Monday, June 29, 2009

Cerita tentang Dia - Ayah Aszra


Salam petang Isnin.. masih dalam mood yang sangat malas untuk update blog. Sikit2 nak ke toilet..nak muntah. pastu kepala rasa sangat berat. Tapi gi kerja tetap gi kerja... tak sampai hati nak tinggal kan kerja mcm tu je. Selagi berdaya kaki..selagi tu la akan cuba tak MC...hmmmm

Entry ni khas untuk Ayah Aszra @ Asrof Abdul Rauf yang menyambut hari lahirnya pada 27 June 2009 yang lalu. Kira entry lewat la...coz on that day, we all balik seremban.. best friend ayah aszra kawin..

Awak.. just nak ucap Selamat Hari Lahir yang ke 31.. semoga akan lebih matang dan jadi ayah yang baik. Sayang awak sangat2 banyak. Bercerita tentang ayah aszra... saja nak reveal sikit, hehehe...

Ayah aszra tak macam lelaki lain yang axa pernah jumpa. Axa kenal segala perangai buruk dia di awal perkenalan. Memang semua yang tak elok. Sabar je la... Bab2 waktu memang lewat memanjang. Axa pernah tunggu dia 2 jam kat bus stop..utk gi dating.. bateri dia lak dah kong masa tuh.. Kalau orang lain...masa awal2 bercinta pijak semut pun tak mati... tapi ayah aszra ni.. bukan semut je yang mati.. anjing atau kucing pun leh mati la... Dia sangat kontra dengan axa. Hmmm perangai baik dia boleh dikira dengan jari la..Kadang2 pelik, cam mana la axa boleh kawin nagn lelaki ni. Dah la tak sensitif.. pastu tak pernah jeles pun ngan axa.. Kalau orang lain bercinta jiwang2 karat.. axa ni, bercinta penuh dengan dugaan dan rintangan... Tapi tu la.. dah jodoh kan.. Axa selalu doa setiap kali dugaan datang... kalau benar lah ini jodoh axa.. kuat kan dan tabah kan hati axa untuk menerima segala baik buruk si Asrof Rauf ni. Selalunya org bercouple ni.. dapat tengok yang best2 dulu.. bila dah kawin baru lah tahu true color of the husband kan.. axa ni kes terbalik.. kenal yang buruk2 dulu..then baru la dpt tengok yang baik2.. itu yang rasa happy sangat.

We all nikah 4 Disember 2004. Actually axa mula mengenali kebaikan ayah aszra bila we all kawin. Bad habit masih ada..ehehhe.. Sangat bersyukur, ayah aszra seorang yang sangat pandai menjaga bab2 kewangan dia. Tahu tanggungjawab kewangan untuk keluarga dia. Walaupun kadang kala agak kedekut.. heheheh.. memang patut pun.. utk pastikan kehidupan akan datang lebih bermakna kan.. Then.. bila aszra lahir.. axa expect dia jenis yang tak rapat dengan budak2.. sebab dia anak bongsu kan.. jarang pulak tu tengok dia main ngan anak2 orang.. Tapi.. amazing nyer sekarang... Ayah Aszra la yang paling pandai layan aszra. Tengah2 malam kalau aszra meragam.. dia la yang bangun layan anak kesayangan tu. Axa sendiri boleh tidur nyenyak malam2.. Mcm tak percaya je.. tapi itu la kenyataan.. Axa sangat bangga dengan ayah aszra. Tengah2 mengantuk pun main jugak ngan aszra. Calon bapa mithali ni... ehehhehe

Sekarang ni axa tengah mengandung ni.. tiap2 hari buat susu. Seperti yang axa citer kat entry lepas.. axa memang tak pernah bancuh susu sendiri. Tima kasih yer awak...sekali lagi sayang awak sangat2.

Khusyuk bancuh susu anmum

Sempat lagi mintak ambik gambar dengan hotwheels Treasure Hunt baru.

