Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 & 2009

Salam.. dah 3 hari kita berada di tahun baru Islam dan esok kita melangkah ke tahun baru 2009. Pejam celik-pejam celik.. dah penghujung 2008 rupanya. Macam masih baru je lagi menyenaraikan azam tahun 2008. Sekarang ni dah nak buat azam lain pulak. Tercapai ke tak agaknya azam 2008 yer.. heheheh... Banyak peristiwa pahit manis tahun 2008 untuk axa dan keluarga.

Peristiwa pahit manis 2008

1. Kami dah pun pindah ke rumah KAMI yang baru di Setia Alam (belum buat house warming lagi.. insyaAllah January nanti).

2. Axa dapat bertukar dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya ke INTAN Bukit kiara.. Alhamdulillah... sangat cepat proses pertukarannya tu.

3. Mak dan Ayah jatuh sakit dan terpaksa admitted to HTAR Klang...sekarang Alhamdulillah kesihatan dua2 ok.

4. Adik patah di pergelangan kaki kiri sehari sebelum melangsungkan majlis pertunangannya. 2 bulan tak kerja. Sekarang alhamdulillah....dah ok.

5. Adik bertunang pada 1 Mei 2008 dengan jejaka idaman dia.

6. Axa dah complete berkursus bagi tahun 2008...

7. My only adik, melangsungkan perkahwinan pada 23 November 2008.

8. Kereta Matrix untuk pertama kali rosak yang besar (timing belt putus) dan diikuti dengan rosak akibat axa accident 2 minggu lepas.

9. Aszra dah makin pandai bercakap dan menyanyi..sometimes rasa mcm ckp dengan oarang dewasa pulak.

10. Axa tukar HP...baru je dapat semalam..ehheheheh

2009 - Apa nak buat yer???

1. Pertengahan January.. ayah aszra akan memulakan career di tempat baru. Alhamdulillah rezeki tahun baru. Masih di Damansara but with a company yang established.. and different responsibilities dan yang penting with a better pay... Congrats yang... berkat gi interview masa anniversary hari tu kot kan...

2. March 2009 - Nak bawak Aszra dan Sofia gi tengok Disney On Ice - Princes kat Stadium Bukit Jalil. Dah survey ticket, tinggal nak beli je ni. Sure Aszra suka coz dia memang suka character princes2 ni especially Cinderella... favourite fairy tale dia...

3. Memang ada plan dgn ayah Aszra, 2009.. nak gi holiday..since 2008 tak gi cuti ke mana2 kecuali balik mersing. Destinasi pertama dalam kuater pertama, ingatnya nak ajak mak ayah gi Langkawi... dan ada satu lagi big holiday hujung tahun...Heeheh.. InsyaAllah kalau tak ada aral.. ada rezeki dan kesihatan yang baik.. terbang la KAMI.. ke mana??? tunggu.... Kak Aida.. check la ticket tu... Ayah aszra mcm ok je tuh...hehehe

4. Planning for a new baby.. ni hasrat 2008 yang tak tercapai.InsyaAllah akan diusahakan tahun 2009 ni. Sian kat aszra... asyik doa nak adik je..cute je doa dia "Ya Allah, bagi la Aja adik". Mudah-mudahan makbul doa aszra tu kan...

5. 2009... nak makeup umah KAMI. Nak tambah tiles kat porch.. pastu nak buat garden sendiri. So far dah start tanam pokok pagar.. ada rezeki nak buat pergola. Leh buat tempat lepak minum tea petang-petang. Tercapai la impian ni hendaknya...InsyaAllah..

6. Asalnya nak hantar aszra masuk sekolah.. tapi tiba2 rasa terlalu awal pulak.. dia baru 3 tahun.. Lepas discuss dengan ayah aszra.. we will send aszra ke Little Caliph insyaAllah year 2010. Tapi untuk tahun ni... kami plan hantar aszra ikut program education seminggu sekali. At least dia ada masa untuk bergaul dengan kawan-kawan baru dan learn new things instead we all je yang ajar dia sendiri. Nak kena pi cari ni...ehehehh

7. Nak kurus....huhuhuh.. azam yang tiap2 tahun renew... tapi tak sure capai ke tak. Kejap naik kejap turun. Tapi insyaAllah.. kalau ikut 'program' baru Sato tu... mana la tahu kan.. kembali ramping seperti 10 tahun lalu...huhuhuhuh... InsyaAllah.

4 comments:

Omecool20 said...

Hi As :-) yes, kami masih menunggu open house awak ;-) .. hehe .. anyway, syukurlah this year da bagus untuk awak sekeluarga.

Selamat Tahun Baru , all the best for the next year :-)

che-mie said...

selamat tahun baru 2009

moga lebih sukses sukses

sato17 said...

huhuhu..:D k.as, saya doakan semua azam kak az tercapai..yg no7 tu, insyaAllah CONFIRM bolehnya.. ;)

itangmanih said...

as...ko pun kena doa cam Aszra doa tu...tp tukar camni.."Ya Allah,semoga impianku untuk kurus tercapai tahun ini"..aminnn