Friday, April 28, 2006

Akademi Al-Quran - Baru ku tahu...


A'kum...
Salam di pagi penghulu segala hari...Hari ni seperti biasa axa bekerja mencari rezeki. Sampai di ofis, tiada kerja yang pending, jadi boleh la menumpukan penulisan di blog axa ini. Bukan apa..takut apa yang difikir hilang mengikut masa.
Malam tadi, ketika makan malam, ayah baby mencari siaran tv untuk ditonton. Lebih kurang 8.45 malam. Ayah baby menekan TV9, channel baru di bawah rangkaian Media Prima. Hmm ada rancangan Akademi Al-Quran rupa-rupanya. Axa dan ayah baby tertarik untuk menonton sampai menikmati makan malam. Axa sendiri tak pasti rancangan ini dah sampai berapa episod. Tapi malam tadi pencarian pelajar-pelajar untuk akademi ini sudah sampai ke utara tanah air. Dalam pemikiran axa, adakah rancangan ini sama seperti pencarian penyanyi-penyanyi untuk rancangan Akademi Fantasi atau Malaysian Idol? Konsep pencarian masih sama, tapi pendekatan yang di ambil adalah berbeza. Apa yang mengagumkan axa ialah, peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar belasan tahun ini mempunyai asas pengajian al-quran yang baik. Pada pemikiran axa sebelum ini, peserta hanya perlu membaca al-quran seperti biasa..yer la macam kite gi ngaji, tapi rupa-rupanya peserta2 ini diuji dengan pengetahuan jenis2 bacaan, tajwid dan sebutan. Ya Allah..Selama ni tv2 Malaysia hanya mendedahkan apa itu pitching..apa itu tempo dan apa itu jenis2 lagu seperti jazz, rock dan balada..yang rata2 kite semua semakin pandai menilai nyanyian orang lain. Tapi jika diperdengarkan bacaan ayat suci, sudah tentu kite TIDAK TAHU LANGSUNG tentang bacaan tersebut apatah lagi maksud yang terkandung. Axa benar-benar tersentak. Jika lagu-lagu kita hafal, note2 lagu kite pelajari, DO RE MI sebagai asas.Tapi mengapa pengajian Al-Quran yang seharusnya menjadi amalan dan pegangan..kita anggap biasa dan cukup la sekadar mampu mengenal huruf dan pandai membacanya. Ramai ibu bapa menghantar anak-anak belajar mengaji dan bila khatam Al-Quran, bagi mereka tanggungjawab terhadap agama telah pun selesai. Selebihnya.. terpulang, nak baca..baca la..tak nak baca pun tak apa kan...
Pagi ini axa sempat berbicara sebentar dengan seorang teman. Teman yang pada ketika ini sedang mendalami Al-Quran. Axa menyatakan kekaguman axa pada pengajian al-quran ini kerana sebagai orang islam, axa sendiri mengaku axa tidak banyak tahu tentang pengajian al-quran, sekadar membacanya dan kadang2 cuba memahami maksudnya. Namun, teman axa ini agak berbeza pendapatnya. Menurutnya Al-Quran bukan untuk dilagukan, tapi untuk difahami dan dijadikan petunjuk dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Ya! axa setuju dengan kata-katanya. Tetapi pada pandangan axa, jika pengajian melagukan bacaan al-quran ini mampu menarik minat kita sebagai orang islam untuk mendekati dan mendalami maksud seterusnya mengamalkannya, mengapa tidak kan?? Dunia hari ni sering memandang Al-Quran sebagai satu perkara yang remeh. Cukup sekadar tahu membaca. Itu sahaja yang dipentingkan. Jadi, satu pendekatan harus difikirkan agar masyarakat islam hari ni memandang Al-Quran sebagai perkara penting dalam kehidupan sehari-hari. Pendekatan mewujudkan jenis2 lagu dan bacaan dalam Al-Quran mungkin satu kaedah yang baik. Apabila kita telah pun tertarik kepada pengajian pembacaan Al-Quran ini, InsyaAllah kita akan lebih berminat untuk mendalami maksud seterusnya menjadikan ia pegangan hidup yang kukuh. Tak salah kan. Persoalan yang penting sekarang adalah mencari jalan bagaimana untuk menarik perhatian umat islam yang semakin leka pada hari ini untuk melihat Al-Quran itu sebenarnya indah dan jika ia diikuti, ia mampu mengubah cara hidup kita kepada yang lebih sempurna.
Axa tidak memandang rancangan Akademi Al-Quran ini sebagai satu rancangan yang terlalu bagus, kerana axa sendiri tidak tahu bagaimana perjalanan rancangan ini untuk episod seterusnya. Tapi apa yang axa ingin sampaikan hari ini ialah kesedaran dalam melihat Al-Quran sebagai asas pegangan adalah amat penting. Jika kita didedahkan sedari awal bahawa pengajian Al-Quran ini sebenarnya adalah amat menarik, sudah tentu kita akan lebih tertarik untuk memahami dan seterusnya menjadikan ia panduan dalam menjalani kehidupan. InsyaAllah....

