Thursday, March 25, 2010

Jalan-Jalan Mid Valley

salam di tengah malam khamis ni. Time malam2 cam gini la leh update blog. Suami dan anak2 dah tido. Tapi si kecik tu kejap lagi bangun la nak susu tuh. Dia kan ada alarm sendiri.
Saja nak citer. Sabtu lepas...saya sekeluarga gi Mid Valley. Lama rasanya tak gi ke sana. Masa hujung2 mengandung hari tu pun jarang pergi sebab tak larat dah. Tujuan utama memang nak gi family dinner kat Madam Kwan's sempena birthday adik saya yang dah lepas pada 10 Mac lepas. Seperti biasa tiap2 kali birthday mesti makan kat luar yang special sikit. Kali ni pilih Madan Kwan's. Saja je...nak merasa. Tujuan lain pulak...sambil2 tu nak le shopping sikit. Bukan apa, saya nak cari kasut utk naik kerja nanti.


Asyif tengah nak siap nak gi jalan2


Kami sampai dalam kul 6 lebih. Kat concourse tu ada buat replika citer alice in wonderland. Apa lagi...Aszra la paling seronok. Malam sebelum tu dah tengok movie nya. So...bergambor sakan la kat situ. PAstu ada lak diorg buat show alice in wonderland. Watak2 tu buat mcm citer sikit. Seronok la anak saya tu. Sekarang ni dah crazy ngan alice pulak. Dah tak nak ikat rambut sebab alice tak ikat rambut... pastu hari2 nak pakai gaun sebab alice pakai gaun....poning palo ibu dia ni.


First appearance lepas pantang...






Bercerita tentang makan kat Madam Kwan's, makanan dia biasa je la. Kami ambik ala carte sorang satu je. Tak makan berhidang pun sebab selera lain2. Cuma kat sini a bit pricey la.. even makanan dia biasa. Tapi kami dapat tempat yang privacy. Senang sikit untuk saya menyusukan si Asyif. Asyif pulak first time jalan jauh...asyik tengok kiri kanan je. Yer la terkejut tengok ramai orang kot. Hehehh. By the way...tima kasih la pada adik yang sudi membelanja...Happy besday jugak yer.....bulan ni masyukk..nak belanja makan lagi ker..hehehheheh


Dia ni mana2 pergi mesti nak ada buku...



Wednesday, March 24, 2010

Coretan untuk suami

Salam...ditengah malam Rabu. Saat ini, suami saya sedang lena tidur di samping Asyif dan Aszra pulak masih belum tidur menonton chanel Cartoon Network. Ketika saya sedang melayari FB malam2 mcm ni...tiba2 saya terpandang wajah suami saya yang sedang tidur. Rasa sayu tiba2 datang. Saya terfikir..saya tidak mampu hidup tanpa dia....
Sejak seminggu dua ni, suami saya kurang sihat. Minggu lepas..demamnya berlarutan sampai beberapa hari...demam pada waktu malam...kejap demam, kejap ok. Suami saya seorang yang kuat melawan penyakit. Pada kebiasaannya kalau ada tanda dia akan demam, dia akan telan panadol dan tidur berbungkus dengan selimut...bila bangun tidur...sihat la dia. Tapi kali ni cara tu tak menjadi. Dia tetap demam..namun untuk lawan juga demam tu, dia masih gigih turun bermain bola kat padang tiap2 petang. Tapi dia tetap demam. Saya berjaya pujuk dia utk ke klinik. Dr. bagi ubat demam biasa dan antibiotik. Dr pesan lepas 4 hari kalau masih demam...kena check darah. Ya.. dia masih demam on off hingga hari ke 4. So...darah suami saya diambil utk ujian demam denggi memandangkan jiran kami dah kena. Result darah menunjukkan platlet darah ok..so bukan demam denggi...cuba bacaan sel darah putih dia tinggi sikit. Kepala saya mula fikir bukan-bukan. Tapi dr kata tak ada apa2...mungkin ada infection je. Suami saya pulak saja nak bagi saya risau..dia mula sebut luekimia......nauzubillah mintak dijauhkan. Kak Dura pun kata bacaan sel darah putih tu biasa je.. memang infection. Lega hati saya...
Jauh disudut hati saya... saya tetap risau. Suami saya masih tak berapa sihat. Entahla... saya sangat takut kalau terjadi apa2 pada dia. Dia sumber kekuatan saya.... Saya sangat sayang suami saya. Biarpun suami saya banyak kekurangan...kelemahan... tapi saya tak pernah putus asa untuk lihat dia membina hidup dan memperbaiki segala kelemahannya. Saya tahu...dia adalah suami yang terbaik utk saya. Saya tak boleh bayangkan hidup tanpa dia.. Saya ada melayari beberapa blog.. mereka2 yang kehilangan suami... sedih saya membaca coretan mereka.. menjalani hidup tanpa suami tercinta.. tak mampu saya menggambarkannya. Saya bersyukur sangat saya masih punya suami... yang bertanggungjawab menjaga keperluan saya dan anak2. Yang berada di samping saya dalam apa juga keadaan.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... jauhkan lah suami ku dari sebarang bala bencana, panjangkan umur suami ku.. Jauhkanlah dia dari sebarang penyakit merbahaya, agar dia dapat terus beriman dan beramal kepada Mu.... AMin....

