Friday, January 28, 2011

Persatuan Ibu Bapa

Hari ni hari terakhir bekerja di bulan Januari. Lepas ni saya akan bercuti 9 hari.. best nyer. Perkara yang sama saya ceritakan pada Aszra pagi tadi. Dia pun macam happy la kan especially bila bagi tahu, kami akan balik ke Mersing on 2 Feb nanti.

Pagi tadi seperti biasa Aszra ke sekolah. Ada jugak lah rengekan2 nak suruh saya tunggu la. Tapi bila sampai sekolah, ok je nampaknya. Lepas keluar dari sekolah, nampak dua tiga orang ibu bapa duduk kat luar berborak. Saya pun join la kan. Semuanya nak tunggu tengok anak exercise. Memang rutin di situ, pagi-pagi pukul 8, semua student akan berhimpun, menyanyi lagu negaraku, buat exercise dan menyanyi sebelum masuk kelas. Saya pun decide untuk tunggu kejap. Maklumlah.. nanti Aszra tengok ibu2 lain ada.. ibu dia tak ada, risau pulak saya dia complaint pulak. Sementara tunggu pukul 8 tu, berborak2 la kami ibu bapa ni. Macam buat mesyuarat persatuan ibu bapa pulak. Masing-masing cerita kerenah anak2. Ohh.. saya ingat Aszra saja yang menghadapi masalah nak ke sekolah. Ibu-ibu lain pun sama. Ada yang pagi ni menjerit tak nak pergi school la. Macam-macam..

Minggu ni hari tu, Aszra buat perangai lagi.. menangis tak nak pergi sekolah. Tapi pergi sekolah. Dia kata dia takut teacher. Rupanya class teacher dia jenis yang strict. Tapi dia kata teacher tak pernah marah dia.. cuma dia takut bila tengok kawan lain kena marah. Bila ditanya kenapa kawan lain kena marah.. sebab dioarng main-main especially budak lelaki. Aszra ni kecut perut rupanya.. Saya siap dah jumpa principal dan class teacher dia dah.. Class teacher dia kata.. memang Aszra tak pernah ada masalah dan tak kena marah pun. Malah, kat situ Aszra dah dilabel sebagai budak yang paling ramah, suka bercerita dengan teacher2 dia. Sabor jer.. ikut sapa lah tu suka bercerita...eheheh. Kat mengaji pun ustazah cakap yang sama.. dia suka citer pasal diri dia, pasal adik,.. sampai ustazah kata, kalau ada pertandingan bercerita, nak suruh Aszra masuk la..ehheheh.

Actually memang bagus, kalau kita kenal ibu bapa kawan2 anak kita kan. Saya dah kenal almost semua ibu bapa class mate Aszra.. ala, kelas dia pun ada 10 orang je..ehehe. So, kalau ada masalah, saya boleh rujuk pada mereka. Saya rasa, level tadika pun memang patut ada persatuan Ibu Bapa la....ehehehh

Monday, January 24, 2011

Kenapa saya berblog?


Pagi ni on the way ke office biasalah dengar radio kegemaran kami, hot.fm.. Pagi ni citer pasal blogger yang boleh jana income sampai 12k.. ehhehe. memang ada pun... pastu ada sorang blogger glamer ni, Redmummy pun diaorang call citer pasal blog. Tak dinafikan zaman sekarang ni ramai giler orang yang ada blog. Senang je nak jadi blogger zaman sekarang ni. Just sign up than follow je template yang ada. Lawa-lawa pulak tuh.. Lepas tu tulis la apa yang nak ditulis..


Actually, saya mula berbloging ni since tahun 2003 lagi. Masa tu Blogger.com ni tak lah secanggih sekarang. Dulu semuanya nak kena buat sendiri. Kena tahu bahasa HTML. Kena edit thru HTML. Pastu nak upload gambar mana boleh simply letak dalam blogger.com sebab diaorg tak provide space utk gambar. Jadi kita kena upload gambar kat mana2 site yang boleh letak gambar then letak link gambar tersebut pada kod html. Susah kan.. sebab tu masa tu saya pun kurang nak letak gambar. Lagi satu pun, zaman tu, gambar digital pun tak banyak lagi. Sebab utama saya berblog pada hujung 2003 dulu semata-mata untuk sahabat saya Illa yang meninggalkan saya untuk sambung study ke Utara Tanah Air. Saya buat blog tu agar dia boleh baca luahan hati saya.. dan boleh tengok gambar2 kami sama2. Blog tu dah tak ada dah sekarang.. saya pun tak sure mana pergi dah. Then, tahun 2005 saya sambung balik.. tapi tak lah kerap sangat saya update. Pastu bila dah dapat anak tahun 2006, baru lah saya secara aktif update blog. Masa tu Blogger.com pun makin canggih. Sangat senang nak upload entry dna gambar. Cuma masa tu saya rajin ubah layout saya.. saya design sendiri dan tak ikut template yang sedia ada.