Thursday, June 25, 2009

Bercerita tentang pregnancy

Salam pagi Khamis.. Baru hari ni la berkesempatan dengan blog. Hmm.. kerja memang banyak..dan ditambah pulak dengan kadar kesihatan yang sangat merudum ni. Sebelum terlupa.. nak ucap terima kasih pada semua saudara dan kawan2 yang hadir ke birthdya party Aszra ahad lepas. Alhamdulillah...ramai sungguh yang datang. Khemah sentiasa penuh je... tak menang tangan axa nak melayan setiap orang. Aszra la paling happy...jumpa rama kawan.. nanti axa post citer dan gambar birthday aszra... tertinggal camera pulak kat umah.

Bercerita tentang kesihatan... seperti yang telah semua sedia maklum...axa sedang mengandung. Sejak isnin hari tu...axa dah mula pening, loya, letih.. pendek kata dah start kena morning sickness la ni.. tengah menaip ni pun sebenarnya rasa nak muntah.. Teringat masa mengandungkan Aszra dulu...pun mcm ni la..3 bulan pertama memang sangat lembik axa jadinya. Tapi dulu morning sickness ni memang belah pagi je... kali ni.. pagi kena, malam pun kena. Dah jadi night sickness pulak. Balik je rumah memang tak larat langsung. Melepek je la... lagi parah dari yang dulu. Tak apa la.. orang kata kalau mengandung ni banyak kerenah..insyaAllah bersalin nanti Allah permudahkan segalanya. Mcm masa bersalinkan aszra dulu...alhamdulillah...kejap je sakitnya dan mudah je nak push bagi aszra keluar. Tapi masa mengandung dulu... masuk hospital 2 kali...sebab kena ulcer peptik + demam panas.. loya , muntah memang tiap2 pagi la.. masuk kerja selalu kul 10 je.. sib baik masa tu bos amat memahami dan kerja swasta tak ada punch card.

Aszra pulak sekarang...alhamdulillah sangat memahami keadaan ibu dia yang teruk sangat bila malam. Last night dia offer untuk temankan axa naik ke bilik. Elok je dia pimpin tangan axa naik sampai ke katil. Dia siap pesan...ibu tidur yer.. sian ibu sakit kepala. So..memang dia akan lepak ngan ayah dia je la setiap malam... sebab ibu dia ni..kul 10 memang dah lelap. Axa yakin dia akan jadi kakak yang baik. Kadang2 dia kiss perut axa... dia kata dia kiss adik dia. Pernah sekali dia ckp kat perut axa..."adik...ni kak Aja tau"..dia memperkenalkan diri.. pandai anak ibu nak layan adik... ehheheh

Ayah aszra pulak... seperti biasa, paksaan dia.. suruh axa minum susu ibu mengandung ANMUM. Masa mengandung dulu pun sama.. Yang bestnya dia yang akan bancuh. Yup..sejak dari pregnant kan aszra dulu.. axa tak pernah bancuh susu sendiri. Semua ayah aszra yang bancuhkan. So.. minumlah axa satu hari satu gelas besar susu anmum tu... walaupun pada hakikatnya axa memang tak leh minum susu, rasa nak muntah. Tapi ayah aszra selalu kata...jangan pentingkan diri sendiri... minum demi anak dlm kandungan.. huhuhuh..

Btw.. axa dah mula buat check up.. punya la KAMI buntu nak gi check up dan bersalin kat mana nanti. Dari dulu axa memang suka check up dengan seorang gynae je... senang, dia yang check dan dia yang handle masa bersalin. Time aszra, my gynae, Dr Suriati Akmal kat Hospital Pantai Cheras.. memula nak stay ngan dia lagi..tapi memikirkan jauhnya la Hospital Pantai tu dengan rumah KAMI. Frust jugak sebab suka sangat dr suriati tuh. Then..atas recommendation dari Kak Aida dan dua tiga orang kawan2..axa ke Puat Perubatan dan Bersalin UMRA kat Seksyen 13, Shah Alam. Selasa lepas buat first check up. Gynae axa kali ni... Dr Ummul Wahiy dan suaminya Dr. Muhamad Rafi. Dr. Rafi tu sangat berhemah bila berckp.. ok la.. so far memenuhi expectation KAMI... so far kandungan ok... next 2 week nak datang lagi buat scan jantung baby...
Semoga semuanya berjalan dengan lancar...amin..

