Friday, May 28, 2010

Buat Aszra ku Sayang di hari lahir yang ke 4

Salam buat anak ibu Aszra. Hari ini 28 Mei 2010, genap usia Aszra 4 tahun. Alhamdulillah...anak ibu membesar dengan baik, bijak, cerdik serta sempurna. 4 tahun yang lepas... Aszra ibu lahirkan tepat jam 2.51 pagi. Malam tu malam ke 2 ibu di hospital Pantai Cheras. Ibu tengah tido lena lepas diberi ubat tahan sakit tetapi tiba dikejutkan dengan air ketuban ibu pecah pada pukul 11.30 tgh malam. Maka bermula lah pertarungan ibu untuk mengeluarkan Aszra. Ayah pulak sentiasa ada dengan ibu...membacakan Al-Fatihah setiap kali contraction datang. Sakitnya Allah sahaja yang tahu...tapi dapat ibu tempuhi dengan baik. Ayah sangat membantu...segala sakit yang datang, seakan pergi bila tangan ayah menggegam tangan ibu... 3 jam selepas itu, lahirlah permata hati Ibu yang pertama...Aszra binti Asrof.


Tahun pertama membesarkan Aszra... masa ibu dan ayah amat terhad. Ibu dan ayah tinggal di Cheras ketika itu...berulang alik 2 hari sekali untuk berjumpa dengan anak ibu yang satu ini. Hingga hari ini ibu masih terasa ralat kerana tidak membesarkan Aszra sendiri...tidak dapat mengikuti perkembangan Aszra setiap hari....malah susu ibu pun Aszra tak menyusu dengan banyak. Maaf kan ibu... Kalau la boleh diundur kembali masa... ibu ingin membela Aszra bagai mana ibu menjaga adik Asyif sekarang. Setiap kali menyusu Asyif..Ibu rasa sedih sebab Aszra tak berpeluang berkepit dengan ibu lama macam adik... Alhamdulillah.. mungkin rezeki Aszra, ibu dan ayah membeli rumah di Setia Alam, dengan tujuan agar dapat membesarkan Aszra sepenuh masa.
Tahun ke dua... Aszra semakin bijak dan pandai. Aszra dah petah bercakap.. berjalan dan berlari apatah lagi. Anak ibu sangat suka dengan buku. Hampir tiap2 minggu kita akan ke kedai buku untuk beli books.. Lepas tu Aszra mesti suruh ibu dan ayah bacakan. Masa ni juga Aszra suka cartoon Barney...lagu Barney pun Aszra hafal... anak patung barney and friends pun ibu ayah belikan..


Tahun ke tiga... minat Aszra dah berbeza. Aszra mula menunjukkan minat sebagai kanak2 perempuan. Suka kepada warna merah jambu dan watak2 princess. Ibu dan ayah juga selalu belikan CD atau buku tentang princess2 ni.. Semua cerita Aszra tahu..Cinderella, Snow White, Aurora.. mcm2 la.. Baju, kasut, semua dah terikut2 tema princess ni. Ibu ayah tak kisah...yang penting Aszra happy. Aszra juga dah mintak pergi ke sekolah. Ayah dan ibu masukkan Aszra ke Tumble Tots... Bagus tempat tuh. Kat situ la Aszra belajar untuk bersosial dengan kawan2, meningkatkan confident level malah anak ibu mula berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah....aszra sangat cepat belajar. Hampir hujung tahun...Aszra minta untuk belajar mengaji pulak. Syukur sangat Aszra tunjuk minat...ibu ayah hantar Aszra ke Institut Iqra Bestari. Menjadi pelajar paling kecil membuat kan ibu ayah bangga dengan pencapaian Aszra.. sekarang ni Aszra dah pandai mengaji..dah nak habis buku 1 Qiraati. Awal tahun 2010 pula...ibu dan ayah masukkan Aszra ke Yamaha Music School.. sebab Aszra minat music. Aszra tak pernah ada masalah untuk ke kelas..tak kiralah kelas music ke...atau kelas mengaji.


