Tuesday, June 29, 2010

Pada 27 Jun 2010 yang lalu

Pada 27 Jun 2010 yang lalu... hari ulang tahun kelahiran suami saya yang ke 32. Alhamdulillah.... Tepat pukul 12 malam, kami sediakan kek untuk si Ayah yang berbaju Argentina setelah Italy terpaksa pulang awal...


Siang hari nya, we did shopping sikit untuk besday daddy... lepas tu saya belanja makan kat TGI Friday. Had a great time especially bila ada keluarga dan anak2 di sisi....


Selamat Hari Lahir untuk suami, teman dan sahabat saya, Asrof Abd Rauf. Semoga bertambah matang dalam menerajui keluarga...InsyaAllah...

Wednesday, June 23, 2010

Apabila kami pulang ke Mersing

Salam pagi Rabu...hari ni baru dapat update blog. Saya akan busy sampai la hujung bulan 10 sebab tender akan tamat dan banyak dateline nak dikejar...huhuhuh....

Ok la.. ni just nak citer cuti2 kami sekeluarga ke Mersing. Plan asal ialah nak ke Mersing dan Pulau Tioman. Tapi trip ke Tioman terpaksa di tangguhkan sebab ayah mertua saya ada interview di Putrajaya pada hari Khamis. Sepatutnya nak ke Tioman pagi khamis tu naik bot. So..akhirnya kami semua pulang ke Mersing tengah hari hari Khamis.. Tak apa.. maybe nak kena tunggu jugak Kak Aida (kakak ipar) ada baru leh pergi sama2. Kak Aida tak ada kali ni sebab dia ke Oslo, Norway..2 minggu atas urusan kerja. So.. anak2nya semua ada ngan kami..angkut sekali bawak balik ke Mersing.
Kami tiba di Mersing dengan 3 biji kereta, Kereta kami, Kereta ayah mertua dan kereta kak Dura.. Kali ni mak dan ayah saya pun join sekali. Sampai petang Khamis. Chef of the day terus mulakan aktiviti nak barbeku malam tuh.. Ted dan kak Dura did a good job.. food memang marvelous la.. Samoai kan ayah saya pun nak belajar masak dengan chef Ted tuh...ehheheh.




Hari Jumaat aktiviti bersantai di rumah sambil menjenguk2 pokok durian, mangga dan kuini di sekeliling rumah. Terpegun kejap tengok buah durian yang sangat banyak bergayutan di dahan pokok.. aduhai..bila la leh merasa durian tuh. Ayah kata 2-3 minggu lagi gugur la tuh... hmmm mcm nak balik je lagi 3 minggu. Memang terliur tengok durian yang cantik2 belaka tuh. Most durian ialah dari baka yang baik...di tanam sendiri oleh ayah mertua saya. Pokok2 mangga dan kuini pulak memang mengeluarkan hasil dengan banyak. Entah berapa troli yang diaorg dapat kutip. Ada yang kami buat jus dan ada yang kami makan begitu saja. Bawak balik pun ada...sampai dalam kereta berbau wangi buah kuini. Rambutan pun nampaknya dah berbunga dan dah berbuah, tapi masih hijau. Memang kalau 3 minggu lagi, kenyang buah-buahan lah kami.. So, ada saper2 nak ikut balik Mersing? Belah petang aktiviti wajib.. mandi laut di Air Papan la .. First time saya bawak Asyif turun mandi air laut. Tak takut langsung dia... relax je..









Belah malam...makan barbeku seafood lagi. Kali ni semua seafood fresh, dibeli terus dari bot nelayan mersing. Pari, sotong, udang, ketam...semua besar2 belaka. Puas lah!

Hari Sabtu... kami dua kereta (kak dura balik awal), ke Kota Tinggi pulak. Tempat dituju sudah tentu lah air terjun nya. Lama tak pergi, last saya pergi tahun 2002 kot.. Kali ni bawak anak2 pulak. Aszra dan ayahnya bersama dengan Humaira, hazrik ngan hakeem je la yang turun. Ayah dan ayah mertua saya pun join jugak mandi. Malas nak rendam si Asyif sebab air waterfall ni agak sejuk. Menggeletar pulak si Asyif tu nanti. Kami kat sana tak lama.. by 5 petang kami dah gerak balik ke Mersing semula. Kepenatan masing2..



Hari Ahad... lepas breakfast baru la kereta kami bergerak pulak. Family mertua saya ke Simpang Renggam... ada wedding. Saya dan keluarga terus ke hiway.. tapi singgah jugak la Ayer Hitam beli barang sikit... Penat memang sangat penat... tapi 5 hari duduk bersama keluarga memang membahagiakan. Baru habis cuti ni...dah plan cuti lain lak..ehehh, next destination?? Utara pulak kot...InsyaAllah..

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Bapa

Salam pagi Isnin. Saya agak kepenatan.. semalam kami sekeluarga baru pulang dari bercuti di Mersing. next entry saya citer pasal Mersing. Hari ni, masih tak terlambat untuk saya ucapkan selamat hari bapa buat insan2 penting dalam hidup saya...