Thursday, April 27, 2006

Anak - Mendidik dan dididik...


A'kum

Khamis, 27 April. Hari ini axa lebih banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang terbengkalai. Kerja kerja kerja. Yer la.. hidup ni perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi.Hari ni axa terasa ingin bercerita tentang ANAK. Yer la..axa pun bakal menimang cahaya mata kan. Satu e-mail yang axa terima semalam benar2 membuat axa berfikir. Hingga ke makan malam pun axa masih bercerita tentang e-mail ini kepada ayah baby.

E-mailnya bertajuk Anak Durhaka Kerana Ibu Bapa Bekerja. Mungkin naluri seorang ibu yang setiap hari berkembang dlm diri axa ini menarik axa untuk membaca artikel ini. Artikel ini berkisar tentang pengalaman dan luahan seorang ustaz yang membesarkan dua orang anaknya. Bermula di luar negara hingga penulis pulang ke Malaysia apabila merasakan akidah anak-anak nya mungkin terancam jika terus dibesarkan di bumi asing yang menuntut agama lain sebagai asas pegangan. Setelah tiba di Malaysia dan dalam proses membesarkan anak-anak, sekali lagi penulis berfikir sebenarnya lebih susah membesarkan anak-anak di negara sendiri Malaysia berbanding dengan di luar negara. Kenapa?

"Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak. Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!, saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah. Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas. Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? "

Seorang ustaz yang teguh pegangan agamanya juga tidak terlepas dari kerisauan dalam mendidik anak2. Dalam tulisannya lagi ada juga menyebut..kaedah apa yang sesuai dalam mendidik anak-anak di dunia yang serba moden ini. Perlu kah dimanjakan ..atau masih perlukan marah dan rotan? Semua ini perlu difikirkan. Bak kata penulis.."anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka. "

Tulisan ustaz ini membuat axa terfikir, bagaimanakah axa bakal menempuh hidup sebagai seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak. Teringat didikan mak dan ayah. Mak axa seorang yang agak garang tapi mempunyai hati yang tulus. Sentiasa tidak sampai hati untuk menolak pemintaan anak-anak (untuk perkara-perkara yang baik). Ayah axa pula seorg lelaki yang tidak pernah menyakitkan anak-anak walau untuk memukul nyamuk di tubuh anak-anaknya namun seorang yang tegas! Sesuatu yang memang axa, adik dan mak tak dapat membantah. Jika putih katanya, putih la..jika hitam katanya..hitam la. Walaupun ada juga keputusannya yang mengecewakan axa..yang sukar untuk axa terima, tapi hari ini axa bersyukur..atas didikan itu la..axa dan adik mampu berada tahap hari ini. Bermula dari awal, perkara wajib..didikan agama..mengaji...dan pendidikan asas..persekolahan. Bab agama, kami memang dipaksa. Itu pegangan. Namun dalam pendidikan, mak dan ayah tak pernah memaksa axa dan adik. Kami tidak pernah ditengking atau dipaksa semata-mata untuk duduk di meja belajar dan belajar mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi ayah, perkara sebegini tidak perlu dipaksa, tapi perlu di ingatkan. Mak dan ayah sering mengingatkan axa dan adik.. jika berjaya dalam pelajaran insyaAllah hidup akan senang. Bertitik tolak dari situ la, axa dan adik membina keyakinan untuk berjaya. Alhamdulillah..axa dan adik berjaya menghabiskan pelajaran hingga peringkat universiti. Dari segi agama, axa bersyukur asas agama yang diterapkan oleh mak ayah masih menjadi pegangan. Biar lah ada setengah orang mengatakan axa agak konservatif, agak berfikiran sempit dan tidak liberal..tapi axa bersyukur, walaupun masih banyak dosa yang dilakukan, dalam hati ini masih kukuh pegangan axa terhadap ISLAM.



