Wednesday, September 26, 2007

Kisah Ku Di sini

A'kum..salam di tengah hari Rabu.

Lama axa tak mencoretkan apa2 di sini. Axa sangat sibuk terutama nya seminggu ni. Memang tak ada masa langsung utk mengarang mahupun menjengah blog orang lain. Hari ni, axa curi masa sekejap untk mencoretkan something.

Hari ni, hari yang bersejarah dalam hidup axa. Selepas 7 tahun, axa di bawah pentadbiran yang sama, esok axa akan melangkah ke satu naungan yang benar2 berbeza. Tak tahu nak menggambarkan perasaan axa saat ni. Walaupun kerja masih banyak dan belum di hand over, tapi hmm rasa sedih la plak. Axa memulakan kerjaya di Universiti Tun Abdul Razak pada tahun 2000, sejurus lepas axa grad degree. Masa tu kat Bangunan KUB.com, jln Yap Kwan Seng. Axa diterima sebagai Multimedia Developer untuk anak syarikat Unitar iaitu United Multimedia Sdn. Bhd. Banyak pengalaman berharga yang axa dapat. Belajar dengan senior2..semuanya bermula di situ. Axa happy kerana kerjaya ini yang axa idam2kan selama ni. Axa merasa bekerja dengan tekanan dateline. Tidur kat bawah meja, balik kul 3-4 pagi.. tak balik pun pernah..semata2 komited terhadap kerja. Pengalaman2 tu benar2 mematangkan axa. Axa tak pernah rasa semua tu sebagai beban. That y.. axa tak kisah... kalau axa ditempatkan ke jabatan/department yang banyak kerja sekali pun.

Tahun 2003, axa diserapkan ke Universiti Tun Abdul Razak, campus Kelana Jaya. UMM masa tu terpaksa ditutup, jadi staff di serap ke UNITAR atau memilih untuk menerima pampasan. Axa dan team courseware.. ke UNITAR Kelana Jaya. Kemudian.. tahun 2005 axa dipindahkan ke Corp Communication Dept sebagai Executive / Web Master yang kontrol laman web unitar sepenuhnya. Dan hari ni.. merupakan hari terakhir axa bekerja sebagai Web Master Universiti Tun Abdul Razak.

Secara khusus.. axa ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kawan2 di UNITAR, yang selama ini membantu, menyokong dan memberi kerjasama ketika axa di sini.

1.Buat Kak Noor, Kak Aniza, Kak Zila, Zul.. thanks tunjuk ajar sejak di UMM. (sedih jumpa diorg ni)
2.Buat Pijot..satu2 nyer kawan satu batch axa yang masih di Unitar. (cepat2 dpt anak dan kalau dpt kerja lain...bagi tahu le yer)
3.Buat Jaja Corp Comm.. kerja rajin2.. challenge your self! Fikir masa depan ok.(Maaf kalau ada salah silap, kawin kena jemput la)
4.Buat Ayu yang dah jauh kat Yayasan Pintar...kenanglah kite as a friend. (even yang pernah mencederakan..tak sengaja) Kite happy kenal Ayu.. Good Luck.. kite doakan Ayu dipermudahkan dalam apa jua. InsyaAllah.
5.Buat Kak Zura...nice to know you.. first time ada member satu dept yg boleh borak pasal anak.
6.En. Man..thanks sebab jadi boss yang sangat sporting, yang selalu cover anak buah.
7.Puan Mizana...boss baru Corp. Comm. Walaupun baru sebulan lebih axa berkerja dengan Puan.. tapi Puan banyak memberi pengalaman baru pada axa. Axa diajar kerja2 Corp Comm yang sebenar. Thanks Puan..atas semua pengalaman dan pertolongan.

Panjang pulak axa tulis...Ok la.. mulai esok.. axa tidak akan lagi menggunakan email.. asnida@unitar.edu.my. Mulai esok.. pada yang nak hantar email..boleh hantar ke axa87@yahoo.com

Good Luck buat semua UNITARIAN. Kenangan ini akan axa sematkan menjadi kenangan terindah dalam kamus hidup axa.

Thursday, September 13, 2007

Very the Sentimentel..Haiyaaa

A'kum..salam di petang Khamis, 1 Ramadhan 1428H ni. Selamat Berpuasa kepada semua umat islam yang mengerjakannya. Mudah-mudahan ibadah kita tahun ini mendapat keberkatan dan dipenuhi dengan limpah kurnia Allah swt.

Hari ni axa tak busy sangat. Tapi banyak lagi yang perlu axa selesaikan sebelum mengakhirkan tugas di sini. Semalam, ada sesuatu yang ditawarkan pada axa, namun hati axa telah nekad dengan keputusan yang telah pun axa ambil. InsyaAllah, axa tak mahu memandang belakang. Biarlah apa yang berada dibelakang menjadi kenangan yang indah dalam hidup juga kamus kerjaya axa .

