Friday, April 28, 2006

Akademi Al-Quran - Baru ku tahu...


A'kum...
Salam di pagi penghulu segala hari...Hari ni seperti biasa axa bekerja mencari rezeki. Sampai di ofis, tiada kerja yang pending, jadi boleh la menumpukan penulisan di blog axa ini. Bukan apa..takut apa yang difikir hilang mengikut masa.
Malam tadi, ketika makan malam, ayah baby mencari siaran tv untuk ditonton. Lebih kurang 8.45 malam. Ayah baby menekan TV9, channel baru di bawah rangkaian Media Prima. Hmm ada rancangan Akademi Al-Quran rupa-rupanya. Axa dan ayah baby tertarik untuk menonton sampai menikmati makan malam. Axa sendiri tak pasti rancangan ini dah sampai berapa episod. Tapi malam tadi pencarian pelajar-pelajar untuk akademi ini sudah sampai ke utara tanah air. Dalam pemikiran axa, adakah rancangan ini sama seperti pencarian penyanyi-penyanyi untuk rancangan Akademi Fantasi atau Malaysian Idol? Konsep pencarian masih sama, tapi pendekatan yang di ambil adalah berbeza. Apa yang mengagumkan axa ialah, peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar belasan tahun ini mempunyai asas pengajian al-quran yang baik. Pada pemikiran axa sebelum ini, peserta hanya perlu membaca al-quran seperti biasa..yer la macam kite gi ngaji, tapi rupa-rupanya peserta2 ini diuji dengan pengetahuan jenis2 bacaan, tajwid dan sebutan. Ya Allah..Selama ni tv2 Malaysia hanya mendedahkan apa itu pitching..apa itu tempo dan apa itu jenis2 lagu seperti jazz, rock dan balada..yang rata2 kite semua semakin pandai menilai nyanyian orang lain. Tapi jika diperdengarkan bacaan ayat suci, sudah tentu kite TIDAK TAHU LANGSUNG tentang bacaan tersebut apatah lagi maksud yang terkandung. Axa benar-benar tersentak. Jika lagu-lagu kita hafal, note2 lagu kite pelajari, DO RE MI sebagai asas.Tapi mengapa pengajian Al-Quran yang seharusnya menjadi amalan dan pegangan..kita anggap biasa dan cukup la sekadar mampu mengenal huruf dan pandai membacanya. Ramai ibu bapa menghantar anak-anak belajar mengaji dan bila khatam Al-Quran, bagi mereka tanggungjawab terhadap agama telah pun selesai. Selebihnya.. terpulang, nak baca..baca la..tak nak baca pun tak apa kan...
Pagi ini axa sempat berbicara sebentar dengan seorang teman. Teman yang pada ketika ini sedang mendalami Al-Quran. Axa menyatakan kekaguman axa pada pengajian al-quran ini kerana sebagai orang islam, axa sendiri mengaku axa tidak banyak tahu tentang pengajian al-quran, sekadar membacanya dan kadang2 cuba memahami maksudnya. Namun, teman axa ini agak berbeza pendapatnya. Menurutnya Al-Quran bukan untuk dilagukan, tapi untuk difahami dan dijadikan petunjuk dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Ya! axa setuju dengan kata-katanya. Tetapi pada pandangan axa, jika pengajian melagukan bacaan al-quran ini mampu menarik minat kita sebagai orang islam untuk mendekati dan mendalami maksud seterusnya mengamalkannya, mengapa tidak kan?? Dunia hari ni sering memandang Al-Quran sebagai satu perkara yang remeh. Cukup sekadar tahu membaca. Itu sahaja yang dipentingkan. Jadi, satu pendekatan harus difikirkan agar masyarakat islam hari ni memandang Al-Quran sebagai perkara penting dalam kehidupan sehari-hari. Pendekatan mewujudkan jenis2 lagu dan bacaan dalam Al-Quran mungkin satu kaedah yang baik. Apabila kita telah pun tertarik kepada pengajian pembacaan Al-Quran ini, InsyaAllah kita akan lebih berminat untuk mendalami maksud seterusnya menjadikan ia pegangan hidup yang kukuh. Tak salah kan. Persoalan yang penting sekarang adalah mencari jalan bagaimana untuk menarik perhatian umat islam yang semakin leka pada hari ini untuk melihat Al-Quran itu sebenarnya indah dan jika ia diikuti, ia mampu mengubah cara hidup kita kepada yang lebih sempurna.
Axa tidak memandang rancangan Akademi Al-Quran ini sebagai satu rancangan yang terlalu bagus, kerana axa sendiri tidak tahu bagaimana perjalanan rancangan ini untuk episod seterusnya. Tapi apa yang axa ingin sampaikan hari ini ialah kesedaran dalam melihat Al-Quran sebagai asas pegangan adalah amat penting. Jika kita didedahkan sedari awal bahawa pengajian Al-Quran ini sebenarnya adalah amat menarik, sudah tentu kita akan lebih tertarik untuk memahami dan seterusnya menjadikan ia panduan dalam menjalani kehidupan. InsyaAllah....

1 comment:

Islamic Tazkirah said...

Salam ya muslim..

Ayat Al-Quran indah, dan bertambah molek dengan lagunya..

mari sama2 kita pelajarinya..saya ada sediakan ruang untuk belajar bertarannum, senang2 mampirlah ke sini..

>>Klik sini <<

wassalam..