Monday, February 28, 2011

Pernah kerja ke dik?

Petang ni ada suasana hot la pulak kat opis ni. Ada geng yang terjumpa laman blog sorang budak praktikal yang memohon ehsan nak praktikal kat sini, tapi boleh pulak secara terang-terangan mengutuk tempat dia mencari pengalaman..

Saya ni, sebagai warga pemerintah ni terasa la jugakkan. Senang2 je budak ni label org kerja gomen ni cam gini lah.. cam gitu lah.. Sabor je la. Pastu dia nak banding kan pulak kebagusan kerja swasta. Dik, adik pernah kerja kat swasta ke dik?? kalau adik dah tahu bagus, naper lah adik nak datang pratikal kat opis ni. Ni la dia kalau tak tahu bersyukur. Pelik..pelik. Umur baru setahun jagung dah nak komen secara melulu. Rasanya, dia kenal orang department dia je kot.. department lain mana ada dia join pun. Nama saya sure dia tak kenal..huhuhuh.

Saya angin bukan apa, yer la.. senang2 nak label orang. Saya dengar citer, si budak praktikal ni tulis cam gitu sebab kena tegur/kritik oleh bos dia. Hmm, ni baru org gomen kritik dah melenting.. cam mana nakkerja swasta nanti? Ishh... saya lak emo..ehehhehe

Saya ni, sebelum masuk gomen, 7 tahun di area swasta. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba. Malah semua pengalaman tu saya bawak bila masuk gomen ni. X saya nafikan, ada setengah atitude pekerja gomen ni tak berapa elok.. tapi saya rasa semua tempat pun termasuk swasta pun sama jugak. Dulu, saya selalu je jumpa orang yang suka tikam belakang, bodek boss.. semua, pastu pandai guna politik.. semua tu masa kat swasta. Tapi saya tak bawak benda2 yang x baik bila masuk gomen. Senang citer, semuanya terpulang pada atitude masing2. Kalau kita ni jenis yang waras, yang tahu membezakan mana satu baik mana satu buruk, insyaAllah kita takkan terikut2 dengan budaya kerja yang kurang elok. Kat ofis, saya masih ada masa untuk bersuka2 dengan ofis mate, masih ada peluang untuk FB ke, blogging ke.. tapi yang penting kerja mesti mau siap lah. Itu sendiri kena pandai bagi masa lah.... utk adik praktikal tu, hati2 lah ketika menulis sesuatu secara terbuka.. rasanya ramai yang dah print screen utk dijadikan bahan bukti tu dik...

Thursday, February 24, 2011

Kerja vs Keluarga

Sejak kebelakangan ini en. asrof sangat busy dengan kerje nye esp dia dah diberi tanggungjawab memegang satu unit dan mempunyai beberapa anak buah. Lepas tu dapat pulak BB yang malam2 pun berbunyi tanda ada masuk email. Kesibukan en asrof terpaksa melibatkan saya juga kerana kami ke ofis menaiki satu kereta. Jadi, bila dia ada meeting yang hampir setiap hari start pukul 5, makanya, kul 8 saya masih di ofis menunggu suami tercinta. Kalau bab menunggu tu saya tak kisah.. pukul 10 malam pun saya masih boleh tunggu, tapi kami kasihankan anak2 esp Aszra yang kadang2 x sempat nak pergi mengaji. For now, kami sedang mencari penyelesaian mcm mana nak settle. Mungkin kena pergi kerja asing2 kot.. aduhai.. sejak kawin, kami memang gi kerja sama2.


Hari ni pulak, saya akan outstation ke PD untuk 3 hari. Berat hati sebenarnya terutama bila tengok Asyif yang tiap2 malam masih menyusu direct dengan saya bila nak tido. Selama ni memang saya tak pernah tinggalkan dia. Pernah mak saya nak ajak dia tido, dia menangis2 mencari saya. Bila bagi susu botol, dia tolak. So, malam ni tak tahu la mcm mana. Hopefully dia dah besar sikit ni, dia boleh tolerate la kot. Then, Aszra pulak.. tiap2 malam mesti sit down dengan saya, tunjuk buku2 dia dan buat ulangkaji sikit. Pagi2 mesti nak saya yang siapkan dia..ikat rambut la. Tapi tadi dah bagi tahu dia, esok saya tak boleh hantar dia gi school. Sib baik dia mcm ok.. Ayah nya la yang hantar esok.


Bila fikirkan balik.. kadang2 kerja dan keluarga ni dua benda yang memang tak boleh sehaluan. Kalau kite sibuk dengan kerja, terpaksa la korbankan keluarga. Kalau kite utama kan keluarga , kerja pun x boleh nak pentingkan sangat. Dalam usia kami ni, masa ni lah kami nak meningkatkan mutu kerjaya masing2. En Asrof pun alhamdulillah dah masuk level management, tapi tu la.. makin berat tanggungjawab. Dia pun kadang2 nampak serba salah sebab terpaksa balik lambat.. pastu balik rumah masih kena buka laptop untuk buat kerja. Tapi ini lah life kan....

Huhuhu.. apa motif ni yer. Ooo saya akan menginap di sini mula malam ni.. tempat best tapi kalau ada suami dan anak2 lagi best

Wednesday, February 23, 2011

Majlis Aqiqah & Sambutan Ulangtahun Pertama Asyif bin Asrof

Salam.. saya masih lagi terasa penat walaupun kenduri dah selesai Ahad lalu. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar walaupun sehari sebelum kenduri hujan lebat dan ribut taufan telah menerbangkan khemah kami.

Bercerita tentang majlis, pukul 11.30 kami jemput orang surau untuk baca yassin dan doa selamat. Maklum lah.. sejak duk kat Setia Alam, kami belum pernah buat majlis doa selamat. Selesai baca yassin dan doa selamat tu baru lah semua mula jamuan makan. Pukul 1.00 kami buat majlis potong kek ulang tahun asyif yang pertama. Menu utama jamuan mesti kambing golek la.. dah kata pun majlis aqiqah kan. Menu lain Nasi tomato dan lauk pauk nya la. Pastu ada pulut kuning, kuih muih, dadih, kek.. Meriah jugak lah dengan makanan. Saya pun sempat lah buat cupcakes, oreo truffle dan sugar cookies untuk letak kat dessert table. Jemputan yang hadir sekitar 200 orang, saudara mara, kawan-kawan. Alhamdulillah.. kawan2 yang lama tak jumpa pun datang sekali. Dalam kul 5 jugak lah baru settle semua.

Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis kami ahad lalu. Ampun dan maaf dipinta andai ada yang terkurang. Jom layan gambar..



Khemah


Frame hiasan meja

Dessert table


The birthday boy


Majlis bacaan yassin dan doa selamat


kambing golek

nasi tomato dan lauk pauk

the baby elephant birthday cake

Dia pun nyanyi jugak

Birthday boy dengan cake dia...