Friday, April 04, 2008

Another Dugaan..

A'kum..
Salam pagi Jumaat. Axa cuti dua hari... Rabu axa demam.. MC, lepas gi klinik, balik rumah mak dan lepak je kat rumah. Subuh Khamis, masa siap2 nak pergi kerja.. mak ckp ayah nak tumbang sebab macam nak pitam. Pastu axa tengok ayah macam tak bermaya.. tak leh nak bangun katanya. Hari tu mak ada appoinment dgn doktor kat hospital.. dan ayah yang sepatutnya bawa mak. Tapi bila ayah dah jadi macam tu... axa tak ada pilihan lain.. as anak sulung, axa rasa bertanggungjawab untuk buat keputusan. Akhirnya.. axa pilih untuk EL.. dan bawak mak dan ayah ke hospital. Ayah Aszra pun terpaksa EL sebab nak jaga Aszra. Thanks awak..sebab memahami situasi kite.

So.. kul 8 pagi dah sampai kat emergency ward. Turun kan ayah ke wheel chair dan terus ke ER. Daftar kan ayah.. dan ayah dah pun ke Seksyen Semi-kritikal. Blood Pressure (BP) ayah di ambil..dan memang tinggi sangat.. 221/110. Pastu ayah kena buat ECG.. masa tu, axa terpaksa tinggalkan ayah dan bawak mak ke tingkat 7B untuk mak nyer check up. Lepas dah pastikan mak berada di tempat yang betul.. axa lari balik ke ER untuk tengok ayah. ECG ayah macam ok.. tapi nak kena buat x-ray kat dada pulak...coz diaorg nak tengok in details paru-paru dan jantung. So..bawak ayah gi x-ray. Then.. doktor bagi tahu ayah kena admit sebab BP sangat tinggi.. diorg tak nak ambil apa2 risiko..coz BP yang tinggi can cause strok..Nauzubillah...

Kul 9.30 ayah dah masuk ward 8A. Baru axa tahu.. dengan menggunakan kelayakan axa sebagai pegawai kerajaan gred A, bil hospital kerajaan untuk axa sendiri, mak, ayah, suami dan anak2 axa adalah PERCUMA dan.. layak duduk First Class Ward tapi bergantung kepada kekosongan wad tu la.. So..buat masa ni, ayah duduk kat wad biasa, sementara menunggu panggilan ke wad kelas 1 (macam berjanggut je nak menunggu..). Lepas tu.. ayah pun start berehat kat situ.. axa teman kan ayah. Mak, ayah aszra dan aszra duduk kat bawah sebab bukan waktu melawat. Hanya seorang sahaja dibenarkan bersama pesakit. Baru la lega sikit. Ayah pun beransur sihat..cuma BP masih tinggi. Pukul 12.30 mak, ayah aszra dan aszra naik.. Mak pulak kena jumpa doktor pukul 3.00 petang untuk keputusan ujian darah yang diambil pagi tadi. Actually.. doktor nak monitor mak nyer buah pinggang..coz last 3 weeks masa mak masuk hospital.. buah pinggang mak nampak macam lemah sangat. Pukul 3 axa temankan mak kat tingkat 7B. Alhamdulillah...keputusan ujian darah mak ok dan hanya perlu teruskan check up kat Klinik Kesihatan biasa.

Axa balik rumah kul 3.30 petang.. untuk prepare barang2 ayah. Ayah Aszra dan Aszra ...axa tinggalkan kat rumah.. sebab kesian tengok aszra yang macam penat duduk menunggu kat hospital. Kul 6 ptg, axa dah berada kat hospital balik.. Adik dah sampai. Ayah pun nampak bertenaga dah. Family Ija datang jenguk ayah... Kul 7.30.. semua balik, kecuali axa. Axa memang plan nak temankan ayah sampai malam. Nak make sure ayah in good condition.. ubat dah makan.. Ayah tak bagi axa tidur situ.. sebab ayah kata...ayah dah boleh bangun dan gi toilet sendiri. Tengok keadaan ayah.. axa tahu.. ayah beransur ok. Kul 10... axa drive balik rumah... tidur dan rehat secukupnya...

Pagi ni.. kul 5 pagi dah bangun. Pukul 6.. gerak ke hospital untuk hantar mak.. Mak akan duduk ngan ayah kat hospital. Jumpa ayah... lepas cium ayah macam biasa.. axa gi kerja la.. Adik axa ambil cuti hari ni..untuk jaga Aszra dan gi hospital tengah hari ni. Axa dan Ayah Aszra terpaksa la bekerja .. axa dah cuti 2 hari.. dan kerja banyak dah menanti. Kadang-kadang, rasa serba salah.. dan kadang-kadang terasa, axa tak mampu jadi anak yang baik.. tapi bila fikirkan balik.. selagi ada daya.. selagi tu axa akan berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk mak dan ayah..sementara mereka ada di dunia ni... InsyaAllah...

1 comment:

Guhn said...

SECURITY CENTER: See Please Here