Bila mengenang kembali kaedah mak dan ayah, membaca kaedah2 orang lain dalam mendidik anak.. axa terus berfikir. Ayah baby turut memberi pendapat. Dan akhirnya sebelum tidur axa mencari kesimpulan. Jadi bagi axa apa yang perlu dalam mendidik anak-anak hari ini, bukan dengan melarang atau menegah tapi dengan menanam sifat2 tahu membezakan yang baik dan salah. Nampak macam mudah. Tapi hakikatnya..hendak menanam agar ia memberi hasil yang baik itu la yang paling susah. Axa mengenang mak dan ayah..sebenarnya nilai ini lah yang mak dan ayah terapkan dalam diri axa dan adik. Tak perlu nampak di mata, tapi biar berkesan di hati. Axa juga mengambil kata-kata ayah baby... manusia bukan mudah untuk menerima teguran..apatah lagi kalau teguran itu dalam bentuk bebelan yang panjang dan berlarutan. Kesedaran untuk mengubah sesuatu yang buruk perlu hadir dalam diri manusia itu sendiri. Andai dr awal diterapkan mana yang baik dan mana yang salah..insyaAllah segala yang rumit akan menjadi mudah. Mudah-mudahan...jalan lurus dalam mendidik baby yang masih berdenyut dalam kandungan ini akan axa temui..amin...

Wednesday, April 26, 2006

Sabar..

A'kum...

Hari ni hari rabu..26 April 2006.Pagi yang cerah, tapi axa terpaksa memandu sendirian hari ini. Ayah baby tak sihat..so decide ambik mc je la. Lama dah axa tak memandu pagi-pagi, tapi nak buat cam mana. Kadang-kadang stereng ni terkena jugak la kat perut. Tapi tak apa, nanti cepat la baby ni pandai drive keta..he..he..

Pagi ni axa nak bercerita.. cerita yang benar2 mengguris hati axa. Biar di sini saja axa luahkan. Bukan mohon simpati, tapi axa perlu luahkan agar tak terbuku di hati. Orang mengandung mcm axa ni seharusnya tak boleh simpan apa2 yang mengeruhkan emosi kan. Tak baik untuk kesihatan axa dan baby.

Pagi ni axa mendapat mesej dari seorang kawan yang bagi axa ..axa anggap macam kawan2 yang baik. Axa hormati dia sebagai kawan yang hebat bermain sukan kegemaran axa. Tapi apa yang menyedihkan mesej2 dia berbaur ketidakpuashatian dia terhadapat team nya yg diketuai oleh ayah baby. Apa kena mengena dengan axa.. axa bukan satu kumpulan dengannya. Malah, axa sepanjang mengandung axa tidak melibatkan diri dalam permainan ini. Ayatnya seakan mahu menyakiti hati axa. Mengugut axa.. apa semua ni. Kenapa perlu diluah kan pada axa. Jika tak berpuas hati, luah kan pada ayah baby. Bukan pada axa. Ayah baby pun sekadar menjalankan amanah sebagai ketua kumpulan. Bagi axa perkara begini memang perlu bertolak ansur sesama ahli sepasukan. Bukan dengan merungut. Axa tahu, kawan axa yang seorang ni bagus dalam permainannya. Memang ada ahli sepasukan yang tidak hebat bermain sepertinya. Tapi dlm pasukan, tolak ansur dan saling faham memahami tu penting. Kenapa berbeza benar sikap nya sekarang. Hanya kerana dia telah merasa bagus dan teratas berbanding kawan-kawan lain dalam permainan ni?

Yg benar2 buat axa sedih...semua rungutan diluahkan pada axa. Bila ditanya pada ayah baby, ayah baby kata kawan axa tuh elok je bermesej dengan dia. Tiada rungutan..tiada ketidakpuashatian. Pelik.. kenapa dengan axa dia berani begitu..jika benar dia berani meluahkan..luah kan pada ayah baby..suami axa sendiri. Dan kenapa harus disakiti hati orang yang sarat mengandung seperti axa ni? Kenapa harus axa dibebani dengan semua masalahnya?

Axa betul2 kecewa. Kawan yang axa anggap kawan yang baik, menyakiti hati dengan senangnya. Pada kawan axa tu, ingatla.. hati seorang ibu yang mengandung amat mudah terguris. Bukan nak menjadikan kandungan ini sebagai alasan, tapi ini lah hakikatnya. Apatah lagi di saat2 sedang sarat.. hormati lah perasaan axa. Axa perlukan ketenangan dalam menghadapi saat2 untuk melahirkan baby axa ini. axa perlukan sokongan dr keluarga dan kawan2 dalam menempuh pengalaman yang tidak pernah axa lalui ini. Bukan satu beban yang mengguris hati dan perasaan. Tipu la kalau axa kata..axa tidak takut untuk menghadapi saat kelahiran baby axa.. perkara hidup dan mati ini. Sememangnya axa takut, ngeri..tapi hanya semangat dan sokongan je yang membuat axa kuat dan cekal nak hadapi semua ni. Sebab itu lah seorang perempuan yang mengandung harus dijaga hati dan perasaannya. Bukan mintak terlalu dimanja atau nak mengada-ngada..tapi itu kebenarannya. Axa nak lahirkan baby yang sihat..baby yang comel.. tolong la fahami hati seorang ibu yang mengandung ini...sabar la axa... Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Monday, April 24, 2006

Cerita di hujung minggu

A'kum..

