Thursday, September 13, 2007

Very the Sentimentel..Haiyaaa

A'kum..salam di petang Khamis, 1 Ramadhan 1428H ni. Selamat Berpuasa kepada semua umat islam yang mengerjakannya. Mudah-mudahan ibadah kita tahun ini mendapat keberkatan dan dipenuhi dengan limpah kurnia Allah swt.

Hari ni axa tak busy sangat. Tapi banyak lagi yang perlu axa selesaikan sebelum mengakhirkan tugas di sini. Semalam, ada sesuatu yang ditawarkan pada axa, namun hati axa telah nekad dengan keputusan yang telah pun axa ambil. InsyaAllah, axa tak mahu memandang belakang. Biarlah apa yang berada dibelakang menjadi kenangan yang indah dalam hidup juga kamus kerjaya axa .

Semalam juga, air mata ini jatuh.. juga mengingati setiap kenangan. Dan di depan axa, jatuh juga air mata yang axa yakini ianya tulus dan ikhlas dr hati seorang sahabat yang menyayangi axa. Walaupun segalanya akan berbeza.. tapi hati kami insyaAllah tetap sama. Terima kasih sahabat, kata2 akhir itu, amat menyejukkan hati, mendamaikan fikiran dan semoga ikatan ini akan terus segar dan mekar di hati kita. Apa lah axa merepek lagi ni.. sejak dua menjak ni.. jadi ala2 sentimentel pulak. He he he..

Ok.. gambar atas ni axa ambik semalam. Memang Kecoh 2007 - Staff Games dah pun habis semalam. Acara penyampaian hadiah pun berlangsung semalam. Rumah Axa, BIRU SATRIA, dapat naib johan keseluruhan. Rumah Merah Waja yang dapat no 1. Axa bawak balik medal untuk Johan Bowling (Wanita), Naib Johan Dart (wanita) dan Tempat ke 3 Volley Ball (Wanita).
Tahniah Biru Satria. Sedih jugak bila mengingatkan ini adalah sukan Unitar yg terakhir untuk axa.

1 comment:

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

x per axa .. diana doakan axa akan lebih bersemangat dgn keputusan baru yg dibuat ni okies ..go GIRL!!