Semalam juga, air mata ini jatuh.. juga mengingati setiap kenangan. Dan di depan axa, jatuh juga air mata yang axa yakini ianya tulus dan ikhlas dr hati seorang sahabat yang menyayangi axa. Walaupun segalanya akan berbeza.. tapi hati kami insyaAllah tetap sama. Terima kasih sahabat, kata2 akhir itu, amat menyejukkan hati, mendamaikan fikiran dan semoga ikatan ini akan terus segar dan mekar di hati kita. Apa lah axa merepek lagi ni.. sejak dua menjak ni.. jadi ala2 sentimentel pulak. He he he..

Ok.. gambar atas ni axa ambik semalam. Memang Kecoh 2007 - Staff Games dah pun habis semalam. Acara penyampaian hadiah pun berlangsung semalam. Rumah Axa, BIRU SATRIA, dapat naib johan keseluruhan. Rumah Merah Waja yang dapat no 1. Axa bawak balik medal untuk Johan Bowling (Wanita), Naib Johan Dart (wanita) dan Tempat ke 3 Volley Ball (Wanita).
Tahniah Biru Satria. Sedih jugak bila mengingatkan ini adalah sukan Unitar yg terakhir untuk axa.

Monday, September 10, 2007

Kerja + Keputusan Hidup

A'kum...salam di malam isnin. Bunyi cengkerik ni lagi kuat dr bunyi tv kat ruang tau axa ni. Kat tengah KL pun masih boleh bunyi cam ni. Axa tinggal kat atas bukit... tapi lately ni banyak pulak projek pembangunan...sure tak lama lagi takkan ada bunyi mcm ni lagi...he he he..

Dah seminggu tak bersentuh pun blog axa ni. Axa sangat sibuk kebelakangan ni. Setiap kerja axa kali ni semua nya ada dateline. Itu lebih senang. axa suka bekerja dengan dateline. Betul2 menguji kemampuan dan ketelitian dalam membuat sesuatu kerja. Teringat axa zaman2 3 tahun pertama axa berkerja. Stay sampai kul 3-4 pagi, tidur bawah meja, dan tak balik rumah pun pernah, semata-mata nak siapkan kerja. Sangat mencabar tapi axa happy bila kerja tu mampu disiapkan. Rindu environment mcm tuh. Banyak yang dah berubah...especially bila umur dan status meningkat ni kan. Apa la axa merepek ni.

Hari ni... satu keputusan telah pun axa buat. Telah pun axa war-warkan kepada pihak yang berkenaan. Satu keputusan...yang akan merubah hidup dan kerjaya axa. Dan axa benar2 berharap keputusan ini, adalah keputusan yang terbaik yang telah ditentukan oleh Allah. Selepas 7 tahun, axa akan melangkah ke satu persekitaran yang pasti nya berbeza. Mudah-mudahannya, Axa dipermudahkan dalam setiap urusan. InsyaAllah.

Tuesday, September 04, 2007

Cinta Monyet

Salam... pagi tadi dengar kat era.. citer pasal cinta monyet.. tiba2 teringat pasal cinta monyet axa. Dulu2 ayah axa strict org nya. Axa sekolah perempuan, jadi ayah memang x suka axa kawan dengan mana2 budak lelaki. Tp nak dijadikan cerita, axa terberkenalan dengan seorang budak lelaki dari sekolah sebelah. Masa tu hari kantin sekolah, jadi orang luar boleh masuk ke sekolah axa. Entah macam mana ada seorang senior kat sekolah ni tiba2 nak kenalkan axa dengan adik angkat dia, budak lelaki tu la.. muka nampak cute je. Tapi axa ni dulu lurus bendul orangnya.. pandang lelaki pun x berani takut nanti ayah marah. Cuma dengan budak ni axa mcm terbuka hati pulak nak kawan. Dia bagi no telefon rumah nenek dia (dia duduk dengan nenek dia). Jadi dari situ lah bermula episod bergayut kat telefon ahahaha. Balik sekolah kalau ada peluang, axa gamble je call dia. Kalau dia ada.. mmg rezeki la.. kalau dia x ada.. muka sedihlah axa, frust kan.. hahahah.. kami x borak apa pun cuma cerita hal2 sekolah. Kalau terjumpa pun, waktu balik sekolah sebab kami menunggu bas di bas stop yang sama dan bas yang sama..  Dan yg bestnya kami tak pernah declare kata axa ni makwe dia, saya pakwe dia. Tp masa naik form 3 axa stop  call dia sbb dapat tahu dia ada makwe dari sekolah axa juga. Ishh.. hampes betul... playboy rupanya dia. Axa kononnya frust lah... padahal dia bukan panwe axa pun. Masa tu asal dengar lagu sampai hati je rasa sedih. Cewahhhhh... jiwang. Pmr axa teruk sebab dia lah (hahahah, tiba2 nak salahkan dia pulak kan).

Ok, lepas terputus hubungan kami mmg x pernah jumpa. Sampai lah disuatu petang jumaat tahun 1995 di bandar klang. Axa baru habis tusyen akaun di bandar menunggu bas di bas stand klang. Tiba2 kami terjumpa semula... rupanya dia dah sekolah asrama, sekolah vokasional. Setiap 2 minggu dia akan balik ke kapat. Dan dipendekkan cerita.. bermula episod pertemuan kami di bas stand Klang. Setiap dua minggu hari jumaat memang seakan berjanji kami akan terserempak. Axa masih ingat, bila bas dtg dia akan suruh axa pegang beg dia dan dia akan merempuh naik  untuk cari tempat duduk. Bila axa naik, mmg akan dpt duduk siap. Duduk pulak sebelah dia kan.. sgt gentlemen orangnya. Waktu tu pun kami x pernah declare as couple sbb kami nak spm dah masa tu. Sempat la juga bertukar- tukar  kertas percubaan spm.

Habis spm.. axa ke ukm dan dia ke politeknik yg agak terkenal. Pernah sekali dua kami berutus surat.. tapi selepas tu terus terputus hubungan sehinggalah hari ni. Kadang2 ada juga axa cuba cari dia tapi tak pernah jumpa. Jujur, axa  suka berkawan dengan dia.. baik dan sopan santun orangnya. Kami tidak pernah jadi pasangan couple, tapi kehadiran dia memang beri kesan pada hidup axa... oh ya.. saper nama dia? Biarlah axa je yg simpan, tapi axa gelar dia "Budak Bas Stop".. heheheh.

Monday, September 03, 2007

Catatan Merdeka - Jalan2 Patriotik


a'kum.. salam di petang isnin. Sepanjang pagi tadi duk mengemas tempat axa. Department axa pindah floor... dr tingkat 4 turun ke tingkat 2. Tapi partition axa lebih luas. Seronok juga kat sini.

Ok la.. nak citer hari Merdeka yang lepas. Khamis 30/8, axa dan ayah aszra main boling merdeka ngan kawan2 MB. Adik dan bf (first time axa tengok mamat ni) datang dan surprise axa dengan cake. So tepat 12 malam.. kawan2 axa nyanyi Happy Birthday kat axa. Pastu call mak ngan ayah.. rupanya mak ngan ayah bawak aszra gi Dataran Shah Alam tengok bunga api. Sampai rumah dalam kul 3.30 pagi.

31 August 2007
Bangun pagi..axa masih mengantuk. Seronok betul sebab hari jadi axa. So.. kul 12.30 tengah hari..kami sekeluarga + Uda, bergerak ke Subang Parade. Sampai2 ayah ngan ayah aszra terus gi solat Jumaat. Lepas tuh kami lunch kat Kenny Rogers Roasters sempena birthday axa. Makan2.. then dpt sms dr Ija and family coz dia nak join kami gi Makam Pahlawan dan Tugu Negara.
Kul 4.30, Ija & family pun sampai kat Masjid Negara. Solat Asar kat situ dan kemudian gi Makam Pahlawan. Cantik dan bersih tempat tuh. Ni ayah aszra nyer idea la ni.. dia nak sangat gi kubur Tun Dr. Ismail, idolanya..lepas baca The Reluctant Politician. Lepas tu bergerak ke Tugu Negara pulak. Ni plak gara2 iklan yang Adibah Noor jadi Sarjan Sounders tuh. Memang mempengaruhi betul la. Tak berubah Tugu Negara tuh.. Bersih dan terjaga. Last time axa pergi umur axa 12, tahun 1990. Punyer la lama. Ayah aszra pulak first time. Suka betul dia.

Kul 6.00 kami keluar. Pastu gi singgah rumah cousin axa yang buat kenduri. Cara kendurinya buat nasi ambang. Nasi yang dicampur dengan lauk pauk dan diletak dalam dulang utk dimakan bersama2 seramai 4-5 orang. Mak kata, ni cara orang Jawa. Husband cousin axa tu memang org Jawa Kg Melayu Subang tuh. Patut ler makan gitu. Axa agak kekok sikit la.. tapi makan je la...lapar sangat dah.

Balik tu memang sangat penat. Apa2 pun axa happy di hari jadi axa.