Saturday, March 20, 2010

Saya dah habis pantang

Salam petang Sabtu...cuaca tetap panas..mcm hari2 lain jugak. Hujan kadang2 je... Memang panas betul la. oh ya.. seperti tajuk entri saya, alhamdulillah saya dah selamat menghabiskan tempoh berpantang saya. Rabu hari tu..hari yang ke 44. Lega saya dah melepasi tempoh tuh. Yer la kan..ikut adat melayu byk pantang larang yang kena ikut..makan kena jaga.Tapi ada jugak yang saya tak ikut. Cth: tak leh keluar rumah...saya keluar jugak gi Tesco, beli barang dapur. Keluar gi inject Hep B Asyif. Tak apa la...apa2 pun dah selamat dah saya berpantang.

Seronok ke habis pantang ni? Nak kata seronok ..mesti la suka sebab kehidupan dah kembali normal. Tadi ada certain aktiviti yang terpaksa saya tangguhkan dulu. Contohnya nak kembali main boling atau bersukan. Yer la kan..even pantang dah habis, saya masih kena jaga luka pembedahan kat perut ni. At least 2-3 bulan saya kena jaga. Harap2 MAKSWIP di buat pada bulan Jun ke Julai ke..dapat la saya wakil JPA balik.

Ni masa Asyif kena ruam kat pipi..sian merah2 pipi dia. Sekarang dah ok..licin dah pipi dia.

Bercerita tentang Asyif.. selepas berusia 6 minggu berat Asyif dah cecah 6 kg. Jangan terkejut..tapi itu la hakikatnya. Saiz Asyif dah macam baby umur 3 bulan. Sama besar dia dengan baby jiran kami Adrian. Memang dia sihat membesar bagai johan. Tanya Dr. tak apa ke baby saya ni besar. Dr kata ok... sebab saya fully breastfeed dia. Cuma Dr kata kalau boleh jarakkan waktu penyusuan pun ok jugak..Maklumla sekarang ni setiap sejam dia dah nak menyusu. Pastu kalau feed susu yang dipam guna botol, mesti nak 3 oz. Kalau tak dia menangis nak lagi.

Bawak dua budak kecik ni jalan petang2 kat depan rumah. Storller tu Aszra punya masa baby..elok lagi kami simpan... dapat si Asyif pulak pakai. Jimat!