Ayah Saya (Abu Bakar Jabar)

Selamat hari bapa untuk ayah. Ayah saya seorang yang agak serius terutamanya dalam membesarkan saya dan adik. Kalau hitam kata ayah...maka hitam la..kalau putih kata ayah..maka putih la. Tiada kompromi. hehehhe.. Tapi, ayah saya seorang yang sangat penyayang. Tak pernah la saya dan adik kena jentik hatta, nak tepuk nyamuk kat badan kami pun dia tak pernah. Dihalaunya nyamuk tuh.. Ayah saya bukan orang kaya, tapi alhamdulillah keperluan kami sekeluarga tak pernah terabai. Buku sekolah, buku rujukan memang tak jadi masalah. Asalkan anak mendapat pendidikan yang terbaik. Syukur sangat, atas didikan ayah dan emak yang baik, saya dan adik kini mampu untuk berdikari, mampu membezakan yang baik dan buruk dan kekal menyayangi antara satu sama lain. Terima kasih ayah!.. Ida sayang ayah sangat...


Suami saya (Asrof Rauf)

Selamat hari bapa Yang.. Pada awal perkahwinan, kadangkala saya ragui mampukah suami saya ni menjadi ayah yang pandai layan anak2. Ye la..suami saya anak lelaki tunggal dan bongsu pulak tuh.. sifat keanakan dan kemanjaan dia memang terserlah lah.. Alhamdulillah, saya tahu keraguan saya itu salah. Saya rupanya dikurniakan seorang lelaki yang sangat pandai melayani anak2. Bermula dengan Aszra.. yang nampaknya lebih rapat dengan ayahnya. Sikit2 ayah... Suami saya pandai memujuk aszra bila dia menangis atau tantrum.. Lagi satu, suami saya suka belikan buku cerita untuk anak kesayangan dia...dan setiap malam akan membacakan buku cerita yang dibeli. Sampai sekarang ni Aszra dah boleh ceritakan balik mengikut buku yang dibaca... Asyif pulak, bila time asyif buat perangai tak nak tidur cepat, suami saya la yang akan turut sama berjaga sampai pukul 2-3 pagi. Kadang2 saya disuruh tidur dulu...dia yang jaga anak dulu. Kira bergilir-gilir. Syukur sangat... terima kasih awak... semoga awak terus menjadi idola untuk anak2...InsyaAllah...


Bapa mertua (Abd Rauf Abd Rahim)

Selamat hari bapa untuk ayah mertua saya yang masih gagah dan sihat. Berusia 64 tahun, tapi kudrat macam orang muda. Masih gagah bermain golf, memandu solo tanpa henti KL-Mersing-KL. Saya selalu tertanya, mcm mana ayah mertua saya nampak segar dan sihat dan lama2 saya faham sendiri. Dia memulakan harinya dengan sarapan pagi yang sihat. Setiap hari ayah mertua saya hanya makan roti dan telur untuk breakfast. Dia takkan makan nasi lemak ke...kuih muih ke.. mee hoon goreng ke... sebab baginya, untuk memulakan hari dengan baik, perlu dimulakan dengan makanan yang sihat. Ya... saya dah pun melihat hasilnya. Saya kan cuba apply amalan ini untuk keluarga dan anak2 saya. InsyaAllah....

Thursday, June 10, 2010

Kenduri Sana Sini

Salam pagi Khamis... sekarang ni sangat payah nak update blog. Banyak nak dikongsi tapi masa amat la terhad. So ..ada masa sikit ni boleh la update..tengah hari ni saya kena gi Putrajaya, ada review content...huhuhuh..kerja kerja kerja, sampai bila pun tak habis.

Bercerita pasal kenduri...sekarang ni dah start cuti sekolah, sebab tu la banyak kenduri. Tak kira lah kenduri kawin ke, doa selamat ke... masa ni lah ramai ambik peluang. Sabtu lepas, sebelah malam, saya dan keluarga ke Banting, ada kenduri kawin...Actually majlis besarnya hari Ahad tapi sebab kami tak boleh dtg siang Ahad..maka kami jenguk la sebelah malam. Ramai jugak org datang sebelah malam. Ni kenduri jiran sebelah cousin saya. Jiran pun nak kena pegi ke?? Ohh...ni jiran yang baik dgn kami sekeluarga. Kenal masa saya masih sekolah la...dah 20 tahun jugak la. Walaupun makteh dan pakteh saya dah tak ada, tapi mereka ni masih ingat pada kami.. tetap datang menjemput sendiri.