Masuk tahun ke 4 ini... Aszra dah pun punya adik Asyif. Sepanjang ibu mengandung...Aszra tak pernah jemu nak bercakap dengan perut ibu..nyanyi2 kat perut ibu... Sebab tu la, sekarang ni adik Asyif sentiasa senyum kalau tengok kakak Aszra.. Dia kenal kakak dia yang selalu menyanyi untuk dia. Aszra juga tolong ibu buang pampers.. ambil pampers..ambil tuala.. Rajin sangat anak ibu. Tapi sekarang ni Aszra selalu juga kena marah dengan ibu...bukan ibu tak sayang..tapi kadang2 ibu takut bila Aszra lompat2 nanti terkena adik... Sekarang ni Aszra dah pandai mengira, membaca ABC, menulis nombor dan abjad... Alhamdulillah... Hujung June nanti Aszra akan tamat Gred 1 untuk music class Aszra. Ibu bangga dengan Aszra.... Aszra adalah kekuatan ibu. Sejak Aszra lahir.. ibu tahu ibu melahirkan anak yang sangat istimewa, yang bijak serba serbi..InsyaAllah...

Selamat Hari Lahir buat anak Ibu Aszra binti Asrof. Semoga Aszra membesar menjadi anak yang solehah... menjadi insan berguna, berbakti pada keluarga, agama dan bangsa... Biar harapan ibu ini tinggi melambung... ..kerana kata2 seorang ibu itu adalah DOA!

Monday, May 24, 2010

EPSA Family Gathering 2010

Salam petang Isnin. Baru hari ni saya berkesempatan nak update blog ni.. dah kat 3 minggu terbengkalai. Saya banyak kerja kat ofis.. duk kat lab buat tensting courseware yang pending tak sudah2..Alhamdulillah 10 kursus dah lepas untuk ditawarkan secara online... memang berhempas pulas la...

So, untuk menghilangkan stress kerja, weekend lepas, program saya Program E-Pembelajaran EPSA buat Family Gathering kat Bayu Beach resort PD. Kami kumpul duit dan semua bersetuju nak gi outing. 80% daripada team EPSA join bawak keluarga masing2. Check in bermula pukul 3 petang. Saya bertolak dari rumah lepas Aszra habis music class dia. Kami sampai dalam kul 4. Saya, Sato a.ka Suzie dan Nizam berkongsi satu apartment 3 bilik. Yang family lain2 ada yang ambik studio room dan deluxe room. Rate kat sini not bad la.. lagi pun diaorg bagi rate government kot. Petang tu..kul 5 kami semua berkumpul di tepi pantai untuk aktiviti sukaneka. Kami sepakat ramai2 pakai baju merah. Memang nampak berseri2 semua duk tepi pantai. Acara untuk org dewasa termasuk la lari dalam guni, tarik tali, selipar gergasi, lari kaki tiga.. pastu kanak2 pulak acara bawa bola pinpong dalam sudu dan tarik bola guna gelung. Alhamdulillah semua sporting pulak tuh.. ada yang jatuh tergolek.. ada yang buat aksi mcm2 la.. Bos2 kami pun semua sporting..termasuk keluarga masing2 yang join.. tak ada lah yang buat hal sendiri atau malu2 nak join...

Saya bersyukur sangat dapat rakan2 sekerja yang mcm team saya sekarang. Kami sangat rapat antara satu sama lain. Walaupun kadang2 ada perselisihan masa menjalankan kerja masing2.. tapi bila habis kerja je.. semua dah tak fikir kerja dah.. kami boleh lepak makan2 sama2..boleh gelak sama2.. sebarang masalah dalam kerja tak simpan dalam hati la.. bos2 pun sangat supportive... Jom layan sebahagian gambar2 masa saya dan keluarga di PD. Yang lain2 saya up dlm FB.


ni keluarga KAMI yg serba merah



Saya sedang bersedia utk lari dlm guni.. dpt no 1 tau


Aszra join acara bawak bola pinpong dlm sudu.. lembah lembut je anak ibu ni

ni acara tarik tali.. sengal jugak badan..

