Wednesday, September 16, 2009

Jom citer persiapan raya


Salam.. tinggal 3 hari je kita nak berpuasa dan menyambut hari raya aidilfitri kan. Kejap betul rasanya. Mcm baru je mula Ramadhan. Alhamdulillah setakat hari ni, puasa axa masih penuh walaupun kadang2 rasa melepek sangat.Tinggal 3 hari lagi ni.. dah ready ke nak raya ek..

Persiapan raya.
Tahun ni..tahun pertama beraya kat Setia Alam. So far kelengkapan rumah.. tak ada yang tukar pun..yer la baru setahun kan..langsir pun tak tukar..cuma sempat la sambar carpet baru untuk ruang tamu. Cat rumah pun tak.. tak larat la..next year kot nak buat make over.. Tu tentang rumah.. tentang kuih raya lak.. tiap2 tahun mengharapkan mak ngan adik la yang buat kan.. axa memang surrender buat kuih ni. Buat kek ok la...ehehh. so tahun ni mak ngan adik dah buatkan Almond London ngan Cornflakes Madu, beli kuih makmur ngan kuih tat jer. 4 jenis tu cukup ke.. tengok la nanti beli la kerepek2.. maklumla.. nak jugak hias meja makan tu ngan kuih raya kan. Citer pasal baju raya lak.. hmm tahun ni aszra la beraya sakan. Baju kurung 4 pasang. Over betul.. Gaun Poney 2 helai, Baju seluar Poney 2 helai, Baju seluar MIKI 1 helai, T-shirt MIKI 2 helai. Kira la.. kat 11 helai pastu 2 jenama je, Poney dan MIKI. kasut lagi.. semua serba baru...yer la..axa dulu kecik2 dulu pun cam gitu jugak kan. Ibu ngan ayahnya lak cam mana... huhuhuh.. Ayah Aszra so far, dah dapat la t-shirt, jeans, kasut ngan capal. Baju melayu tak buat baru pun sebab guna je baju melayu purple masa wedding kak dura bulan Jun hari tu.hehe.. untuk axa sendiri... hmmm so far, baru ada sandal Scholl baru..tu pun sebab sandal axa sekarang ni dah tak selesa..so dah mengandung ni kena la beli yang selesa sikit kan. Baju..so far, adik ada belikan jubah sehelai.. ha, tu je la.. tahun ni tak tempah baju kurung langsung. ada 5 helai kain ela yang plan asal nak tempah untuk raya tahun ni... cancel sebab dah termengandung. Bukannya leh pakai pun .. perut ni dah membesar dah...heheheh.. So ingat nak cari sehelai jubah lagi la.. cukup la kan.. heheh. tudung pun.. nanti la last2 minit cari... tak ada mood nak shopping ler...


Dua beranak ni posing ngan pelita yang baru dipasang

Mereka juga suka main bunga api..Bapak borek anak rintik ni


Ni la.. kasut raya KAMI... ehheheheh sedia untuk dipakai di hari raya.


1 comment:

sue.anne.na said...

kenapa ayah dia dapat dua pasang? tak aci....