Wednesday, January 17, 2007

Mari berfikir di luar kotak

A'kum.. salam di pagi rabu yang cerah dan indah. Tapi keadaan trafik pagi ni tak seindah mana. Axa pelik, sejak tahun baru ni, jalan asyik jam je.. hmmm mungkin ada yang cuba mengelak tol dan menggunakan jalan2 biasa. Sebab tuh jalan biasa yang dah memang jam bertambah2 jam.

Pagi ni axa baca di Berita Harian online. Tertarik dengan tajuk utama,"Berfikir di luar kotak :PM". Pak Lah bercakap tentang pendidikan masa melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Hmm.. ada juiga axa tengok sekali imbas pelan tindakan tuh. Mcm2..nak bagi samarata peluang pendidikan la..rapatkan jurang la.. biasa la....atas kertas biasa nya nampak hebat. Rasanya bidang pendidikan kita kat Malaysia ni makin lama makin banyak yang diubah sana sini. Ada pro and cons nyer.. dari KBSM, Pensijilan Terbuka, Math dan Sains in English, sekolah bestari. Macam-macam la.. kalau tak hebat budak2 sekolah sekarang ni tak tahu la kan.. Tapi kan. satu je yang axa pelik... mengapa masih ada sekolah yang mcm di anak tirikan oleh kerajaan?? Terutama sekolah di Sabah dan Sarawak.

5 tahun yang lalu axa pernah ke Sabah mengendalikan projek Cyber Kids untuk kanak2 luar bandar di negeri di bawah bayu tu di bawah anjuran Kementerian Tenaga. Semua sekolah yang menyertai, memang betul2 luar bandar. Budak2 ni umur lingkungan 9-12 tahun. Axa kesian dengan diaorg ni... hidup dah la agak miskin, sekolah pulak memang teruk. Guru2 yang dtg ada tunjukkan pada axa gambar sekolah diaorg ni. Mak aiii... kandang kuda kat sini pun lagi cantik dan kukuh nak banding dengan sekolah diaorg kat sana. Budak2 nak pergi sekolah pun kesian je tengok.. mana ada peluang pakai kasut sebab tak guna pakai kasut.. tak sampai satu hari sure dah kotor. Diaorg tuh kena redah lumpur, selut.. dan jalan yang berlubang2 nak sampai ke sekolah. Kesian.... Dan baru2 ni, axa ada menonton dalam tv, sorang timbalan menteri pendidikan ke Sabah buat lawatan ke sekolah yang axa pernah tengok kat Sabah. Hmmm nampak nya, setelah 5 tahun axa tengok sekolah tuh masih mcm yang lama. Dengan dinding terkopak2. Tandas tak ada. Axa pelik, macam mana hal ni boleh berlaku. Ni belum ditinjau ke pedalaman Sarawak lagi. Sekolah luar bandar mcm dipinggirkan pulak. Kalau kat Lembah Klang ni, sekolah dah tak rupa sekolah... cantiknya ala2 kompleks membeli belah. Kat Sabah Sarawak.. pun tak rupa sekolah dah.. sebab buruk nya ala2 kandang lembu dan kambing je.

So rasanya, selagi nasib sekolah2 luar bandar ni tak dibela sebaiknya, pelan tindakan pendidikan tak boleh dikatakan akan berjaya. Sebab kalau sebut kesamarataan peluang pendidikan, pelajar2 luar bandar di Sabah dan Sarawak tuh pun harus di beri kemudahan yang sama dengan pelajar lain. Jadi, kerajaan... nak bina institusi pendidikan yg baik bukan setakat atas tar dan konkrit.. tapi lumpur dan lesut pun kena la harung jugak... tepuk dada, tanya la minda..

2 comments:

milo said...

smlm t'dgr news kat tv3.. sape ntah ckp (minister or sum'one gak le).. kata sek rendah skrang ni exam oriented (mmg sumer pendidikan kat mesia camtu) terlalu mementingkan result upsr..

then, dia tambah, sepatutnye masa kecik2 ni la nak bentuk sahsiah diri.. hmm.. ade betul gak tu..
buluh kalu tak dilentur dari rebungnye..

p/s: suka tgk iklan 'kemasyarakatan' kat tv skarang..

tim said...

emm..btol tu.. patutnya diaorg kena pk macam mana nak 'sampaikan ilmu' di bhgn pedalaman2 yg daif di sabah & sarawak nun.. mmg sedih tgk keadaan skolah diaorg. cam kata kak as la.. kandang kuda lg lawa dr skolah diaorg.