Selamat pagi di hari isnin yang damai ini. Isnin, biasalah..macam malas nak gi kerja. Tapi memikirkan tak ada kerja yang pending di office.. so rasa senang hati nak ke ofis. Hari ni axa dtg dr Klang. Hujung minggu di Klang. Sesuatu yang memang menyeronok kan. Yer la.. saper tak seronok, balik umah sendiri, lepak ngan mak ayah dan adik.

Semalam 23/4 ..hari Ahad. Axa ingat bila bukan musim cuti sekolah ni tak ada lah kenduri kahwin. Rupanya banyak la plak. Pagi-pagi mak dah ajak gi kenduri kahwin anak sepupunya. Kira dua pupu axa la.. Pastu adik lak cakap ada satu lagi jemputan utk axa, junior di sekolah axa dulu kawin yang kebetulan, kawan baik adik axa jugak. So mana satu nak pergi ni. Yang ayah baby lak, gi ke USJ, biasala..ada liga bowling. Last2 adik bagi cadangan, gi umah sedara dulu then gi umah kawan dia..bukan jauh pun. Bagus jugak, lama tak makan nasi minyak ni.

Kenduri pertama jauhnya lebih kurang 15 minit dari umah axa jer. Theme colornya biru lembut. Soft jer mata memandang, Kat sini axa dapat jumpa mak2 sedara axa yang lama jugak la tak jumpa.. hampir 3 bulan. Jumpa Uda, Ucu, Andak, Anjang. Tu semua adik beradik mak yang rapat dengan axa. Uda macam nak nangis jumpa axa. Rindu agaknya. Axa pun rasa nak nangis jugak. Uda ni agak sensitif. Kakak mak axa tuh. Dia sebatang kara, tapi tinggal dengan Pak lang axa (abang mak) lepas berpisah dengan suaminya 4 tahun yang lepas. Tak ada anak...sebab dengan suaminya pun dia berkahwin pada usia 53 tahun dan hanya bertahan selama 7 tahun. Bekas suaminya seorang duda anak 6. Dulu, mula2 semuanya ok.. tapi bila anak-anak tirinya meningkat dewasa, ada saja masalah yang timbul. Dah bukan jodohnya. Jadi pada adik beradik dan anak-anak saudara la dia menumpang kasih sayang. Axa pun agak rapat denganya. Rajin juga family axa bawak dia sekali bila we all gi bercuti. Cuma lately ni, sejak axa mengandung.. axa jarang dapat berjumpa dengan saudara mara. Happy jugak la semalam, jumpa sedara mara ni. Makcik-makcik axa ni sibuk menilik perut axa la.. teka baby ni pompuan ke lelaki. Diaorg pun rasa seronok kot.. sebab akan dapat first cucu sedara dari adik beradik perempuan diaorg. Before ni cucu sedara memang dah ramai, cousin axa (anak2 arwah paklong) semua nya dah beranak pinak. Hmm lupa lak pasal kenduri kawin ni. Ramai jugak org datang. Then makanan dia..sedap la.. dan yang best ada BEGEDIL..best nya.. axa makan 8 ketul begedil..itu pun uda yang tolong ambik kan lagi sebab malu dah ambik banyak. he..he..he..

Lepas tuh axa ngan adik gi plak ke Jeram.. kenduri ke dua. Kalau tadi biru..yang ni maroon plak tema color nya. Teringat lak axa masa kenduri axa. Maroon..cream dan gold..pilihan warna axa. Kat kenduri ni lagi la ramai orang. Oleh kerana axa dan adik dah kenyang.. so we all decide minum dan makan makanan ringan je. Rata2 axa tak kenal, yer la..bukan sedara pun. Then masuk dalam tengok pengantin.. comel plak junior axa ni bila dah makeup. Masa axa nak balik..rupa-rupanya pengantin lelaki dah sampai. Hmm segak juga orangnya. Raut mukanya ada iras2 dengan pengantin perempuan la. Itu la yang dikatakan jodoh kan. Bila tengok majlis berarak tuh, axa cuba nak ingat saat2 axa berarak dulu. Hmm.. ingat tak ingat la plak..masa tuh rasa cepat sangat. Axa pun kelam kabut.. kalau tak silap..axa sedang terleka mendengar nyanyian ...pastu tiba2 je ada paluan kompang. Kelam kabut axa masa tuh..kasut tak pakai lagi...bunga utk dipegang pun leh tercicir. Sian ayah baby masa tuh..tunggu lama sikit kat tengah panas..entah.. masa tuh hati pun rasa macam-macam. Kelakar la plak ingat balik masa tuh... hmm kalau diingat balik semua yang berlaku masa perkahwinan axa.. ada part sedih..ada part kelakar. Biasa la kan.. tapi as org yang mengalami semua tuh, hanya tuhan je yang tahu perasaan axa masa tuh.. he..he....

