. Dr Mohd Zabid. Khabarnya beliau dari OUM. Semalam kami semua diperkenalkan. Orang nya tinggi lampai, kulit sawo matang dan wajahnya agak lembut.. tapi tak tahu lah cara beliau bekerja. Harap2nya dia sporting mcm prof syed hamid.
Prof Syed Hamid yang axa kenal ialah seorang yang memang pintar. Hobbynya suka membaca sebab ditangan nya selalu ada buku untuk dibaca. Tahun ni prof mencecah umur 60 tahun.. hampir sebaya dengan ayah axa. Ofis axa bersebelahan dengan ofisnya. Orang nya sederhana.. tapi pandai buat joke. Rajin juga dia lepak2 kat empat axa.. bercerita tentang web site.. kerja dan mcm2 lagi. Dia ni selamba je... pakai selipar kat dlm ofis.. duduk makan keropok dengan kami. Banyak benda yang merapat jurang antara kami dengan prof walaupun dia seorang president. Tapi hormat kami pada dia tetap tinggi. Terima kasih prof. Semoga kehidupan akan datang akan lebih bermakna.
Hari ini.. 1 March 2007, bukan sahaja kami menerima president baru.. tapi kami di UNITAR ini bukan lagi bernaung di bawah pimpinan KUB Malaysia. Setelah 9 tahun, KUB menerajui, kini UNITAR di serah kan kepada Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR). Penaung yayasan ini ialah Najib Tun Razak, timbalan perdana menteri Malaysia. Axa dan semua staff di UNITAR mengharapkan perubahan yang akan dibuat, biarlah memberi kebaikan pada semua pihak dan bukan sekadar menguntungkan sesetengah pihak je. Apa2 pun..tunggu je la, corak pimpinan yang baru.. tapi yang penting... KAMI DAH DAPAT BONUS! he he he ....