Friday, January 05, 2007

Salam Tahun Baru 2007

A'kum...
Salam di pagi Jumaat, 5 Januari 2007. Dah pun masuk tahun baru kita ni ya. Kejap je berlalu tahun 2006. Dan umur pun semakin meningkat setahun lagi. Apa2 pun, axa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara 2007 ni.

2006, banyak meninggalkan kenangan terindah dalam hidup axa. Pengalaman mengandung dan bersalin 28 mei 2006 dulu memang yang paling tak boleh dilupakan. Alhamdulillah diusia 28 tahun(walaupun agak lewat kalau compare ngan kawan2 axa), axa dah pun ada seorang anak. Kalau 10 tahun yang lepas pada tahun 1996, axa menempuh dunia baru sebagai pelajar untuk masuk matrikulasi, tapi 2006 axa sekali lagi memasuki dunia baru bergelar ibu. Dan dalam tahun 2006 juga, axa dah mula beli rumah dengan 10% downpayment dah pun di bayar. Rumah axa di Bandar Setia Alam, insyaAllah akan siap dan boleh diduduki pada tahun 2008. Ada setahun je lagi nak kumpul duit untuk masuk rumah baru.

2007, mesti setiap orang ada azam baru kan. Axa pun ada azam jugak. Perkara utama yang axa benar2 berazam ialah nak habis kan master axa bulan april ni. Dah setahun axa bercuti. Ahad ni 7 Januari, axa akan mendaftar untuk semester akhir axa. Mudah-mudahan, dalam 4 bulan akan datang ni, axa akan mampu menyelesaikan independet study axa tuh. Boleh la sarung jubah konvo tengah tahun nanti. InsyaAllah....
Azam seterusnya, habis je master, axa nak cuba untuk cari kerja lain. Dah 6 tahun lebih di UNITAR. Mana tahu kat luar ada rezeki dan peluang yang lebih baik utk axa kan... Azam lain...nak didik aszra dan axa nak jadi ibu yang baik. Nak jadi isteri yang baik , anak yang baik, kakak yang baik dan sahabat yang baik. Kesimpulannya nak jadi yang terbaik untuk setiap orang yang axa sayang kat dunia ni la....

Ok la... tak leh stay lama. Axa masih lagi bercuti sejak tahun baru hari tuh. Ni kat Cheras..tinggal berdua2an dengan aszra. Dia tidur dalam buaian, tu yang sempat online sekejap. BTW... selamat tahun baru buat semua.. semoga 2007 membawa kebahagiaan....

No comments: