Tuesday, August 29, 2006

Sudah-Sudah la INA...

a'kum...
Salam di pagi selasa. Pagi ni axa selsema. Macam nak demam pun ada. Tapi yang best sebab aszra ada kat rumah axa. Semalam dia kena cucuk utk bulan ketiga. Tak menangis langsung. Bagus betul anak ibu.

Malam semalam, seperti yang semua tahu, siaran langsung penyanyi no satu negara, siti nurhaliza duduk bersanding dengan lelaki idamannya, Datuk K. Dan di Astro dan TV1 pula, temubual ekslusif Diana dan Mawi tentang kisah putus tunang mereka. Axa sekeluarga tak ada rancangn yang nak ditonton secara spesifik. So biasalah, mula-mula mak mesti nak tengok siti. Siti cantik sangat malam tadi. Memang ala2 ratu. Masa dia berjalan sorang atas pentas pelamin tuh, memang nampak anggun sangat. Axa sendiri rasa happy tengok wajah siti yang berseri. Tapi bila dia mula berganding dengan suami terchenta dia tuh, axa terus rasa tak nak tengok dah. Tiba-tiba rasa sedih dan macam2 rasa keluar. Mak dengan adik tak sudah2 merungut, apa lah siti ni... kenapa la ini yang dia pilih. Kami suka siti tapi kami kecewa dengan pilihan dia. Dia memang layak mengadakan majlis yang gilang gemilang seperti itu memandangkan dia penyanyi tersohor, tapi siapa yang dipilih untuk diraikan bersamanya itu membuat kami rasa mual! Maaf siti.

Sambil2 tuh, axa sempat menukar siaran bila sessi tepung tawar bermula. Ye la..malas nak tengok orang tepung2 tawar ni. Rumah axa ni tak ada astro so bukak channel 1 la. Rosyam noor tengah temu bual Ina. Selang seli dengan temuramah mawi oleh aznil. Hmmm.. axa tak pasti apa motif rancangan ini. Adakah rancangan ini benar2 ikhlas atau sekadar untuk mengganggu gugat siaran langsung TV3? Dan yang pasti siaran ni pun asyik nak buat duit, sebab siap buat sms lagi.

Apa pendapat axa? Hmmm.. Ina..ina.. ina.. Axa malu tengok Ina dan axa juga kesian kat Ina tuh. Seorang anak gadis Felcra yang kini kononnya berhijrah untuk mengubah nasib diri selepas di tinggalkan oleh tunangnya MAWI. Ina yang kita semua kenali sebagai tunangan Mawi satu ketika dulu, kini berubah menjadi Ina yang baru. Baru ker??? Yang axa nampak maybe Ina berubah keningnya, berubah pakaiannya. Tapi bagi axa, mentaliti nya tetap tak berubah. Axa malu bila cara ina bercakap macam masih lagi berharap pada mawi. Dan bila ina mula menyanyi lagu penawar rindu yang ditujukan khas buat Mawi, axa rasa disitu lah jatuhnya maruah seorang INA! Kenapa mesti menyanyi macam tuh? Semua orang pernah melalui masalah dalam perhubungan. Putus cinta, putus tunang, malah yang bercerai berai lagi banyak. Bagi axa ini semua takdir Allah swt. Mana2 yang boleh dilupkan, baiklah dilupakan. Tapi semalam ina, berbicara dihadapan entah berapa juta rakyat malaysia yang on tv1 dan astro, seolah2 dia tak boleh lupa kan mawi. Masih mengharap pada Mawi. Kalau ina benar2 ingin berubah dan ingin buktikan pada mawi yang dia juga boleh berjaya, teruskan lah tanpa menoleh ke belakang. Buat apa fikir pasal mawi lagi. Bila ina begini, sudah tentu ramai yang bergelak sakan melihat kebodohan Ina yang nampaknya hari ni mengikut apa je orang suruh dia buat.

Axa kesian pada Ina. Dia tidak berpendidikan tinggi dan kehidupan sebelum ini, sekadar seorang anak felcra dan tinggal di kampung. Sejak Mawi popular banyak pihak menggunakan Ina sebagai tunang Mawi untuk buat apa sahaja asalkan dapat untung. Dia dipergunakan keana dia tunang Mawi. Ramai peniaga yang susah nak dpt mawi sebab mawi terikat dengan kontral maestro, so Ina pula jadi mangsa. Dulu keluar buku apa yang Ina rasa sebagai tunang mawi. Dan kini keluar pulak buku Catatan Duka Diana Naim. Tak lama lagi Ina buat album. Apa yang ina dapat dari semua ini? Mendedahkan kisah hidupnya sepanjang bersama mawi. Bagi axa kisah2 peribadi seperti itu tak perlu dihebahkan pada umum. Cukup sekadar mejadi pengalaman hidup kita. Tak sedar ke Ina, yang pihak2 ini mengambil kesempatan ke atasnya. Mengheret ina ke dunia glamour kononnya untuk buktikan yang ina juga mampu jadi seperti mawi. Tapi apa yang menjadi galang gantinya...maruah?? Mawi sendiri takkan menoleh ke belakang memandang Ina yang kini bergelar selebriti yang sering mendapat undi simpati.

Kalau ingin buktikan sesuatu pada Mawi, bukan ini caranya. Bukan dengan turut terjun ke dunia Mawi yang akhirnya melekakan dan menyebabkan Ina sendiri hilang arah. Ina sebenarnya telah menjatuhkan maruahnya sendiri bila dia dengan rela membuka rahsia hidupnya hanya untuk meraih popular dan secara terang-terangannya sebenarnya untuk menguntungkan pihak lain! Sudah-sudah lah tuh INA...

2 comments:

Anonymous said...

Pun tak faham..apa sebenarnya yang diinginkan oleh seorang perempuan bernama Diana Naim nie..

Sally said...

Buy Phentermine and Valium online. Lowest Price. Phentermine - Valium