Aszra dengan acara tarik bola

En Asrof dengan acara selipar gergasi
saya dan kawan2.. bulat betul la si asyif ni..


acara barbeku..dan penyampaian hadiah...

Monday, May 10, 2010

Harapan saya, seorang Ibu.

Salam pagi Isnin.. Saja terrajin nak cerita something kat sini. Semalam hari Ibu.. saya dan keluarga bawak mak dan ayah makan2 kat Chicken Rice Shop.. tu je la favourite mak.. so ikutkan je la.. Malam sebelum tu makan2 dengan ibu mertua saya di Paroi.. pun ibu mertua saya pilih tempat..mee hoon sup kat situ sedap kata nya.. Hmmm.. memang sedap! Aszra boleh habis semangkuk.


Saya nak bercerita tentang anak2 sebenarnya. Dimulakan dengan si kecik Asyif. Memang la dia si kecik.. tapi dia tidak kecik. heheheh. Alhamdulillah.. Asyif dah pun 3 bulan lebih. Masa gi cucuk untuk 3 bulan last week, bila timbang Asyif dah cecah 8.3kg. Mak aaaiii... semangat betul anak ibu yang satu ni. Dulu kakak dia.. nak cecah 6 kilo pun dah nak dekat umur setahun. Then..Dr ukur panjang.. pun memang tinggi anak ibu ni. Dr kata.. untuk baby 3 bulan, Asyif dikategorikan sebagai baby yang tinggi. Ikut ayah dia la tuh... sebab tu berat pun sungguh memberangsangkan. Cuma Dr kata sepatutnya berat ideal Asyif 7 kg. So dah terlebih 1.3 kg. But nothing we can do.. coz Asyif masih menyusu sepenuhnya dengan susu ibu dia ni. Berkat minum susu ibu.. Alhamdulillah... membesar bagai johan anak ibu. Tak apa la.. as long Asyif sihat tanpa sebarang penyakit, ibu dah cukup bersyukur. Setakat 3 bulan ni.. Asyif dah pandai nak berkomunikasi dengan org sekeliling dia esp Ibu dia ni la. Pantang nampak ibu.. dia akan tegur (ikut bahasa dia).. dan buat gaya nak susu. ehhehe. Bila dengan kakak dia.. dia suka dengar kakak nyanyi... kalau kita ckp2 dengan dia, dia akan balas ckp2 tu dengan bahasa dia. Pastu, Asyif ni pun suka tengok TV macm ayah dan kakak dia.. kadang2 dia bising sebab tak nampak tv sebab terlindung.. bila di angkat dan duduk atas riba menghadap tv, senyap la dia... anak beranak sama je...ehehehhe.

Bercerita tentang si kakak Aszra pulak. Biasala anak dara saya yang bijak pandai ni. Sekarang ni dalam sehari mesti ada nak speaking english dengan saya. Kalau lepas balik kelas music lagi la.. menyanyi2 la dia. Walaupun kadang2 ayat dia tak betul2 perfect dan campur2 dengan bahasa melayu, tapi saya kagum dengan kesungguhan dia untuk berfikir untuk create ayat in english. Bila dia tak tahu.. dia akan tanya saya atau ayah dia. Semalam hari ibu.. dia buatkan kad untuk saya (actually ayahnya la yang tolong buatkan). Pastu malam tadi Aszra ckp kat saya " Mommy.. i love u mommy.. i have something for u. I give u this card. Thanks u mommy". Oh ya.. bila Aszra speaking, dia akan panggil saya "mommy", ayah dia "dad", Wan "grandma" dan atok "grandpa". Saya tak ajar pun.. ikut tv atau pun belajar kat kelas kot...ehehehhe. As ibu.. saya happy sangat tengok perkembangan anak2 saya. Harapan saya di hari ibu...semoga kedua2 anak saya menjadi insan yang baik, bijak dan berpekerti mulia. InsyaAllah....