Tapi yang nyata..axa happy semalam.. gi dua wedding.. pastu mak lak masak macam2.. pagi nasi lemak, petang laksa.. pastu ada kuih lopes.. pastu pagi ni sebelum gi kerja..ada roti canai dan bubur jagung... gemuk la..ayah baby...he..he..he.

Saturday, April 22, 2006

Kerajinan di hari Sabtu

A'kum..

Hari ni hari Sabtu. Hari untuk berehat-rehat. Apatah lagi macam axa ni kan..perlukan rehat yang cukup. Tapi hari ni axa rasa rajin sangat. First thing yang axa terfikir nak buat ialah memasak. Pagi-pagi perut dah lapar. Baby dah bergerak-gerak mintak ibu dia makanan kot. Sian baby..kejap ye..ibu fikir apa nak masak hari ni. Axa masuk dapur, banyak barang dapur yang tak ada...maklumlah lately ni jarang memasak. Bawang pun tinggal sebijik jer. Roti pun tak ada. Bukak kabinet, nampak maggi...hmm apa yang boleh dibuat yer. Setakat masak maggi biasa.. x nak la..axa pun bukan suka sangat makan maggi. Finally, axa terfikir nak masak pizza maggi. Senang je, kena ada telur dan maggi. Then axa campur kan daging burger yang dah ada kat umah ni... sedap jugak.. ayah baby ni pun kata ok..pass...pagi ni.

Sambil-sambil axa buat minit mesyuarat kelab boling axa, kepala dah terfikir nak makan apa tengah hari. Tiba2 rasa nak makan mee hoon sup dan begedil..sedapnya. Axa ni bukan la pandaio masak sangat. Tapi kalau dah ada mood...boleh aja. Axa masuk ke Internet utk cari resepi buat mee hoon sup dan begedil..yes! dapat.. Kul 12.30 axa keluar ke giant.ala dekat je...kat bawah ni.. ayah baby ni pun cam rajin hari ni...dia kemas dapur + vakum ruang tamu.. yer la..kena la tolong-tolong kemas rumah. Harap axa sorang yang tengah sarat ni, berhabuk-habuk la rumah nampaknya.

Pukul 1 lebih, axa mula masak.. satu-satu axa buat... kalau mak tengok ni sure terkejut...anak dia masak mee hoon sup. Dulu axa tak pernah tolong mak masak. Masa bujang duk umah sewa pun x pernah masak. Axa prefer masakan mak yang memang sedap sangat. So bila balik hujung minggu sure nak rasa masakan mak kan... then lama2 jadi malas nak masak..sampai la kawin.. axa sedar, as a wife kena la pandai masak kan. Takkan asyik nak makan luar jer. Finally.. masakan axa menjadi. Ayah baby pun tersenyum tengok axa dah siap masak. Nampak sedap la pulak. Hmmm sedap rupa-rupanya. Tak apalah...masuk bakul angkat sendiri. he..he..he.. kenyang betul hari ni. Penat pun ada. Ye lah orang mengandung kan...Tapi memang puas hati, sebab makan masakan sendiri.

Petang ni axa nak berkemas-kemas.. malam ni ada meeting kelab boling, pastu nak balik Klang.. rindunya kat mak, ayah ngan adik. Esok sure mak masak best2 nya....baby pun suka kan balik rumah tok...yahooooooo!!!!!!