Sekarang ni, jika ditanya kenapa saya tulis blog? Hmm.. Lumrahnya, saya memang suka bercerita. Jadi blog ni salah satu wadah tempat saya meluahkan cerita saya. Mostly cerita kehidupan saya, keluarga, anak-anak dan kawan2. Tapi bagi saya berblog ini biar ada hadnya. Jarang sekali saya meluahkan rasa kesedihan atau kekecewaan saya di sini, terutamanya kisah rumahtangga. Bagi saya perkara sebegitu tidak layak dipamer dikhalayak ramai. Namun begitu, cerita anak2 dan pengajaran2 yang boleh dikongsi bersama tidak salah untuk dipaparkan. Contohnya kisah anak sakit atau tak mahu ke sekolah. Dari entry sebegini boleh la kita berkongsi pengalaman mcm mana nak handle jika terjadinya perkara sedemikian.

Kisahkah saya samada ramai ke yang melawat blog saya atau blog saya sebenarnya tiada pengunjung? Actually saya tak kisah pun, malah saya tulis blog bukan untuk meraih ramai peminat atau pembaca. Tapi kalau nak baca dan berkongsi pengalaman dengan saya, apa salahnya.. Saya tahu sekarang ni blogger pun boleh jadi ala2 celebrity kan.. Tapi saya tidak.. saya tahu pengunjung blog saya boleh dikira dengan jari. Antara tujuan lain saya tulis blog juga ialah untuk rujukan saya sendiri. Kadang2 bila nak mengimbas certain2 peristiwa, saya akan ke blog saya untuk tengok bila tarikh2 penting.. apa yang terjadi.. so, tak apa lah kalau blog saya tak ada orang baca...heheheh. Nanti tunggu Aszra dan Asyif besar boleh la mereka baca blog itu yang seberapa ni. Banyak pun citer pasal dua buah hati tu jugak kan...


So, dalam berblog ini, masing2 ada tujuan masing2. Ada matlamat masing-masing. Kalau dah boleh sampai menjana income, why not kan.. rezeki jangan ditolak.. So, tepuk dada..tanyalah jari tu nak taip apa...ehehehh


p/s: Hari ni saya betul2 menangis baca blog Doa Buat Alanna (lepas dengar pemanggil hot.fm bagi tahu pasal blog ni..). Sangat terharu dan sedih.. Semoga ibu dan ayah adik Alanna tabah menghadapi ujian Allah.. Al-fatihah..

Friday, January 21, 2011

Am I Mentally & Physically Prepared?


Bunyi tajuk entri macam menakutkan je.. tapi tak ada apa sebenarnya. Sebelum tu, nak update citer anak dara saya. Alhamdulillah, pagi ni mudah saya nak siapkan dia ke sekolah. Berkat usaha + doa + tawakkal kepada Allah..Syukur sangat2. Dalam minggu ni pun, rajin sungguh dia ulangkaji membaca buku yang sekolah dia bagi. Tenang hati saya memikirkannya. Saya bukanlah mengharap anak saya menjadi best student atau cemerlang sentiasa (kalau rezeki dia Alhamdulillah la..) tapi cukup lah dia happy nak pergi sekolah, nak mencari ilmu. Ni kalau dari awal dah tak ada mood, macam mana ilmu nak masuk. Ya Allah, mudah-mudahan kekal lah Aszra begitu..

