Wednesday, November 26, 2008

Cerita Wedding Adik

Salam petang rabu.. baru hari ni dapat sentuh blog ni... axa cuti since khamis lepas..dan hanya kembali bekerja semalam (selasa). Ada yang telah sedia maklum..axa bercuti sebab mengurus kenduri kawin satu-satunya adik kesayangan axa tuh. Penatnya masih terasa sampai hari ni. Letak kepala kat bantal je..mesti lena la.. kaki pun terasa lenguh2..

Kenduri adik bermula dengan acara akad nikah pada hari sabtu 22 Nov, selepas Asar. Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, adik telah pun sah menjadi isteri kepada Khairul Hizad Yusop. Tahniah... axa yang sama2 ada kat surau Raudhah Al Muttaqin tu..sebak, terus axa lari keluar sebab dah rasa ada air mata yang dahnak tumpah..heheheh... apa2 pun axa tumpang gembira...

Sabtu Malam.. ada majlis berinai kecil-kecilan. Adik duk atas pelamin sorang2.. Pastu family dan saudara mara merenjis..termasuk la axa... mcm tak sangka..adik kecik axa dah naik pelamin. Malam tu.. axa memang tidur lambat.. set up table runner dan fresh flowers untuk setiap meja bulat...pastu gi pasang signage ngan ayah aszra + cousin axa. Memang banyak betul kerja...

Ahad... majlis bersanding pukul 2.oo petang.. adik dan suami pakai serba putih. Memang wedding adik ni... bertemakan putih... pastu dengan pelamin dan bilik tidur berkonsepkan dalam taman. Andaman dan pelamin..kami gunakan khidmat Adnan Jaafar dan foto pulak...khairil Mazwan..(lupa lak web site dia).

Terima kasih kepada saudara mara dan kawan2 yang sudi hadir..yang dekat dan yang jauh dari Kerteh pun turun sama2 meraikan majlis adik ni. So...bawah ni ada gambar2 sekitar majlis perkahwinan adik axa tu... tak sempat ambik banyak.. tunggu la profesional nyer gambar siap nanti....


Pelamin dengan konsep dalam taman... dihiasi dengan buluh2, orkid dan dedauh hijau by Adnan Jaafar
Bilik tidur dengan perabot serba putih dihiasi dengan bunga-bungaan dan manik2 yang bergantungan.. semua di hias sendiri oleh adik..sangat cantik.

Majlis batal air sembahyang di bilik pengantin

Malam berinai.. adik pakai baju satin silk warna pink....soft and sweet. Sempat la axa bergambar dengan adik..


Adik sempat bergambar dengan baju kebaya pahang songket bunga tabur marroon..sebelum acara berinai

Ahad... axa tiga beranak + mak dan ayah pakai baju warna sedondon.. axa, mak dan aszra guna kain lace....glamor kejap..ada yg ingat axa ni la pengantin..ada yg nak ambik gambar pulak dengan axa...heheheh

Satu2 nya adik ipar axa

Berarak...

Bersanding atas pelamin

Ni kek ciptaan axa dan Kak Ram. Cupcakes definately by axa dan kek besar by Kak Ram. Kek ni sangat laku..

Persembahan khas untuk adik... axa sempat mendendangkan lagu Dealova menggunakan muzik gitar yang dimainkan oleh ayah Aszra.

Family axa... yang dah lengkap.

seperti biasa dah jadi tradisi...bergambar dengan cousin2 yang pun turut mengikut konsep putih dan silver.

2 comments:

Cheyzu said...

Ucapkan tahniah kt adik k. Wah... mmg cantik ler pelamin & bilik pengantin tu. Cam teruja plk...hehehe

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

tahniah & congrats ..... wahhh sumer gmbr2 cun .. sweetttttt cayalah ;-)