Monday, June 15, 2009

Jemputan ke 3rd Birthday Party Aszra


Salam...

Axa dan Ayah Aszra ingin menjemput kawan-kawan, sahabat handai untuk ke Birthday Party Aszra yang ke 3 tahun. Tahun ni agak lewat buat birthday party disebabkan banyak hal2 yang tak dapat dielakkan. So...kita jumpa di sana!!!

Thursday, June 11, 2009

Another World Cup Baby On the Way - Its 5 weeks!

Salam petang Khamis. Hujan di Bukit Kiara.. Alhamdulillah sejuk je .. dah berapa hari tanah kering kontang. Basah juga akhirnya..


Sekadar berkongsi kesyukuran dengan kawan2 yang jauh dan dekat, yang membaca blog ni. Doa Aszra akhirnya dimakbul kan Allah. Salah satu resolusi tahun 2009 nampaknya akan menjadi kenyataan. Yang dinanti dan ditunggu... Alhamdulillah.. akan bertambah ahli keluarga KAMI pada sekitar Feb 2010. Aszra bakal berteman. Ayah Aszra pun senyum panjang... another world cup baby on the way kata nya. Yup.. axa dan ayah aszra masing2 baby world cup (lahir tahun 1978 - tahun world cup).. aszra juga lahir pada tahun world cup (2006)... baru berusia sebulan masa tu si aszra habis diconteng mukanya dengan warna bendera Italy..team favourite ayah aszra. Dan InsyaAllah..2010.. after 4 tahun, juga tahun world cup.. akan lahir pula ahli keluarga baru KAMI. Hadiah Istimewa untuk Aszra dan Ayah Aszra.

Alhamdulillah syukur kepada Allah tuhan yang maha pengasih dan penyayang, yang sentiasa memberi rezeki, kebahagiaan dan kesenangan. Happy sangat... my life dah completed!

Wednesday, June 10, 2009

Wedding Kak Dura

Salam pagi Rabu... baru ni la dapat update blog. Dah dua hari kat Putrajaya.. kejap lagi nak pergi lagi..sampai la esok. Mood pun mcm tak best je... ditambah pulak dengan kadar kesihatan yang semakin merudum... harapnya tak berpanjangan.

Ok la.. sementara ada masa ni.. citer sikit pasal lat weekend. Since Khamis axa dah cuti. Kena prepare 100 ++ cupcakes untuk wedding kak Dura, my eldest sister in law. So khamis malam dah balik seremban. Kat seremban semua sedara mara dah ada nampaknya. Kali ni tema wedding... white & purple.

Majlis akad nikah dan kenduri berlangsung pada hari Sabtu, 6 Jun 2009. Akad nikah di jalankan di surau sebelah rumah je. Kami sekeluarga mengenakan persalinan warna purple dan Kak dura pulak warna putih.. Alhamdulillah pukul 12 tengah hari.. sah la kak dura menjadi seorang isteri. Ramai jugak sedara mara yang datang. Axa sendiri rasa letih seharian berdiri... disamping axa menjadi banker (tolong bawak beg ibu...yang berisi duit yang orang bagi..hehhe).