Friday, April 21, 2006

Cerpen - Kembali (Part 2)

Bab 2

“ So you macam mana?” tanya Fuad tatkala melihat Adlina yang dari tadi hanya berdiam diri diselahnya.
“Adlina, apa yang you fikirkan ni?”
“Hmmm. I am sorry sayang,” Adlina agak terkejut. Memang dia agak mengelamun.
“Apa yang you tanya tadi?” Adlina cuba mengambil hati Fuad yang sedang memandu.
“I tanya, you macam mana sekarang ni. Ye lah sejak I ke London,” jelas Fuad.
“Oh… I ok. Cuma…” kata – kata Adlina terhenti.
“Cuma apa sayang?”
“I teringat pada Ain.” Balas Adlina ringkas.
“Ain?” Fuad seakan terkejut mendengar nama yang memang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.
“Hm.. my patient. Baru sedar 3 hari. Dah sebulan dia koma. Otaknya mengalami gegaran. We all baru tahu namanya Ain,” jelas Adlina.
“Hmm.. ok. But kenapa kali ini you terlalu concern pada pesakit you sampai I pun you tak layan.” Tanya Fuad.
“Sorry sayang. I bukan tak nak layan you. Actually I kasihan pada dia. Baru umur 10 tahun ibunya dah tiada. Mereka accident. Ibunya terkorban. Sampai sekarang kami tak tahu nama ibunya. Tak ada pengenalan diri langsung. Dan sekarang ni kami tak tahu siapa waris Ain. I pun tak tahu kenapa I rasa sedih bila tengok muka Ain.” Terang Adlina.
Fuad hanya mendengar. Dia faham perasaan tunang nya itu. Adlina seorang doktor muda yang begitu di senangi oleh ramai pesakit mahupun staff.
“Anyway I hope you boleh handle this case. But jangan ikutkan perasaan sangat ya,” Fuad menenangkan Adlina sambil tangan kirinya mengusap jari Adlina. Dia tidak mahu gadis yang bertakhta di hatinya itu sugul.
“Sorry sayang. I tak patut macam ni. You baru balik dari London. Tiba-tiba you tengok muka I macam ni kan.” Adlina terasa bersalah.
“It’s ok. I understand. I’ll always with you. But you must take care of yourself.” Balas Fuad. Kereta yang dipandu Fuad membelok ke sebuah restoran makanan laut.
“Ibu… ibu…. Mana ibu…..Ibu….. jangan pergi bu..” kedengaran suaran Ain memanggil ibunya. Adlina yang terlelap menjaga Ain terjaga dari tidurnya. Menurut jururawat yang menjaganya sejak dia pulih dari koma, hampir setiap malam Ain akan mengigau bertemu ibunya. Dan malam itu Adlina menganbil keputusan menjaga Ain.
“Ain, bangun Ain,” Adlina cuba menenangkan Ain
Ain terjaga dari tidurnya. Dia memandang ke sekelilingnya. Peluh membasahi tubuhnya. Airmatanya bergenang. Dia terus memeluk Adlina.
“Doktor, Ain takut.” Ain masih tersedu sedan.
“Ain, jangan takut. Kan doktor ada kat sini.” Adlina memujuk Ain
“Doktor, mana ibu Ain. Ain takut sorang-sorang. Ain takut tak ada ibu. Kenapa orang ambil ibu Ain,” anakkecil meronta lagi.
Air mata Adlina tumpah. Dia terlalu sedih melihat keadaan Ain.

Selesai makan tengah harinya dengan Fuad, dia segera kembali ke hospital. Sebenarnya, bukanlah rutinnya makantengah hari bersama Fuad kerana dia sering sibuk dan pejabat Fuad juga agak jauh dengan hospital tempat dia bertugas. Cuma kebetulan Fuad terpaksa ke tapak pembinaan yang berhampiran dengan hospital. Dan Fuad pastinya tidak akan melepaskan peluang utk bertemu Adlina
“Doktor, Ain nak jumpa doktor. Dia nampak agak segar hari ini,” seorang jururawat memberitahu Adlina sejurus Adlina hendak masukke biliknya.
Adlina tersenyem melihat Ain yang menunggunya di katil di biliknya.
“Hmm.. Ain sihat hari ni?” tanya Adlina.
“Sihat Doktor.” Balas Ain.
“Doktor, Ain nak cerita dengan Doktorlah.”
“Nak cerita pasal ibu Ain.” Terang Ain.
“Ceritalah, doktor nak dengar,” sengaja Adlina memberi semangat. Ain masih belum pulih sepenuhnya. Dia amat sukar mengingati apa yang berlaku dalam hidupnya. Dia hanya mengingati namanya yang pendek.
“Doktor nak tahu tak. Ibu Ain cantik macam Doktor. Doktor pernah jumpa ibu Ain?” Ain seolah –oleh gembira menceritakan perihal ibunya.
“Siapa nama ibu Ain?” tanya Adlina kerana dia ingin benar mengetahui nama ibu Ain supaya mudah untuk dia mencari warisnya.
“Nama ibu?” Ain agak terkejut. Dia cuba berfikir.
“Doktor, Ain sakit kepala,” tiba-tiba Ain mengadu kepalanya sakit. Adlina segera menenangkan Ain. Dia tahu Ain sakit kepala kerana cuba mengingati sesuatu.

