Monday, January 15, 2007

Banjir - Tol - Bunga Api

A'kum.. Salam di petang Isnin. Lama axa tak menulis kat sini. Bukannya apa.. sekarang ni dalam proses nak up kan blog baru.. hmm hobby baru sebenarnya.. axa suka masak pulak la.. so nak simpan dan share resepi kat Dapur Manik-Manik Kayangan.

Dalam 2-3 minggu ni axa busy sikit sebab buat preparation untuk kenduri akikah dan cukur jambul aszra on 28 Januari nanti. Buat bunga telur, beg kertas. Ala2 kenduri kawin pulak. Kat ofis pun mcm busy sikit.. mcm2 mission nak kena complete utk tahun 2007. So kena struggle sikit la. Kami kat ofis nak buat community service, tolong org banjir. Sian kan.. negeri Johor banjir semula. Kalau kat wayang sibuk citer Sinking of Japan, kat Malaysia ada realiti.. Sinking of Johor. Mintak2 selangor-kl tak kena la...

Kat lembah klang plak.. tak kena banjir tapi hati ni yang mcm banjir bila nak kena bayar tol mahal. Last week axa sempat lalu kat LDP dan kena bayar rm 1.60 instead of rm 1 tahun lepas. Memula ayah aszra kata, sure tak banyak kereta lalu situ sebab tak nak bayar tol mahal.. Hmm tak jugak.. banyak je kereta.. still kena beratur panjang nak bayar tol. Kat situ memang terkenal dengan jam kat tol.. Sama je mcm tahun lepas. Ini bermakna, kita2 ni memang dah tak ada pilihan lain. Especially org yang tinggal kat puchong dan kinrara. Tu je jalan nak keluar masuk. Walau hati merungut tol mahal, tapi tangan still seluk kocek keluarkan 1.60. Nak membebel pun bukan leh dapat apa kan..

Axa ada dapat e-mail dr sorang kawan yang pergi ke tunjuk perasaan kat sunway 2-3 minggu lepas rasanya. Tunjuk perasaan ni kononnya nak menunjukkan protes dan rasa tidak puas hati rakyat ke atas kenaikan tol kat LDP tuh. Sampai FRU pun turun. Macam2 la banner, sepanduk, kata2 tak puas hati. Biasa la..parti pembangkang la yang kung kang kung kang.. DAP Keadilan. Tapi apa hasilnya. Sampai sekarang harga tol tu sama je. Macam mana protes pun, atau bising2 pun sure tak leh ubah pendirian kerajaan nya la... diaorg tuh memang dah sedia nak pekakkan telinga. Takkan dengar benda2 remeh mcm ni. Baik diorg fikir jenis bunga api apa yang diorg nak bakar tiap2 malam kat tasik Titiwangsa untuk Eye of Malaysia tuh. Satu malam entah berapa puluh ribu la habis bakar mercun dan bunga api tuh...Membazir duit betul.

Axa pelik dengan kerajaan sekarang ni la. Mcm tak kisah je apa luahan rakyat. Kata membela nasib rakyat. Walaupun axa masing memakai jersi BN, tapi axa betul2 rasa terkilan dengan apa yang berlaku. Banjir kat Johor tuh, jangan la dipandang mudah. Kita tak tahu, mungkin Allah menurun kan musibah pada negara kita agar pemimpin2 kita sedar. Memang bencana alam, tapi semuanya Allah yang tentukan. Di saat saudara mara kita menangis, bersedih kehilangan rumah, harta benda dan hilang nyawa pun ada, kerajaan kita kat tengah bandar raya KL sibuk ngan meletup sana sini ngan buaian berpusing tu. Derma duit bakar bunga api tuh kepada mangsa banjir pun tak apa. Bagi axa, axa rela bayar tol, dan duit tol tuh derma kat mangsa banjir, drpd bayar tol, pastu diorg gi bakar bunga api...Insaf la.. Allah SWT berfirman, "Setiap apa yang berlaku ke atas kamu, adalah hasil drpd tanganmu sendiri." Fikir-fikirkan...

1 comment:

kmnizam said...

betui tu, memang sy setuju ngan cakap pn axa nie, walaupun pro kerajaan tetapi sy tetap rasa terkilan dengan apa yang berlaku skrg nie.

nak bergembira pun biar berpada² kena waktu dan ketikanya la. Mungkin banjir yg berlaku tu peringatan kepada kita daripadaNya.