Yang best nya wedding ni.. ada jugak artis datang.. Aqashah ngan Adlin Aman Ramli.. diaorg ni kawan baik ngan pengantin lelaki. We all menanti2 jugak kalau2 Dr Sheikh Muzaffar (angkasawan negara) nak datang... tapi yang datang mak dan ayah dia je yang datang. Actually family Dr Sheikh Muzaffar ni...memang family friend ngan family in law axa..sebab Kak Dura dan Sheikh Muzaffar sama2 buat medic kat Manipal, India.. so family ni semua rapat la.. masa tu Sheikh Muzaffar tak glamour lagi la...heheh.. hopefully dia datang masa reception kat Merak Kayangan nanti.

Apa2 pun tahniah untuk kakak ipar axa, Dr. Adura Abd Rauf dengan pasangnya Mohd Azlan Mohd Adnan atau nama artisnya..Ted Adzelan. (Ted ni seorang musician + orang filem). Semoga berkekalan dan berbahagia selalu.. Jom join saya tambah cucu ibu dan ayah nak...ehehehehh

Our family



Kak dura dengan barang2 hantaran yg penuh dnegan fresh flower..cantik!

Pengantin dikelilingi anak2 sedara. Aszra ngan Maira kusyuk tengok UMI pakai cantik2

Majlis potong pulut kuning

Pengantin baru dengan pengapit yang glamour.. yang kanan tu Aqashah... hensem betul mamat ni in real life. Ramai lak yang sibuk nak ambik gambar ngan aqashah.

Tuesday, June 02, 2009

My Latest Obsession

Salam petang selasa..
Jumaat dua minggu yang lepas..habis saja liga, axa dan ayah aszra balik ke rumah KAMI. Aszra tidur kat umah Wan malam tu, sebab lewat sangat Ibu dan Ayah balik. Lepas mandi, masih gagah lagi lepak depan tv. Masa tu dah kul 12 malam. Terfikir kalau layan dvd ni best jugak. Maklumlah, aszra tak ada.. aman damai la sikit nak layan dvd. Esok nya pun hari sabtu, so leh la tidu lambat sikit. So..ayah aszra memberi pilihan..ada dua dvd yang dah berbulan dibeli tapi tak tengok2. SPIRIT atau TWILIGHT. Axa memang tak familiar dua2 citer ni tentang apa.. Ayah Aszra kata SPIRIT mcm citer SIN CITY, movie hitam putih merah dan TWILIGHT pulak...citer thriller. So axa pilih TWILIGHT.


Mata sebenarnya dah berat..tapi hati ni nak tengok jugak. Kalau tak best nanti, tidur je la kan...selalu cam gitu la. So..ayah aszra pun on kan la citer tuh. Nyata tak salah pilihan axa. Mata axa jadi bulat tiba2...langsung dah tak rasa mengantuk..malah axa sangat concentrate tengok citer tuh. Setiap scene axa tak kan lepas kan. Separuh jalan, ayah aszra terlena... dia dah tengok dah sebenarnya...sebab tu dia tak heran)..Yes...sangat best citer ni. Terasa seperti axa pun termasuk sekali dalam movie tuh. Lakonan hero - Edward Cullen (Robert Pattinson) dan heroin - Bella Swan (Kristen Stewart) sangat hebat. Jalan citer nya pun langsung tak membosan kan.. ayah aszra terkejut tengok axa masih khusyuk menonton..even jam dah kat pukul 2. Dia kata selalunya axa akan tertidur..tapi kali ni amazing...dalam kepenatan, axa masih mampu layan citer tuh. Serius axa jatuh cinta dengan citer ni. Sempat membebel kat ayah aszra, kenapa la di atak bawak axa gi tengok movie ni kat wayang bulan 12 tahun lepas... Nak tahu ke citernya cam mana?? tak payah la axa citer...sila tonton sendiri.. kalau anda suka, mari kongsi dengan axa... dah gila sangat ngan citer tu sampai ulang2 banyak kali.