Sudah hampir seminggu Ain di letakkan dibawah penjagaan pusat kebajikan masyarakat. Telah banyak usaha yang dilakukan bagi mengesan waris Ain, namun semuanya tidak mendatangkan hasil. Akhirnya pihak hospital terpaksa menyerahkan Ain ke pusat kebajikan masyarakat dan Ain kini tinggal di sebuah rumah anak- anak yatim.
Adlina bosan. Biasanya setiap hari dia akan ke bilik Ain. Mendengar Ain berceloteh. Walaupun dia masih gagal mengingati memori silamnya, namun dia petah berbicara. Dia selalu berbual dengan Adlina. Sehinggakan Adlina berasa begitu rapat dengan Ain seolah- oleh mereka mempunyai pertalian darah. Air mata Adlina menitis lagi mengenangkan Ain Nur Atikah Abdullah, nama baru Ain yang telah didaftarkan semula memandangkan dokumen rasmi Ain tidak di temui.
bersambung...

Thursday, April 20, 2006

Tak mungkin ku lupa....

A'kum..

Pagi khamis 20 April yang mendung ni menyebabkan axa rasa mcm malas je nak gi kerja. Semalam dah cuti sehari. Seronok berehat di rumah. Semalam juga axa jumpa dengan baby yang ada dlm perut ni. Biasa la check up dua kali sebulan. Doktor ukur tumbesaran baby ni. Semakin membesar! Sama cam perut axa juga, makin besar dan makin berat rasanya. Normal la kan org mengandung. Sempat juga doktor scan pada muka baby.. walaupun hanya nampak pada skrin hitam putih, tapi axa bersyukur, nampak mata, hidung, mulut.. mudah-mudahan baby axa ni sempurna dan comel macam ibu nya..he..he.he.. sayang kat baby. Tak sabar rasanya nak jumpa baby. Dah 32 minggu..so dalam sebulan lebih saja lagi. Sabar ye axa. Kalau ikut due 40 minggu, tarikh baby dijangka keluar 15 Jun, tapi doktor kata normally 37-38 minggu tu dah cukup matang. So seawal bulan Jun pun baby boleh keluar....he..he.he..

Hari ni tarikh 20/04.. kalau ikut kalendar org putih kita ni.. ulang tahun kelahiran nabi muhammad s.a.w. Axa tak lupa sebab dlm lagu nasyid ada sebut..."20 april tahun gajah..bermula la sebuah kisah".. tu lagu tentang kelahiran nabi muhammad.. dulu masa zaman kecik2.. rajin juga axa masuk nasyid. Baru-baru ni masa sambutan maulidurrasul 12 rabiulawal.. Siti Hurhaliza pun ada nyanyi lagu ni masa persembahan sempena malam maulidurrasul...lagu ni tak lapuk dek zaman.. mudah-mudahan..baby axa ni pun leh tahu lagu ni bila besar nanti. Penting ni... sejarah agama islam! Mana boleh lupa...

Tarikh hari ni juga.. mengingatkan axa pada dua tahun yang lalu. Kenangan manis axa bersama seorang kawan. Kenapa axa ingat? Sebab tarikh tuh special..20.04.2004. Cantik kan.. dan kebetulan masa axa jumpa kawan axa ni pada pukul 8 malam.. so bila tengok jam pukul 20 04 minit, 20.04.2004. Kawan axa ni pun special juga. Kawan yang selalu buat axa senyum..dan kadang2 dia jugak yang buat axa menangis atau sedih. Biasa la..kawan ketawa juga menangis. Setelah dua tahun berlalu... axa masih berkawan dengannya. Walau pun banyak yang telah berubah dalam dua tahun ini, axa tak pernah lupa semua kenangan dengannya. Walaupun sekejap.. tapi axa hargai sangat. Hanya tuhan je yang tahu, betapa ikhlasnya axa berkawan dengan dia. Mudah-mudahan dia faham dan mengerti, sahabatnya di sini tidak pernah lupa padanya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupnya..

"aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu..aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu"

200420042004 BEE in memory...

Monday, April 17, 2006

Perasaan yang berubah-ubah


a'kum...

