Monday, September 03, 2007

Catatan Merdeka - Jalan2 Patriotik


a'kum.. salam di petang isnin. Sepanjang pagi tadi duk mengemas tempat axa. Department axa pindah floor... dr tingkat 4 turun ke tingkat 2. Tapi partition axa lebih luas. Seronok juga kat sini.

Ok la.. nak citer hari Merdeka yang lepas. Khamis 30/8, axa dan ayah aszra main boling merdeka ngan kawan2 MB. Adik dan bf (first time axa tengok mamat ni) datang dan surprise axa dengan cake. So tepat 12 malam.. kawan2 axa nyanyi Happy Birthday kat axa. Pastu call mak ngan ayah.. rupanya mak ngan ayah bawak aszra gi Dataran Shah Alam tengok bunga api. Sampai rumah dalam kul 3.30 pagi.

31 August 2007
Bangun pagi..axa masih mengantuk. Seronok betul sebab hari jadi axa. So.. kul 12.30 tengah hari..kami sekeluarga + Uda, bergerak ke Subang Parade. Sampai2 ayah ngan ayah aszra terus gi solat Jumaat. Lepas tuh kami lunch kat Kenny Rogers Roasters sempena birthday axa. Makan2.. then dpt sms dr Ija and family coz dia nak join kami gi Makam Pahlawan dan Tugu Negara.
Kul 4.30, Ija & family pun sampai kat Masjid Negara. Solat Asar kat situ dan kemudian gi Makam Pahlawan. Cantik dan bersih tempat tuh. Ni ayah aszra nyer idea la ni.. dia nak sangat gi kubur Tun Dr. Ismail, idolanya..lepas baca The Reluctant Politician. Lepas tu bergerak ke Tugu Negara pulak. Ni plak gara2 iklan yang Adibah Noor jadi Sarjan Sounders tuh. Memang mempengaruhi betul la. Tak berubah Tugu Negara tuh.. Bersih dan terjaga. Last time axa pergi umur axa 12, tahun 1990. Punyer la lama. Ayah aszra pulak first time. Suka betul dia.

Kul 6.00 kami keluar. Pastu gi singgah rumah cousin axa yang buat kenduri. Cara kendurinya buat nasi ambang. Nasi yang dicampur dengan lauk pauk dan diletak dalam dulang utk dimakan bersama2 seramai 4-5 orang. Mak kata, ni cara orang Jawa. Husband cousin axa tu memang org Jawa Kg Melayu Subang tuh. Patut ler makan gitu. Axa agak kekok sikit la.. tapi makan je la...lapar sangat dah.

Balik tu memang sangat penat. Apa2 pun axa happy di hari jadi axa.

1 comment:

sitilina said...

kak axa, dah wish ke ek?lupa la

kalo lom.. HAPPY BELATED BIRTHDAY!