Wednesday, February 23, 2011

Majlis Aqiqah & Sambutan Ulangtahun Pertama Asyif bin Asrof

Salam.. saya masih lagi terasa penat walaupun kenduri dah selesai Ahad lalu. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar walaupun sehari sebelum kenduri hujan lebat dan ribut taufan telah menerbangkan khemah kami.

Bercerita tentang majlis, pukul 11.30 kami jemput orang surau untuk baca yassin dan doa selamat. Maklum lah.. sejak duk kat Setia Alam, kami belum pernah buat majlis doa selamat. Selesai baca yassin dan doa selamat tu baru lah semua mula jamuan makan. Pukul 1.00 kami buat majlis potong kek ulang tahun asyif yang pertama. Menu utama jamuan mesti kambing golek la.. dah kata pun majlis aqiqah kan. Menu lain Nasi tomato dan lauk pauk nya la. Pastu ada pulut kuning, kuih muih, dadih, kek.. Meriah jugak lah dengan makanan. Saya pun sempat lah buat cupcakes, oreo truffle dan sugar cookies untuk letak kat dessert table. Jemputan yang hadir sekitar 200 orang, saudara mara, kawan-kawan. Alhamdulillah.. kawan2 yang lama tak jumpa pun datang sekali. Dalam kul 5 jugak lah baru settle semua.

Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis kami ahad lalu. Ampun dan maaf dipinta andai ada yang terkurang. Jom layan gambar..



Khemah


Frame hiasan meja

Dessert table


The birthday boy


Majlis bacaan yassin dan doa selamat


kambing golek

nasi tomato dan lauk pauk

the baby elephant birthday cake

Dia pun nyanyi jugak

Birthday boy dengan cake dia...

7 comments:

itangmanih said...

as,order kt ner kek tu?brape rm?

Book Charms said...

happy birthday.....asyif..

as a.k.a axa87 said...

order kat kawan saya kak.. harga 100 ++..ehehhe.. mau oder boleh sajer..

Anonymous said...

alhamdulillah semua brjln lancar... sori tk dpt hadir... sabtu & ahad berkampung kt upm utk stress test data eundi utk mpp..

sweetlavender86 said...

hepy besday asyif,smoga membesar memjadi anak yg soleh dan jage mak ayah bile besar nnti..kak azra mcm menaraik je oreo truffle.bleh bgi resepi x?hehe

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

wah meriahnya majlis ..sowi kami tak dpt hadir ... minggu tue kami balik kg ..

Anonymous said...

Your сurrеnt report pгovideѕ eѕtаblishеd neсеssarу tο myself.
Ιt’s ехtrеmelу helрful and
you're simply certainly extremely knowledgeable in this field. You get opened up our eye to numerous opinion of this subject along with intriguing, notable and sound content material.

Also visit my website: buy phentermine
my web site - buy phentermine