Bella & the Cullens

Antara scene yang menarik antara Edward Cullen dan Isabella Swan

Kegilaan axa tak berhenti di situ.. keesokkan hari nya.. ayah aszra ajak axa ke MPH Subang Parade selepas kelas aszra di Tumble Tots. Kali ni dia tunjuk novel Twilight pulakkkkk.... adusssssss... rupanya ada 4 siri . (Twilight, New Moon, Eclipse, Breaking Dawn). Movie Twilight tu berdasarkan novel Twilight yang ditulis oleh Stephenie Meyer. So.. sekarang ni tengah pembikinan movie New Moon pulak. Hujung tahun ni atau awal tahun depan keluar la...tak sabarnya axa.. Tapi kalau nak tahu citer dia cam mana leh baca novel dia. So... oleh kerana nak jadi peminat setia... axa pun rembat la Novel Twilight tuh. Berhasrat nak baca sampai habis sebab sebelum ni buku citer inggeris ni jarang axa habis baca. Lepas tu nak beli 3 lagi buku tu...memang nak buat koleksi.


Novel Twilight... dah nak habis dah baca buku ni

Ni la Twilight Saga..ada 4 novel... so yang first tu dah ada...3 to go...heheh

Seminggu berlalu.. dalam masa tu juga axa ada search tentang movie Twilight. Kat US..banyak betul peminatnya.. siap buat mcm2 blog Twilight. Ada yang lakonkan semula citer tu kat Youtube.. Axa ni rasa mcm dah ketagih nak tengok movie tu tiap2 hari. So... Sabtu minggu lepas.. lepas je kelas Tumble Tots Aszra we all terus ke Pandan Indah untuk hantar cupcakes. Lepas tu singgah Leisure Mall utk lunch. Saja je la pulak menjenguk ke Popular...si Aszra nak beli buku Ben 10. Axa tengok memang box set Twilight Saga tu tengah dipromosi dengan banyak nya... Axa hanya tersenyum sebab dah ada kan... heheeh.. tapi tiba2 hati rasa tak keruan, ternampak satu buku dengan kulit tebal yang berjudul Twilight Director's Note Book. Terus ambik dan selak...oh noooooooooooo... buku ni wajib beli. Kebanyakan scene dalam movie ada kat dlm buku tu. Siap tunjuk lokasi pengambaran...dan yang penting ada gambar Edward Cullen. Tanya ayah aszra...leh tak beli buku tu sebab harganya mahal dari novel dia. Ayah aszra kata beli je la.... so gi tanya kakak kat situ ada copy lain tak..sebab yang axa tengok tu dah terkoyak...then dia kata itu la yang last. Tak ada dah.......Frustnya! Kakak tu siap call kan branch lain tanya kat mana ada...yg ada kat IOI Mall Puchong ngan Kuantan. Adusssssss.... Rasa nak lari je ke Puchong...tapi dah nak menghala balik ke Seremban la pulak. Ayah Aszra kata sabar je la dulu..........

So.. semalam..Isnin, memang rasa sangat tak sabar. Dalm kul 10 lebih terus call MPH nyer customer service. Tanya availability buku tu.... Hah..ada...kat Midvalley tinggal 2 copy. Yang bestnya diaorg leh reserve. So...axa ni, lunch hour je..terus la menggagahkan diri ke MPH Midvalley....dan finally dapat la apa yang axa idamkan..... lena tidur malam tadi..eheheh.

Ni la axa punyerr....sangat suke!

Sangat teruk penangan citer ni la. Jadi tak keruan pulak. Ayah aszra siap ckp... tak pernah dia tengok axa sangat berminat dengan satu2 citer. So... saper2 yang tak tengok lagi... cari lah dvd dan tengok. Tapi biasa la..minat orang lain2... yang penting... ianya sangat best di hati axa.... (jangan mare ayah aszra..tima kasih atas dorongan dan sumbangan...hehehehe)