Ok, bercerita tentang mentally dan physically prepared.. actually saya dijemput kembali untuk beraksi dalam sukan kegemaran saya, bowling. Oh.. lama nya saya meninggalkan sukan itu. Sejak melahirkan Asyif seingat saya sekali je saya main bowling.. Itu pun, punyer la teruk performance saya. Saya telah dipanggil semula oleh team lama saya untuk join Ladies League di Pin Junction, Cineleisure, Damansara. Sebelum mengandung memang saya dah join for 3 years. Untuk tahun 2011 ini, lepas berbincang dengan En Asrof, saya akan beraksi kembali malam ini. Liga ni setiap Jumaat. Apa yang membimbangkan saya ialah.. saya belum cukup bersedia untuk beraksi di Liga. Maklumlah.. dah setahun lebih tak main liga ni. Tapi En Asrof selalu bagi sokongan.. dia kata, its ok memula ni teruk, tapi kena sentiasa belajar. So, saya sahut cabaran ini sempena tahun 2011 ni. Kalau Aszra boleh cekal hati ke sekolah, saya sebagai Ibu dia mestilah lagi berani menyahut cabaran ni kan.. Good Luck untuk diri saya sendiri....

Monday, January 17, 2011

Surah Taha & Doa Nabi Daud

Alhamdulillah hari ni Aszra ke sekolah. Tapi pagi tadi merengek2 jugak dia. Payah jugak. Tapi lepas saya pujuk2.. elok la pulak. Terus ja macam happy. Saya janji akan tunggu sampai kawan baik dia Hana sampai. Nasib baik lah si Hana tu memang sentiasa sampai awal. So, masa saya hantar tadi, terus dia kata, ibu balik la.. Lapang dada saya..

Khamis lepas Aszra tak ke sekolah langsung. Saya betul2 runsing. Risau mengenangkan anak dara saya tu. Saya dan en Asrof pun terkejut dengan perubahan mendadak nya. Padahal dia lah yang sangat excited nak ke sekolah. Tiba2 masuk hari ketiga dah tak nak pergi pulak. Itu yang membimbangkan kami. Bila ditanya apa yang dia takut.. dia jawab tak tahu.

Setelah puas usaha memujuk tidak berjaya, saya tahu, hanya pada Dia saya perlu memohon. Sememangnya setiap hari selepas solat doa tidak putus2 untuk anak dan keluarga saya. Tapi kali ini saya perlu mencuba lebih lagi. Alhamdulillah...hasil dari browsing di Internet, saya dicadangkan untuk mengamalkan membaca surah Taha ayat 1-5 dan menggunakan doa nabi Daud. Sejak hari Khamis tu, saya mula amalkan. Saya bacakan surah dan doa itu ketika Aszra sedang tidur sambil saya usap ubun2 dan dadanya. Pagi Jumaat, ketika dia meronta tak mahu pakai baju, saya peluk dia dan bacakan surah Al-Insyirah.. Lepas tu saya doa lagi dengan doa nabi Daud tersebut. Alhamdulillah... atas kuasa Allah yang Maha Mengasihani, Aszra makin lembut hatinya dan terus nak ke sekolah. Sungguh saya bersyukur. Dia balik dari sekolah pun dengan perasaan happy je.. Terima kasih Ya Allah.

Sepanjang hujung minggu, Aszra tak pernah sekali pun kata dia tak nak pergi sekolah dah. Malah, dia lebih excited dengan buku2 yang dia bawak dari sekolah. Kalau tak, beg sekolah pun dia tak nak pandang.. Pagi ni pun sama, mula2 dia mcm tak nak pergi.. saya bacakan berulang kali, dan saya berserah pada Allah...sekali lagi Alhamdulillah, dia menurut kata. Allahuakbar.. sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Mendengar.. Insaf saya dengan pertolongan Allah.. Hanya pada Dia lah tempat yang layak untuk kita pohon kebaikan... Semoga Allah terus mengasihi anak2 saya.. keluarga saya... Alhamdulillah....

Doa Nabi Daud :
"Ya Allah, Kau lembutkan lah hati anakku (nama anak), sebagai mana Engkau melembutkan Nabi Daud ke atas besi ". baca sambil usap dada anak.

