Tuesday, November 04, 2008

Cerita tentang Aszra


Salam tengah hari Selasa. Ambik masa nak bercerita kat blog. Ni tengah rehat.. axa kan ada course kat INTAN ni. Nak citer kisah sebelum axa ke Melaka hari tu. Axa kena berkumpul di JPA Putrajaya pukul 8.30 pagi. Si Aszra dengan baju tidurnya pun join hantar. Bila dia tengok axa bawak luggage besar dia sibuk tanya "ibu gi mana?" .. kena la jawab "ibu kerja jauh". Elok sampai depan JPA, muka dia merah padam... lain macam je dia.. tiba2 dia muntah. Panik axa masa tuh.. berbelah pagi nak pergi ke tak... kalau tak pergi.. alamat lambat confirm la axa ni nanti. Bila tengok dia ok balik... ayah aszra suruh axa gi je Melaka. Tuhan je tahu punya la risau. Pastu dengar aszra sibuk sebut "nak gi toilet".. hmm dia memang dah pandai nak gi toilet each time sakit perut nak membuang.

Axa di Melaka... dijadualkan dari Selasa hingga petang Sabtu. Banyak aktiviti nak kena attend selain gi kelas. The best part rasanya.. sukaneka dalam pool yang dalamnya 1.2 meter. Pastu belajar menari tarian pocho-pocho. Rasanya most of government servant tahu kot tarian pocho-pocho ni.. especially PTD la.. Jumaat pagi.. lepas senaman pagi dan pocho-pocho, axa tengah kat hp ada 2 miss call dari adik. Jarang adik nak call pagi2 buta. Call balik dan adik kata.. aszra dah lembik.. tetiba je axa rasa lemah seluruh badan. Mata dah tak leh tahan.. terus nangis.. Call mak.. mak ckp since axa gi kursus aszra kurang nak makan... dia tak nak menyusu.. dan khamis tu dia memang tolak semua. Jumaat tu.. ayah aszra terus ambik cuti. Axa pulak.. kalau boleh terbang... masa tu juga rasanya nak terbang. Mak kata.. since axa gi kursus...aszra asyik tanya je.. "ibu mana?". Jumaat tu juga.. axa kena ambik exam. Kalau tak lulus.. nak kena mengulang. Masa tu dah bagi urusetia.. nak mintak balik KL awal...right after exam. Alhamdulillah...urusetia benarkan dan sib baik ada penceramah yang nak balik KL petang tu. So.. pagi tu axa cuba fokus pada exam... alhamdulillah.. axa dah tahu resultnya semalam.. lulus.... lega... Jumaat petang tu terus balik KL. Jumpa aszra.. memang nampak cengkung anak kesayangan axa tu... pastu tiba2 dia kata..."ibu.. aja nak mc Onald". Biasanya dia akan makan nugget dan fries... memang berselera dia makan petang tu... Nampak dia happy.. Doktor kata perut dia angin.. sebab kurang makan atau menyusu... Sejak axa balik dari kursus... aszra tak ada problem makan... berselera je dia.. semua kata.. dia rindu kat axa kot.. heheheh... bila malam.. sambil tengok tv.. dia akan mintak axa baca kan cerita Cinderella.. "Ibu.. read book ella".. kadang2 dia pulak suruh axa dengar dia citer. Cinderella tu memang dia minat. Lagi satu favorite movie dia sekarang... Enchanted... tiap2 hari nak tengok citer tu. Alhamdulillah... aszra dah makin bijak. Dah pandai beza kan mana yang elok dan tak elok. Kalau nampak barang kaca atau mudah pecah.. selalu ingatkan org "No touch".. so axa dan family tak ada masalah nak letak barang hiasan kat rumah... heheheh.....
Anak dara axa yang satu

Bergambar dengan pengantin (Cousin)


Dah jadi tradiri.. semua cousin.. pakai baju sedondon... aszra pun sibuk menyelit

2 comments:

Anonymous said...

dressing aszra tuh mmg mcm anak dara la..huhuhu..

Asrof said...

cait buat suspen jek budak nie.....