Monday, September 27, 2010

Pencarian Itu Berakhir

Saya telah mula survey tentang tadika Aszra sejak dia berumur 3 tahun lagi, sejak dia mintak untuk dihantar ke school. Oleh kerana saya tidak mahu Aszra ke sekolah seawal 3 tahun, maka saya masukkan dia ke Tumble Tots sepanjang tahun 2009 dan kini dia saya hantar ke YAMAHA Music School. Alhamdulillah.. dia di Grade Dua Yamaha Junior Music Course yang mengambil masa 2 tahun. Aszra kini boleh membaca note basic dan bermain dengan piano tetapi masih basic. Alhamdulillah..

Tahun depan Aszra akan mencecah 5 tahun. Sudah tiba masanya kami menghantar dia ke sekolah. Sebelum ini hanya home schooling dengan saya je.. Dia dah mengenal dan menulis ABC, numbering dan juga buat proses penambahan dan penolakan. Begitu juga mengaji, dah masuk ke buku Qiraati 2. So, dalam sebulan dua ni saya membuat survey secara active tentang tadika2 yang ada di sekitar Setia Alam. Macam2 ada. Smart Reader (SR), NURI, Little Caliph (LC), Q-Dees, Cambridge, KUMON, ENOPI dan berpuluh2 tadika biasa. Pening kepala saya nak pilih. Final lists saya ialah LC, SR, dan NURI. Tapi setelah macam2 pertanyaan dan lawatan yang saya buat, kami suami isteri memilih tadika NURI. Sebenarnya mana2 pun sama, kerana setiap tadika yang saya lawati mempunyai kaedah pembelajaran dan sistem yang bagus dan semuanya sudah terkenal. Tetapi antara ciri utama yang menjadi pertimbangan saya ialah..


1. keselamatan anak saya dibawah jagaan tadika tersebut (terdapat tadika yang tidak mampu menjaga semua pelajar.. ada jiran yang anak2 balik dengan berdarah2 la.. sebab bergaduh).

2. Jumlah pelajar dalam kelas.. NURI limit kan satu kelas 12 orang sahaja compare LC yang mempunyai jumlah pelajar 20 orang untuk seorang guru. Ini penting supaya guru dapat fokus pada pelajar..

3. Bahasa pengantar nya ENGLISH.. anak saya sudah fasih berbahasa melayu, jadi saya mahu dia mampu fasih berbahasa inggeris..so, sekolah adalah tempat paling sesuai memandangkan di NURI, mereka tidak menggunakan bahasa melayu kecuali subjek bahasa melayu.

4. Mempunyai subjek pendidikan agama islam. (niat awal saya ingin hantar Aszra ke tadika yang islamic tetapi setelah disurvey dan ditanya2.. tadika tersebut tidak menepati ciri-ciri 1-3 di atas. InsyaAllah, menjadi tanggungjawab saya dan suami untuk mendidik Aszra dengan pegangang agama.

5. Yang penting ASZRA SUKA. Ya. Dia pun memilih NURI tanpa ada hasutan atau paksaan..


So, selepas setuju dan mengambil kira semua aspek, minggu lepas, kami registerkan dia. Yuran pendaftaran.. hmmm.. macam nak daftar master degree la... RM 1560 .. Monthly pulak RM 240. NURI agak mahal sikit compare to LC dan SR di Setia Alam ni.. Bagi yang belum mengenal NURI boleh masuk ke website nya.. http://www.nuri.com.my/. Tadika ini sangat popular di JB. Kaedah pembelajaran berasal dari Singapore. Di Selangor baru ada 3 branch, Setia Alam, Puchong dan Seksyen 7 Shah Alam. Saya dan suami memang lega... sebab pencarian kami bab2 kindergarten dah pun tamat.. tunggu Aszra nak masuk sekolah je..

9 comments:

proudmummy said...

WOW... SERONOKNYA.... nanti share perkembangan aszra kat sekolah yer... boleh share2 dgn kami...

proudmummy said...

WOW... SERONOKNYA.... nanti share perkembangan aszra kat sekolah yer... boleh share2 dgn kami...

maizikeem said...

You won't have a problem with Aszra cos dia minat! At least masalah tu tak timbul...Insyaallah, she will do well!

mak farhah said...

wah baguslah dah jmpe sekolah idaman hati.

btw axa brapa fee utk yamana music shcool tu ya?

as a.k.a axa87 said...

julia..registration fee around 580++ akan dapat all the text & workbook + CD, DVD. Pastu monthly bayar every 3 months..RM 270 ..so lebih kurang RM 90 per month la...

Nurul said...

Salam As,

Saya akan mendaftar anak saya di Nuri tetapi saya ada masalah Nuri tidak menyediakan transport untuk anak saya balik sekolah..boleh saya tahu As mmg akan ambil Aszra ke setiap kali dia balik dari sekolah?

aunty sam said...

NURI DEFINITELY NOT A GOOD Preschool. CIkgu kat sekolah ni selalu pukul anak murid jikalau mereka tidak follow instruction. Cikgu juga siapkan homework anak murid, so tanyalah sendiri, mengapa kita perlu bayar untuk sekolah yg begitu. anak saye sudahpun kena! Saye sudahpun stop dan minta balik refund, mereka kata tak boleh refund! benggang betul , bukannya salah anak saya, tetapi cikgu punya attitude juga ada masalah. Kepada ibubape yg hantar anak ke sekolah ini, silalah ambil perhatian sikit.

Anonymous said...

saya dengar next year ada buka caw Genius aulad di setia alam. bagus sekolah ni. kawan2 sy ramai yg dh hantar anak diorang ke sana. dengan konsep yg unik dan menarik. fully in english. klu nak, register kat http://www.geniusaulad.com.my > Register > Setia Alam..

Anonymous said...

Salam akak. .Sy nasihatkan akak hantarkanlah ke prasekolah kebangsaan.lebih baik..klu x ikut schedule sekolah keb susah gak kak.kerja sekolah kat nuri mmg cikgunya yg buatkan. . .banyak nak cerita lah kak..add saya kat fb nuratonku aton. .