Sejak kebelakangan ini en. asrof sangat busy dengan kerje nye esp dia dah diberi tanggungjawab memegang satu unit dan mempunyai beberapa anak buah. Lepas tu dapat pulak BB yang malam2 pun berbunyi tanda ada masuk email. Kesibukan en asrof terpaksa melibatkan saya juga kerana kami ke ofis menaiki satu kereta. Jadi, bila dia ada meeting yang hampir setiap hari start pukul 5, makanya, kul 8 saya masih di ofis menunggu suami tercinta. Kalau bab menunggu tu saya tak kisah.. pukul 10 malam pun saya masih boleh tunggu, tapi kami kasihankan anak2 esp Aszra yang kadang2 x sempat nak pergi mengaji. For now, kami sedang mencari penyelesaian mcm mana nak settle. Mungkin kena pergi kerja asing2 kot.. aduhai.. sejak kawin, kami memang gi kerja sama2.
Hari ni pulak, saya akan outstation ke PD untuk 3 hari. Berat hati sebenarnya terutama bila tengok Asyif yang tiap2 malam masih menyusu direct dengan saya bila nak tido. Selama ni memang saya tak pernah tinggalkan dia. Pernah mak saya nak ajak dia tido, dia menangis2 mencari saya. Bila bagi susu botol, dia tolak. So, malam ni tak tahu la mcm mana. Hopefully dia dah besar sikit ni, dia boleh tolerate la kot. Then, Aszra pulak.. tiap2 malam mesti sit down dengan saya, tunjuk buku2 dia dan buat ulangkaji sikit. Pagi2 mesti nak saya yang siapkan dia..ikat rambut la. Tapi tadi dah bagi tahu dia, esok saya tak boleh hantar dia gi school. Sib baik dia mcm ok.. Ayah nya la yang hantar esok.
Bila fikirkan balik.. kadang2 kerja dan keluarga ni dua benda yang memang tak boleh sehaluan. Kalau kite sibuk dengan kerja, terpaksa la korbankan keluarga. Kalau kite utama kan keluarga , kerja pun x boleh nak pentingkan sangat. Dalam usia kami ni, masa ni lah kami nak meningkatkan mutu kerjaya masing2. En Asrof pun alhamdulillah dah masuk level management, tapi tu la.. makin berat tanggungjawab. Dia pun kadang2 nampak serba salah sebab terpaksa balik lambat.. pastu balik rumah masih kena buka laptop untuk buat kerja. Tapi ini lah life kan....
Huhuhu.. apa motif ni yer. Ooo saya akan menginap di sini mula malam ni.. tempat best tapi kalau ada suami dan anak2 lagi best
1 comment:
oh dilema...oh dilema....masih aku terasa...
Post a Comment