Ahad pulak, keluarga kecil saya dan mak ngan ayah.. ke Melaka. Kali ni adik tak ikut sebab adik saya dah mula kelas dia..oh ya..dia further study di OUM. Good luck adik! So.. kami bertolak 2 kereta ke Melaka, dengan keluarga Anjang sekali. Dalam kul 12 lebih dah sampai di Grand Ballroom MITC Melaka. Wedding ni pulak majlis perkahwinan dua pupu saya la kiranya sebab mak saya dan mak pengantin sepupu. Jadinya ramai la kaum kerabat saudara mara yang kami jumpa kat sana.. seronok sekali sekala jumpa sedara mara ni kan.. Balik dari Melaka, plan asal saya dan en asrof akan ke tournament MB di Sri Petaling. Tapi lain lak citer nya.. masa nak exit ke USJ, tiba2 lak kereta break down. Terpaksa la Plus Ronda tarik sampai masuk Tol. Kat situ, check punya check...timing belt putus daaaaaa... punyer la frust. Ni kali kedua berlaku. Kali pertama nov 2008. Masa tu kena RM 2k.. Cuak betul la.. saya dah budget ni sure ribu riban lagi ni... masa tu saya call insurans utk hantar tow truck.. so towing dapat free la. Tow terus ke bengkel kawan Wayi kat Kerinchi.. Wayi dan Hajar, direct datang kat USJ, tengok kan kereta. Thanks a lot... Pastu adik dan Cik Jad la datang ambik kami di Kerinchi.. Alhamdulillah, semalam (Rabu) dah dapat kereta balik dah.. dan bersyukur sangat2, kali ni kena RM 900 je.. hehehe.
So.. untuk sepanjang Jun ni saya akan sibuk pergi kenduri. Sabtu (12 Jun), kenduri kawin sepupu Asrof, si Izzi...Ahad (13 Jun), kenduri aqiqah Rizqah, puteri Maleq dan Shahnaz..sib baik dua2 di Seremban. Rabu 16 Jun, kami akan bertolak ke Mersing utk balik bercuti..horayyyyyyyyy.... Khamis tu, akan bergerak ke Pulau Tioman..Yahoo.... so, selamat bercuti semua!

tengah2 tu mak pengantin, cousin mak


Best friend forever..kenkadang gaduh jugak budak duaorg ni...Oh ya, mereka ialah adik beradik sesusuan.. Saya pernah menyusukan Oya dan Mama Oya pun pernah susukan Aszra..


Berdua lebih baik...


Acip yang semakin membesar bagai Johan. Baju tu saiz 12 bulan ye...


Ni la pengantinya, Diana Ramli dan pasangannya Basri Hassan.
p/s: More pics ada di FB.

Wednesday, June 02, 2010

On her 4th Birthday

Salam petang Rabu... kejap je dah hari rabu yer,, kejap betul masa berlalu. Dah masuk bulan 6 dah...dah separuh tahun 2010 kita lalui.. begitu juga dengan Aszra dan Asyif.. Aszra dah cecah 4 tahun...si Asyif pulak hari ni genap la 4 bulan... Alhamdulillah anak2 saya sihat sejahtera.


28 May lepas...birthday Aszra yg ke 4 tahun. Kebetulan hari cuti Wesak day. So..apa lagi, saya dan suami pun bercadang la nak berjalan2 bawak anak2 kesayangan. Akhirnya destinasi yg di pilih ialah Petrosains, KLCC. Ok la sempena birthday Aszra, boleh la dia belajar something kat sana. Saya ajak mak, ayah, adik dan cik Jad... sib baik semua pun setuju nak ikut. Saya booking tiket pukul 3 petang.. Fee masuk pun tak la mahal sangat..dewasa rm 12, warga emas rm 6 dan kanak2 bawah 5 tahun percuma.






Pengembaraan dalam Petrosains ambil masa 2-3 jam. Mula2 naik gondola...cantik montaj2 yg dipersembahkan.. Lepas tu kami kena jalan sambil tengok macam2 perihal kehidupan. Banyak la jugak yg dipelajari. Pastu ada jugak kami naik simulasi helikopter yang bawa kami ke pelantar minyak. Ooo...baru la kami tahu mcm mana kehidupan dan pekerjaan di pelantar minyak...heheh...

Sebelah malam...kami sekeluarga bawak Aszra makan di restoran Afnan.. sambil potong kek birthday sekali. Tahun ni mcm tak plan nak buat birthday party coz.. we are planning kenduri aqiqah utk asyif hujung June.. so, malas nak buat dua kali makan2.. tapi lepas makan, potong kek...then on the way balik rumah, suddenly aszra tanya.."ibu.. ibu lupa nak ajak Kak Mai, Oya masa birthday Aja tadi yer Ibu??"... errrkk..... Tiba2 saya rasa kelu. Rasa kesian sangat kat Aszra coz her birthday tak seperti yg dia expect. Sure dia ingat ada kawan2 yang akan raikan dia.. Finally on that nite juga, kami terus rancang buat small gathering dengan family for Aszra's birthday.

So.. Ahad, 30 May.. pukul 3 petang.. family kami berkumpul. Tak ajak ramai pun... semua cousin2 dan jiran rapat dan dekat je. Kumpul dalam 30-40 orang. At least meriah la masa potong kek... Saya sempat tempah kek ais krim strawberry..sempena minat aszra kat character strawberry shortcake. Alhamdulillah... the gathering berjalan dengan baik... simple tapi puas hati. Really hope aszra happy especially bila dapat jumpa dan main2 dengan cousin2 dan kawan2 dia....









p/s:more gambar saya upload di FB je...