Monday, September 10, 2007

Kerja + Keputusan Hidup

A'kum...salam di malam isnin. Bunyi cengkerik ni lagi kuat dr bunyi tv kat ruang tau axa ni. Kat tengah KL pun masih boleh bunyi cam ni. Axa tinggal kat atas bukit... tapi lately ni banyak pulak projek pembangunan...sure tak lama lagi takkan ada bunyi mcm ni lagi...he he he..

Dah seminggu tak bersentuh pun blog axa ni. Axa sangat sibuk kebelakangan ni. Setiap kerja axa kali ni semua nya ada dateline. Itu lebih senang. axa suka bekerja dengan dateline. Betul2 menguji kemampuan dan ketelitian dalam membuat sesuatu kerja. Teringat axa zaman2 3 tahun pertama axa berkerja. Stay sampai kul 3-4 pagi, tidur bawah meja, dan tak balik rumah pun pernah, semata-mata nak siapkan kerja. Sangat mencabar tapi axa happy bila kerja tu mampu disiapkan. Rindu environment mcm tuh. Banyak yang dah berubah...especially bila umur dan status meningkat ni kan. Apa la axa merepek ni.

Hari ni... satu keputusan telah pun axa buat. Telah pun axa war-warkan kepada pihak yang berkenaan. Satu keputusan...yang akan merubah hidup dan kerjaya axa. Dan axa benar2 berharap keputusan ini, adalah keputusan yang terbaik yang telah ditentukan oleh Allah. Selepas 7 tahun, axa akan melangkah ke satu persekitaran yang pasti nya berbeza. Mudah-mudahannya, Axa dipermudahkan dalam setiap urusan. InsyaAllah.

6 comments:

rin33 said...

Ass'kum.. hi Axa.. dah gak lama tak dgr berita axa...sibuk ya..
Insyaallah.. bila kita selalu ingat kepadaNYA dan berdoa, setiap keputusan/urusan kita akan di permudahkan.

Axa dah brpindah ke rumah baru ke?
Since hampir tiba Ramadhan I ucapkan axa sekeluarga selamat menyambut bulan Ramadhan n slmt brpuasa :)

Suhaiza Sa'at said...

kak as, nak beli kek lapis tak? RM20 siap pos. esok last order. 1 ramdhan tak amik order.

nikfarizah said...

ehhhh..axa nak gi mana ni?? By the way..selamat berpuasa!

shahril aley said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1428 Hijrah

Diana@Mama Adam Mukhriz said...

Salam ramadan buat as sekeluarga ... apa jua keputusan yg as buat ..be strong okies .. Allah sentiasa disisi hambanya utk membantu .......

as a.k.a axa87 said...

Rin
X pindah lagi.. cuma menikmati malam di rumah kami sekarang ni.

ummi aidi
Akak dah tempah kat sini. Thanks.

Kak nik,
He he he.. tak lama lagi, memang kite tak jumpa kat unitar dah. Jumpa kat blog je la yer.

shahril
Selamat berpuasa

Diana
Thanks..

To all... Selamat Menjalani Ibadah Puasa.