Wednesday, October 08, 2008

Cerita Hari Raya

Salam Syawal... masih dalam mood raya semuanya. Even dah masuk kerja.. still terasa suasana raya. Tapi axa biasalah.. masuk2 je ofis terus banyak kerja. Semalam axa mula bekerja after cuti panjang. Langkah pun panjang....

Tahun ni..aszra sibuk nak pakai tudung "pink color"

Ok.. cerita pasal raya.. tahun ni antara tahun yang beerti buat axa sekeluarga, especially buat emak. Alhamdulillah... segala yang kusut.. kini telah pun kembali ke sedia kala. Ikatan sillaturrahim yang pernah terputus hampir 2 tahun, telah pun bercantum kembali... kami semua tersenyum.. walau ada debar dalam hati di pagi aidilfitri yang lalu... Kalau ada yang pernah membaca entri axa pada raya tahun 2006.. mesti akan teringat, betapa ketika itu.. 1 syawal, emak mengalirkan air mata... apabila terputus kasih dengan saudara sendiri.. dan 1 syawal kali ni pula.. menyaksikan semuanya berakhir dengan baik.. berkat doa dan kemuliaan hari raya.. Syukur sekali lagi.. lepas ni, bersatu la kembali keluarga besar kami....

Actually raya ni memang banyak berjalan.. raya pertama, lepas solat raya, ke kubur... lepas tu seharian menziarah saudara mara...raya ke dua..balik ke seremban dan kemudian terus ke Batu Pahat... ke kubur atuk & nenek sebelah mertua...lepas beraya di Batu Pahat.., ayah mertua axa mendapat berita sedih...salah seorang anak saudara sepupunya meninggal dunia di Kluang, Johor. Kebetulan...kami ketika tu berada di Ayer Hitam...so terus la ke Hospital Kluang. Sempat ayah mertua dan ayah aszra bersembahyang jenazah di rumah mayat kat situ. Lepas tu.. jenazah diiring oleh kereta peronda polis terus ke Subang Jaya. Kalau ada sesiapa yang terbaca atau tengok tv, pada hari raya kedua, ada dibuat liputan dalam Buletin Utama.. acara pengkebumian. Actually, anak saudara sepupu ayah ni Datuk.. dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. Meninggal akibat serangan jantung pada usia 56 tahun... So.. bergerak dari Kluang, kami sekeluarga terus ke Mersing.. Hari raya ketiga.. beraya kat mersing. Raya keempat, bergerak ke JB pulak.. Lepas puas beraya...baru la bertolak balik ke Seremban dan kami 3 beranak, balik ke Kapar..... puas betul berjalan...



Ok..currently ni.. selain sibuk dengan kerja... axa sibuk packing.. Sabtu ni pindah rumah baru...tapi pindah fasa 1.... barang dari rumah mak dan set bilik tidur aszra je yang dipindahkan dulu... barang rumah cheras... maybe dalam seminggu dua lagi... selain pindah rumah.. axa akan busy dengan tempahan cupcakes.. alhamdulillah rezeki.... Tapi memang pack betul la jadual bualn 10 dan 11 tahun ni.....

2 comments:

mak farhah said...

kotton harituh baut baju kurung aszra ye..nmpak sweet. x de pic aszra melaram lg ke?

as a.k.a axa87 said...

yup julia.. both cotton yang julia belikan tu buat baju kurung... kainnya tak panas... 2 hari berturut2 aszra pakai baju kurung