Monday, June 01, 2009

On Her Birthday 28 Mei 2009

Salam pagi Isnin...
Hari ni saja nak cerita tentang Aszra yang baru2 ni menyambut birthday dia yang ke 3 tahun. 28 Mei hari tu.. kami sekeluarga plan nak potong kek dan bagi hadiah kat dia.. tapi birthdya party dia still on la.. pada awal rancangan nak buat 31 Mei (semalam)... tapi oleh kerana UMI Aszra akan melangsungkan perkahwinan 6 June ni..so KAMI tunda la ke 21 June. Sebab semalam kami balik ke Seremban.. nak tengok2 apa yang boleh dibuat utk persiapan majlis tu. Sempat juga bawak IBU ke Nilai utk beli karpet.. So, pada semua yang tertunggu2 birthday party aszra.. axa akan invite semula yer... jangan lupa 21 June 2009, 3 petang.. tema Disney Princes.


Tak sabar nak tiup lilin

Potong kek dengan ayah...
Ok.. about 28 Mei hari tu. Axa dan ayah aszra tak cuti...sorry ye aszra. Then..lepas office terus gerak ke Tropicana Mall, kat situ ada Toy 'r' us. Dah plan nak belikan something utk aszra. Pening juga nak beli hadiah utk anak sendiri. Kebanyakan mainan aszra dah ada dan dah biasa. Almost every month ada je toys utk dia. Nak belikan laptop pun dia dah ada.. kami terfikir nak beli something yang ada value dan tahan lama.. so that dia akan ingat, hadiah ni.. hadiah masa umur dia 3 tahun. Finally axa terpandang Electrical Piano. Sangat teruja.. harga pun mengujakan jugak...huhuhuh... Piano ni bentuknya sebiji macam piano klasik besar yang siap bertutup tu... tapi in small version. Harus la axa suka...sebab axa kan pecinta piano/keyboard. In fact..masa umur 5 tahun ayah axa belikan axa melodian (sekarang dah susah nak jumpa)... at age 6, axa dah kenal note music. Pastu umur 11 tahun ayah belikan YAMAHA Keyboard. Masa tu harga nya sangat mahal. Puas jugak la axa buat persembahan guna keyboard tu...masih elok sampai hari ni dan pad aumur 15 tahun, ayah belikan axa gitar.. pun masih elok. Now.. its my turn utk belikan aszra musical instrument kan....Yup.. KAMI pun beli! Sekali sekala belanja aszra kan.. apa salahnya.

Mamacu bagi hadiah..

Horeyyyyy... dapat baju yang diidam2 kan

Balik rumah je, Mamacu dan Pakcu pun dah sampai. Lepas makan malam.. Aszra potong kek. Memang suka benar dia nak potong kek..nak tiup lilin... pastu Mamacu bagi hadiah kat aszra... Bulat mata aszra tengok hadiah mamacu..apa tak nya... Dress ala2 princess dari Flower girl. Punya la aszra suka..time tu jugak nak pakai... mula la berangan kononnya mcm snow white la.. cinderella. Senyum memanjang.. apa yang diidam2 kan menujadi kenyataan. Memang dah lama dia mintak nak gaun macam tu.. so..mamacu kata boleh pakai masa birthday party aszra nanti.


Time ayah dan ibu pulak bagi hadiah...terkejut aszra tengok hadiah dia besar. Tak sabar nak bukak.. tadaaaaaaaaaaaa.... piano.. Lepas atuk ngan ayah assemble kan, duduk la aszra gaya orang bermain piano dengan baju princes dia.. ehheheh.. buat mas ani aszra masih belum leh main apa2 lagi, tapi, ibu akan pastikan by umur 4 tahun, aszra dah mampu main lagu... InsyaAllah... Hopefully aszra happy masa birthday dia tuh... dan nampaknya dia tak sabar2 nak tunggu birthday party dia pulak...heheheh

Bukak hadiah Ibu dan Ayah

Ni la dia piano aszra...

dah ada gaya sorang pianist.

Bergaya lagi ngan dress dia..

Layan kan je la... dah birthday dia kan..