Thursday, August 17, 2006

Buku Jambatan Bengkok - Kite tengok saper yang salah!

A'kum..
Salam di pagi Khamis. Pagi ni sempat menyusukan Aszra, tersenyum2 dia masa axa nak tinggalkan rumah pagi tadi. Rindunya kat aszra.

Pagi ni, sempat axa membaca buku Jambatan Bengkok - Fakta Lurus dan Telus terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dan sumbernya daripada Jabatan Perdana Menteri sendiri. Hmmm isu berat axa tulis hari ni. Actually buku ni memang axa cari2 sejak penerbitannya 3 minggu yang lepas. Nasib axa baik, ayah dapat buku tuh dari persidangan partinya. Parti axa jugak, cuma dah setahun tak aktif..he.he..he..

Semalam, Tim. Perdana Menteri, Najib Tun Razak mintak isu ni dihentikan dari terus dibahaskan dalam negara. Dan Tun Tun Mahathir pulak kata, selagi pembinaan jambatan tak diteruskan selagi tuh beliau akan terus mengkritik. Hmm.. tak sudah2.

RAsanya tak perlu axa citer semua kandungan buku setebal 43 muka surat ni. Cukup sekadar axa memberi kesimpulan dan komen. Dalam buku ini, pendekatan yang diambil ialah berdasarkan soalan dan jawapan diberikan. Ia memperjelaskan bahawa isu ruang udara malaysia bukanlah disyorkan oleh kerajaan dibawah pimpinan Dato'Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Hmm.. kerajaan pak lah dgn kerajaan mahathir berbeza ke? Setelah membaca buku ini, axa pelik, boleh dikatakan setiap soalan dijawab dengan seolah-olah menunding jadi pada kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir. It seems like tu la, saper suruh mahathir pandai2 bagi cadangan kat singapura? Ni mahathir punya plan la, dialah yg sebab kan benda ni jadi cam ni Apa yang cuba ditegakkan sekarang ni? Menegakkan kedaulatan negara kah? cuba menunding jadi kah? atau cuba mempertahankan nama kerajaan 'sekarang' ini yang semakin diragui? Mungkin perjanjian yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir ni ada kekurangannya, tetapi mengasingkan kerajaan seolah2 kerajaan dulu dan sekarang adalah dibawah parti yang berbeza adalah tindakan yang agak bodoh. Axa sendiri pernah terlibat dengan dunia politik, ketika zaman mahathir dan juga pak lah. Mengapa pada peringkat awal, semua kelihatan sama, parti yg sama, kerajaan yg sama dan bila isu ni timbul kenapa mula membezakan kerajaan pimpinan saper?

Sebagai seorang rakyat, apa yang axa ingin kan hanya penjelasan yang tepat dan jelas. Bagi axa kandungan buku ini, seperti membuka pekung di dada sendiri. Kerajaan sekarang meng hentam kerajaan dulu. Tertulis "kesimpulannya, isu jambatan ini menjadi sebahagian daripada isu-su berpakej dua hala yang selesai disebabkan oleh surat Tun Dr. Matahir telah memasukkannya dalam isu berpakej." Tu menyalah kan mahathir lagi. Seolah-olah kerajaan dulu dibawah pimpinannya la yang membawa onar sehingga isu ini menemui jalan buntu.Pihak pembangkang sudah tentu bergelak ketawa, sudah tentu isu ini dibualkan dimeja2 mesyuarat parti. Dan rakyat, marilah kite menunding jari, menyalahkah bekas perdana menteri di mana harapan dan impiannya yang tak menjadi. Mungkin ini lah tujuan asal penerbitan buku ini.

3 comments:

evilisnotdeadyet said...

Susah susah... Masuk Ajer Parti KEADILAN NASIONAL... REFORMASI... REFORMASI

your said...

phentermine nice :)

Sally said...

earn money - tramadol cool blog :)