Tuesday, January 11, 2011

Bila Aszra tak nak ke sekolah

Sukar nak mengambarkan perasaan saya dua tiga hari ni bila anak kesayangan tiba2 tak nak ke sekolah. Siapa lagi kalau bukan Aszra. Minggu pertama dia ok je. Balik sekolah excited tunjuk aktiviti mewarna dia. Masuk hari ke empat, dia mcm merengek... katanya dia lukis castle tak cantik. Memang la tak cantik.. Aszra kan baru belajar melukis. Hujung minggu pulak... almost setiap masa dia akan sebut yang dia tak nak pergi sekolah. Aduhaiiii...
Semalam, Isnin.. bangun pagi tak mandi.. tapi berjaya saya mandi dan pakaikan baju. Dia mintak saya tunggu di sekolah.. Saya tunggu lebih kurang setengah jam.. dan kemudian bila tengok dia beratur masa exercise tu dia dah ok..saya tinggalkan. Masa tu la saya dengar dia menangis panggil "Ibuuuuuuuuuuuu...". Sebak dada saya.. tak tenteram jadinya. Tapi teacher kata biarkan mereka yang handle.. lama2 biasa la. Balik semalam saya yang jemput.. bergegas2 saya dari ofis balik ke Setia Alam.. Alhamdulillah tengok dia tak menangis, tapi mukanya kelat.. Langsung tak excited. Tapi teacher kata dia ok kat kelas.. buat kerja semua ok. Tapi apa yang menakutkan saya berlaku lagi hari ni. Pagi ni langsung tak nak pakai baju... Kali ni bagi en Asrof pulak yang handle.. Tak sure apa yang dia cakap kan, dia nak pulak pakai baju. Tapi sampai kat sekolah, start menangis balik. Setengah jam en Asrof kena slow talk dengan dia. Finally pass pada teacher jugak.. Kali ni jerit "Ayahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh". Saya tak tahan la tengok anak saya macam tu. Setiap kali tanya kenapa, dia kata dia takut. Puas kami tanya dia takut apa... takut teacher marah/pukul ke.. atau takut friend ke.. semua nya tak. Cuma dia keep repeating dia takut dia tak tahu nak buat kalau teacher suruh buat.. semuanya bermula dengan lukisan castle dia yang tak cantik tu. Dia kata dia tak pandai... Puas kami dan teacher2 nye kata "its ok..." tapi dia mcm tak puas hati.. Sometimes Aszra memang mcm tu. Apa saja yang dia buat, dia nak buat sampai perfect. Kalau tak, dia rasa dia gagal....
Saya agak stress jugak 2-3 hari ni dengan telatah Aszra. Saya juga kena get ready dengan pelbagai kemungkinan yang bakal saya tempuh nanti. Tapi sib baik, En Asrof seorang yang sangat tenang dan positif dalam menangani hal ni. Bila saya stress, dia la yang tolong cool kan saya. Pagi ni on the way ke ofis, kami berbual.. cuba mencari langkah2 terbaik untuk Aszra. Sama2 la berdoa agar Aszra tenang hati nya untuk ke sekolah..

Wednesday, January 05, 2011

Atak.. Atak

Oh.. malam tadi secara rasmi Asyif memanggil Aszra dengan panggilan "Atak". Banyak kali dia panggil ..pastu kerja dia asyik mengekor mana akak dia pergi. Dah dua word yang clear di sebut oleh Asyif. Perkataan pertama yang dia pandai sebut semestilah 'ibu'.. Pantang nampak saya, mesti akan sebut "ibu...ibu...". Alhamdulillah, Asyif dah pun mencecah 11 bulan. Jalan pun dah laju. Tapi terkengkang2 la kan.. Berdiri sendiri tanpa berpaut kat meja pun dah boleh. Perkembangan Asyif memang agak cepat dari Aszra. Tak apa la.. asalkan dua2 anak saya sihat, saya dah cukup bersyukur...InsyaAllah..20 Februari 2011, kami akan buat kenduri Aqiqah + birthday party Asyif yang pertama..

Monday, January 03, 2011

Hari Pertama

Hari ni saya dan en asrof bercuti.. esok pun saya cuti juga.. cuti sebab hari ni hari pertama aszra pergi sekolah tadika. Hehehhe. Blog ni pun x berusik dah seminggu. Resolusi tahun baru pun saya tak sempat tulis..tak pa, tulis lewat sikit. Busy sikit dengan proses makeover rumah...ehhehh. Sejak Sabtu, kami sekeluarga buat wall covering, mengecat dinding.. memang lain dah rupa luaran rumah Kami tu. Nanti la, saya post gambar2 rumah lepas makeover. Ada lagi beberapa project yang belum siap..

Berbalik pada cuti hari ni... kami menghantar aszra ke sekolah tadika. Seperti dlm entri lepas saya.. kami pilih tadika Nuri.. Tak jauh dari rumah dan ada reputasi yang baik.Alhamdulillah, pagi tadi senang Aszra bangun pagi, mandi, breakfast..risau juga saya kalau dia susah bangun. Kelas start pukul 8 sampai 12 tengah hari. Tadi masa saya tinggalkan, relax je muka dia.. Harap2 Aszra dapat belajar dengan baik la...