Monday, September 28, 2009

Salam Aidil Fitri


Salam 9 Syawal.. Axa masih bercuti dan bersiaran dari rumah. Ayah Aszra dah start kerja hari ni. So tinggal la axa dua beranak ngan si Aszra ni. Axa akan mula kerja balik hari Rabu. Memang sengaja ambil cuti panjang memandangkan lepas ni memang susah nak cuti... kerja sangat banyak utk diselesaikan sebelum akhir tahun...

Bercerita tentang raya.. mcm orang lain juga la.. KAMI sekeluarga, berhari raya di Seremban. Lepas Zuhur gerak balik ke Kapar. Then raya kedua berjalan la ke rumah sedara mara belah mak dan ayah axa. Raya Ketiga Axa dan family mertua bergerak ke Mersing pulak. Raya ke 5 balik semula ke KL. Lepas tu semua kat Setia Alam je la.. Dah raya ke 9 ni... banyak lagi rumah sedara mara tak cover.. rumah kekawan apatah lagi... tak apa..raya sebulan kan..ehhehe.

Di kesempatan bulan yang mulia ni, axa nak menghulurkan salam kemaafan buat semua yang mengenali axa dan keluarga. Halalkan makan minum..tersilap dan terkurang. Axa hanya manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. Selamat Hari Raya...semoga Syawal kali ni memberi seribu keindahan dan kenangan.

Pantun raya (tiap2 tahun ayah Aszra hantar kat kawan2 thru sms)

Malam Raya pasang pelita,
Agar senang bermain terup,
Salam dihulur maaf dipinta,
Dari Aszra, Asnida dan Asrof.

2 comments:

eQbalzack said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN...

Omecool20 said...

Selamat Hari Raya daripada kami sekeluarga - Ome, Linda, Zara :)