Monday, January 17, 2011

Surah Taha & Doa Nabi Daud

Alhamdulillah hari ni Aszra ke sekolah. Tapi pagi tadi merengek2 jugak dia. Payah jugak. Tapi lepas saya pujuk2.. elok la pulak. Terus ja macam happy. Saya janji akan tunggu sampai kawan baik dia Hana sampai. Nasib baik lah si Hana tu memang sentiasa sampai awal. So, masa saya hantar tadi, terus dia kata, ibu balik la.. Lapang dada saya..

Khamis lepas Aszra tak ke sekolah langsung. Saya betul2 runsing. Risau mengenangkan anak dara saya tu. Saya dan en Asrof pun terkejut dengan perubahan mendadak nya. Padahal dia lah yang sangat excited nak ke sekolah. Tiba2 masuk hari ketiga dah tak nak pergi pulak. Itu yang membimbangkan kami. Bila ditanya apa yang dia takut.. dia jawab tak tahu.

Setelah puas usaha memujuk tidak berjaya, saya tahu, hanya pada Dia saya perlu memohon. Sememangnya setiap hari selepas solat doa tidak putus2 untuk anak dan keluarga saya. Tapi kali ini saya perlu mencuba lebih lagi. Alhamdulillah...hasil dari browsing di Internet, saya dicadangkan untuk mengamalkan membaca surah Taha ayat 1-5 dan menggunakan doa nabi Daud. Sejak hari Khamis tu, saya mula amalkan. Saya bacakan surah dan doa itu ketika Aszra sedang tidur sambil saya usap ubun2 dan dadanya. Pagi Jumaat, ketika dia meronta tak mahu pakai baju, saya peluk dia dan bacakan surah Al-Insyirah.. Lepas tu saya doa lagi dengan doa nabi Daud tersebut. Alhamdulillah... atas kuasa Allah yang Maha Mengasihani, Aszra makin lembut hatinya dan terus nak ke sekolah. Sungguh saya bersyukur. Dia balik dari sekolah pun dengan perasaan happy je.. Terima kasih Ya Allah.

Sepanjang hujung minggu, Aszra tak pernah sekali pun kata dia tak nak pergi sekolah dah. Malah, dia lebih excited dengan buku2 yang dia bawak dari sekolah. Kalau tak, beg sekolah pun dia tak nak pandang.. Pagi ni pun sama, mula2 dia mcm tak nak pergi.. saya bacakan berulang kali, dan saya berserah pada Allah...sekali lagi Alhamdulillah, dia menurut kata. Allahuakbar.. sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Mendengar.. Insaf saya dengan pertolongan Allah.. Hanya pada Dia lah tempat yang layak untuk kita pohon kebaikan... Semoga Allah terus mengasihi anak2 saya.. keluarga saya... Alhamdulillah....

Doa Nabi Daud :
"Ya Allah, Kau lembutkan lah hati anakku (nama anak), sebagai mana Engkau melembutkan Nabi Daud ke atas besi ". baca sambil usap dada anak.

1 comment:

I-sya said...

saya pun perasan byk org suruh amalkn surah taha dan doa nabi daud tapi saya belum amalkan lagi.

buat masa ini saya bc surah al-insyirah, ayat kursi dan surat al-fatihah. saya baca dekat ubunu2 dia.

last weekend saya dapatkn air penawar utk dia dr seorang ustaz. tp perubahan ketara belum nmpk lg.

minggu 1 & 2 dia x pernah bgn terus menangis tp start minggu ni celik mata je dh cry. alahaiiii anak... luluh hati ibu mu ini.

apa2 pun saya tetap berusaha untuk lembutkn hati dia supaya dia boleh terima dunia persekolahannya seperti budak2 yg lain.

sama2 kita berdoa dan berusaha.