Sunday, May 09, 2010

Selamat Hari Ibu


Salam hari Ibu.. Hari ni, 9 Mei, kita menyambut hari Ibu. Ada setengah orang kata, setiap hari adalah hari Ibu.. yup! bagi saya setiap hari ada je tugas seorang ibu dan setiap hari lah seharusnya kite menghargai ibu kita. Tapi saya juga suka menyambut hari Ibu.. bila dah jadi Ibu ni, bila ada hari2 tertentu mcm ni..terasa bangga menjadi seorang ibu dan bangga mempunyai ibu.

Semua orang sayang ibu mereka. Saya pun sayang mak saya. Allah saja tahu betapa sayangnya saya kat mak saya. Mak la segala2nya bagi saya sejak saya kecil lagi. Sampai sekarang.. saya dah pun bergelar seorang ibu yang ada 2 orang anak. Saya masih jugak bergantung pada emak. Semoga Allah membalas kebaikan mak saya dengan kebahagiaan dan kesenangan dunia dan Akhirat.

Ibu mertua.. apabila kita berkahwin dengan seorang lelaki, ibu lelaki itu juga menjadi ibu kita. Alhamdulillah..saya dikurniakan dengan seorang ibu mertua yang sangat memahami. Saya boleh meluahkan segala-gala.. meminta pendapat malah berkongsi minat dengan ibu mertua saya. Takut saya melihat mereka2 yang bermasalah dengan ibu mertua. Mintak dijauhkan sebarang perkara yang tidak baik dalam hubungan kami ini. Semoga ibu mertua saya juga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.

Saya seorang ibu. Bila dah bergelar ibu, barulah saya faham segala perasaan yang pernah dialami oleh emak saya. Walau kadang2 saya penat bekerja, terasa letih dan mengantuk bila balik kerja..semuanya rasa tenang dan senang bila melihat wajah anak2 saya. Walau mata bagai nak terpejam... memandang senyuman Asyif yang meminta susu, hati jadi berbunga.. betapa bertuahnya saya dikurniakan anak sesihat dia. Walau tengah nyenyak tidur, mendengar Aszra yang kehausan mahukan teh panas, membuatkan saya tidak sampai hati.. saya tahu itu tanggungjawab saya. Semuanya pernah emak saya lalui ketika membesarkan saya dan adik.... Semoga saya terus diberi kekuatan untuk menjadi Ibu yang baik. InsyaAllah...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU - IBU !

Saturday, May 08, 2010

Long Lost Friend

Assalamualaikum. Hari ni 8 Mei. Bila tarikh ni datang saya pastu akan ingat pada seorang kawan. Tarikh lahir dia hari ni la 8 Mei. Saya kenal dia dah lama.. tp x pernah saya dpt ucap selamat hari lahir kat dia... eh dia hidup lagi lah.. cuma dah lama saya x dengar khabar dia.. sebenarny tak tahu nak cari kat mana.. cuba cari kat facebook tapi tak jumpa pulak. Mungkin belum ada akaun facebook kot. So untuk kawan saya ni.. walau di mana dia berada, saya doakan semoga dia sentiasa diberkati, bahagia kehidupan dunia akhirat.

HAPPY BIRTHDAY SAHABAT!

Ps: oh saya memang selalu ingat birthday kawan2 yg memberi kesan dalam hidup saya. Yes.. dia ni memang menjadi sejarah dalam hidup saya  hehehe.

Sunday, May 02, 2010

Double Trouble Concert - Rock ooooooo!