Hari ni Isnin..biasa la..pemulaan minggu baru, rasa malas je nak gi kerja. Lagi pun sisa kepenatan axa belum hilang. Semalam, kelab boling axa buat tournament. So as organizer, agak sibukla sikit even tak main. Tangan ni rasa gatal jugak nak membaling tapi tak apa, tunggu dlm 3 bulan lagi, InsyaAllah axa akan kembali beraksi. Rindu benar pada sukan kegemaran axa ni.






Sejak dua menjak ni, bila kandungan masuk 8 bulan, macam2 yang axa rasa. Normal ker yer? Ni experience pertama. Paling ketara, emosi dan perasaan yang berubah-ubah. Axa lebih cepat rasa sedih, tersinggung..hmmm.. Sepanjang minggu lepas je, axa jadi terlalu sensitif dengan persekitaran axa. Kadang-kadang mudah marah pun ada. Adei.. banyak betul dugaan orang mengandung ni. Kena terlalu banyak bersabar dan memahami persekitaran. Tapi yang peliknya, kenapa persekitaran axa macam tak memahami axa ni sedang mengandung? Ada jugak yang mengambil kesempatan atas kebaikan yang axa buat. Takkan ibu mengandung ni je yang harus banyak bersabar atas kerenah orang. Hmm.. jangan mengeluh axa..ni la resam dunia. Ada masa kite gembira, ada masa kite sedih. Tapi memang betul la kata pepatah..kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis... hmm saper la nak nangis ngan kite yer...he..he..he.. kalau time susah ..kena la sorang-sorang. Stress je..relaks ..relaks...sian kat baby, kalau ibu dia stress...cool...cool... hmmmmmm bawak2 bersabar je la....

Thursday, April 13, 2006

Lamanya tak bersua

A'kum

Fuh.. bukak balik blog ni..banyak betul sarang labah2. Lama tak menjenguk dah. Posting2 lama pun terpaksa delete. Tak valid dengan citer semasa. Lama tak menulis. Sampai dah tak pandai rasanya nak mengarang ayat. Tapi tak apa. Leh cuba balik, sebelum bercuti lama tak lama lagi. Harap2 cuti 2 bulan nanti blog ni leh la teman kan axa.

Nak citer apa ek. Oooo nak citer pasal baby. Ni dah masuk 31 minggu makhluk kurniaan Allah bernafas dlm perut axa ni. Tiap2 hari, makin lama makin aktif baby yang masih tak diketahui jantina nya. ATAN ke ATUN agaknya. Ayahnya yang tak nak tahu.. bior surprise katanya. Sabor je la axa ni. Beli barang2 baby pun semua color universal..bior pompuan ke laki ke..boleh pakai. Tapi kalo pompuan pun axa tak nak beli color pink. Axa tak minat pink. Rasa cam geli2 jer. So far ada la shopping barang2 baby sikit. Ada jugak pakai anak sedara nya barang. Yer la..baby ni cepat besar. Pakai nye pun kejap. Jimat sikit..he..he..he..

Sekarang ni every two weeks kena gi check up. Hmm kalau dulu sebulan sekali cost about RM 100 ++. Ni dah dua kali sebulan. Tak apa la.. baby punyer pasal. Lagi pun ni my first experience..So berabis sikit apa salahnya kan. Dah makin dekat ni.. rasa tak sabar nak jumpa baby ni. Malam2 dia mengacau axa tido. Tiap2 satu jam mesti terjaga. Mana taknya, dia ni rajin tekan pundi kencing axa la.. asyik ke toilet jer. Tido pun memang dr awal 4 bulan dah kurang selesa. Kiri kanan perut kena ada bantal menyokong. Kalau tak rasa tak best langsung tido. Teringat kat mak yang pernah mengandung kan axa ngan adik. Cam ni la rasanya ibu mengandung, Patutlah syurga tuh letaknya kat tapak kaki ibu kan. Sebab kepayahan yang ditanggung diterima dengan rasa kasih sayang demi untuk anak yang dikandung. Aduh..sadis la plak.. tapi memang la...axa ni pun dah start terasa ada naluri seorang ibu. Rasa sayang sangat kat baby dlm perut ni. Suka ckp2 ngan dia and dia pun bagi respon baik. Tendang sana sini. Yer la..nak berckp mana la kite ni dengar kan. Tendang menendang je la respon dia. Satu je la yang axa harap..bior le baby ni selamat lahir ke dunia ni. Tak sabor nak jumpa baby. Belum jumpa pun axa dah start rindu kat baby. Kalau dia diam je..axa risau sangat..rindu sebenarnya pada baby.Kan baby kan kan kan.....mesti baby tengah senyum. he..he..he.

ok la. lain kali sambung lagi. Banyak yang leh dicerita pasal baby ni kan...