Cerita tentang si kakak Aszra pulak, malam tadi kami bawak dia gi tengok Alice in Wonderland. Tiap2 hari dia mintak nak gi tengok movie ni. So..sempena ibu dia ni pun dah habis pantang, kami pun tunaikan keinginan dia tuh. Asal nak tengok yang 3D tapi asyik sold out je, maklumlah cuti sekolah. So tengok yang biasa je. Tapi memang best ..cantik2 dianyer graphic design. Citer Tim Burton memang tak pernah fail la dengan design yang lawa2. Saper2 tak tengok lagi...sila la pergi. Bawak la anak2..sure diaorg suka, mcm anak saya..ehehheeh.



Friday, March 05, 2010

Menghitung hari...12 hari lagi

Salam hari Jumaat. Dah pun masuk bulan Mac. Sekejap je... pejam celik pejam celik tinggal 12 hari je lagi saya dalam tempoh pantang. Tak sampai 2 minggu lagi..Alhamdulillahh...mudah-mudahan saya melepasi tempoh pantang ni dengan baik...

Saya masih berpantang di Setia Alam. Buat masa ni saya masih dijaga oleh ibu mertua saya due to mak saya yang sakit hari tu. Tapi by next week insyaAllah mak saya akan jaga saya balik.. dah sihat dah dia...syukur sangat. Hari2 saya di rumah macam biasa la. Menyusu anak.. makan makanan org pantang...berat badan?? heheheh, saya dapat rasa badan saya ringan. Tapi tak timbang pulak sebab kat umah tak ada penimbang. Nak mintak en asrof beli la satu.... terasa peha dan punggu mengecil. Perut pun dah susut. Walaupun tak sesusut mcm masa bersalinkan Aszra dulu...tapi ok lah. Ada seluar yang saya dah rasa longgar. Oh..saya belum makan apa2 jamu pun... cuma ibu mertua saya ada bagi saya minum air kunyit hidup.. dan satu lagi yang saya buat ialah bertangas...bagi badan rasa ringan sikit. Yang ni...tukang urut saya yang ajar. Badan saya dah rasa ok...cuma tak leh lasak2 sangat sebab saya kan c-sect.. so kena la jaga part perut tuh. Nampaknya cita2 saya nak beraksi semula dalam bowling seawal bulan April terpaksa ditangguhkan. Saya nak tunggu sampai 4-5 bulan baru nak pegang bola bowling balik. Tak berani la....mcm2 citer saya dengar pasal luka operation terbuka balik...aduhai...mudahan tak terjadi pada saya...

Bercerita tentang Asyif... 2 Mac 2010 hari tu bawak dia ke klinik pakar kanak2. Memang sepatutnya dah boleh cucuk utk sebulan. Tapi tujuan gi klinik sebab dia demam. Susah hati betul saya bila baby kecik2 ni demam. On off kejap demam kejap tak... Dr kata ada infection kat tekak dia.. tapi alhamdulillah tak pernah pulak dia menolak susu. Malah berat badan dia dah naik ke 5kg dah..baru sebulan tuh.. So sekarang ni saya tiap2 hari monitor temperature dia.. kejap ok kejap naik sikit.. mudah-mudahan dia sembuh la sepenuhnya... pastu ruam naik banyak kat muka.. sensitif kut kulit Asyif ni..si Aszra dulu tak ada problem ruam langsung.. tak apa la.....setiap anak ni lain2 kan.. Lagi pun cuaca sekarang ni panas teruk sangat... duk bawak kipas pun boleh berpeluh... tu pun penyebab si Asyif ni demam dan naik ruam banyak...

So...ada 12 hari lagi... saya dah siapkan list apa nak beli before saya naik kerja nanti. Ada baju yang saya dah hantar tempah... maklumlah...kain ela saya banyak yg tak bertempah sebab saya mengandung masa raya hari tu kan. So.. naik kerja ni saya nak la pakai yang baru2 ...ehehhehe. Doakan semoga saya dapat meneruskan tempoh berpantang ni dengan jayanya. InsyaAllah....