Salam pagi Ahad.. wah..jarang saya update blog hari2 ahad mcm ni. Sementara Asyif tidur dan Aszra breakfast..layan la kejap internet ni. Maklum la..saja nak update citer fresh lastnite. Oh..before citer pasal mlm tadi... Asyif saya dah gebap 3 bulan hari ni. Alhamdulillah membesar sihat bagai johan la... belum gi timbang + cucuk lagi ni. Rasanya dah 7 kg lebih dah tuh. Berkat minum susu ibu dia ni la.. Asyif masih fully breast feed + EBM yang saya perah tiap2 hari. Risau jugak tengok stok yg makin susut sebab Asyif makin banyak minum... jadual mengepam saya pulak dah tak tentu masa coz kat ofis kerja dah makin berlambak2. Setiap khamis saya pulak kena gi kerja luar kat Seri Kembangan...pastu malam ni lak saya g outstation ke Kota Bharu. Mudah-mudahan saya akan terus bertahan....


Terpesong dari tajuk entry saya ni. Ok la..last nite, saya, suami, adik, adik ipar dan pasangan Maleq dan Shahnaz gi konsert Double Trouble Search & Wings kat Indoor Arena, Bukit Kiara. Wah..wah...wah..sempat kan saya gi konsert. Sekali sekala... last time saya ke konsert pada tahun 2003, tengok Linkin Park kat Stadium Merdeka. Masa tu tak kawin lagi... kali ni tetiba je en suami tanya...nak join tak.. menarik jugak...yer la..saper tak kenal wings ngan search kan.. saya membesar zaman2 rock kapak la.. awal tahun 90 an... ditambah pulak adik saya pun nak join pergi jugak coz adik ipar saya lagi lah peminat tegar WIngs...98% lagu yang dinyanyikan, dia hafal dan dia join nyanyi.....cool...



Jalan kaki menuju ke tapak konsert



Kami tiba around kul 7 lebih. Pastu menunggu si Maleq dan Shahnaz yang pegang tiket. Diaorang pulak susah nak dapat parking. Memang teruk jam nya... parking pun masalah... sepanjang2 jalan bukit kiara tu habis org parking. Memang kena menapak jauh la.. sib baik saya parking kat dlm INTAN..ehehhe. Kami masuk kat indoor arena masa tu dah nak start dah.. kami lepak kat laman tengah.. tapi yang ada kipas.. yer la.. dengan org yg ramai tu, memang terasa panas. Memang seronok la layan lagu lama2 ni. Especially bila Wings nyanyi lagu Sejati dan Search pulak nyanyi Isabella. boleh dikatakan 100% org yang ada kat situ ikut menyanyi. Ala2 nyanyi lagu negara ku pulak..ehehe. Keseluruhan konsert memang best la... puas hati. Cuma bagi saya.. tempat tu terlalu kecik la jika nak dibandingkan dengan nama konsert dan artis yang sudah cukup gah kat malaysia ni. Kalau tak silap saya, hari dan waktu yg sama kumpulan Ungu dari Indonesia pun ada konsert di Bukit Jalil. Kan lebih baik.. artis malaysia diberi keutamaan dapat kat tempat2 besar cam kat stadium.. Ni kat bukit kiara tu, tempatnya kecik je.. parking memang paling bermasalah. Memang kena parking tepi jalan.. on the way balik tu nampak ada kereta yang kena langgar la.. bumper kemek la.. tapi tu la.. dah parking kat situ.. mana nak tahu saper yang langgar kan.. Kesian.. apa2 pun memang best gi konsert ni... walaupun kena menapak agak jauh...hehehehhe.




Ibu2 yang masih menyusukan baby2 nya.. (kami dah tinggalkan susu yang cukup utk bagi kat baby tau)

Awie dan Amy..memang mantap

Joe dan Kid.. berduet main gitar... best giler!

Rock oooooooooo

Kami...yang rock...