Monday, November 30, 2009

"Bulan Baru" pulakkkk

Salam hari Isnin... axa lambat hari ni... gi bawak ayah aszra dan aszra gi klinik dulu. Ayah Aszra dah 2 hari batuk2.. pastu mcm perut sebu semacam.. hasil dari makan daging dan sup daging yang agak besar kuantitinya. Akhirnya terpaksa la dia MC hari ni... si Aszra pulak.. Rabu lepas demam.. pastu dah baik demam dia cirit birit pulak.. so bawak la gi klinik jugak. Tapi dia ni demam2 pun aktif.. so hari ni aszra dan ayah aszra lepak la kat umah.. axa still kena gi office, ada 3 bahan kursus yang nak kena ada FUAT dan review.. tak leh tinggal cam gitu je...

Nak citer.. Khamis lepas axa dan ayah aszra ambik cuti sempena nak raya haji la kononnya kan.. Tahun ni raya kat umah mak axa kat kapar.. then tengah harinya baru la akan balik ke Seremban. Oooo bukan nak citer pasal raya haji tapi nak citer pasal cuti hari khamis tu.. 26/11/2009. Dah lama ditunggu-tunggu. Bermulanya tayangan Twilight Saga New Moon. Kalau masih ingat.. axa memang sangat suka citer Twilight sampai buku2 nyer dah pun axa khatam.. so sekarang ni sekuel no 2 dia.. Axa dah beli tiket online since hari selasa. So.. tiba hari khamis tu, kami 3 beranak ke Mid Valley la.. Masa collect ticket tu.. axa tengok untuk citer New Moon ni memang dah fully booked sampai la ke tayangan akhir 12.40 tengah malam. Macam tu sekali penangan citer ni.. we all tengok tayangan kul 1.40 tengah hari. Saja ambik awal...boleh balik umah mak awal..leh tolong2 apa2 yang patut untuk raya haji kan..hehehe..

So apa komen axa?? As expected.. axa memang dah tahu apa ending nya la..coz dah baca buku kan. Axa rasa semua yang gi menonton tu dah tahu citer tu cam mana.. tapi masing2 nak tengok mcm mana citer tu bila difilem kan. Kali ni, air time utk Edward (Robert Pattinson) tak banyak. Lebih fokus pada Bella (Kristen Stuart) dan Jacob (Taylor Lautner). Kalau yang tak baca lagi.. citer kali ni mengisahkan hidup Bella yang agak huru hara sebab frust ditinggalkan oleh Edward. Edward pergi sebab tak nak sakitkan Bella.. coz dia tu kan vampire. So masa tengah frust tu si Bella ni baik ngan si Jacob.. hensem betul jacob dlm citer kali ni. Pastu rupanya si Jacob ni dah sampai masa untuk jadi warewolf. Jacob ni memang suka Bella dah lama dah.. pastu mcm2 la berlaku.. ada scene ala2 Romeo and Juliet pun yer.. tapi ending citer ni memang agak tergantung sikit sebab kena la tengok Eclipse (3rd sekuel) yang akan ditayangkan bulan Jun 2010... aduhai.. kenalah menunggu lagi... secara overall.. axa suka citer ni. Cuma kalau compare ngan yang pertama..memang Twilight la yang lagi best... apa2 pun.. i loikeeeee it.... ehhehehehe.

Tuesday, November 24, 2009

Layan 2012

Salam malam Selasa.. berblog sekejap malam ni. Aszra dah puas main game kat web Fisher Price, now time ibu lak guna pc. Lepas ni dia nak ajak tengok Barbie Swan Lake dia la pulak... macam2 betul.

Just nak story mory kat sini. Malam semalam.. 23/11/09, axa, ayah aszra dan aszra gi tengok movie 2012. Last time tengok movie lepas raya ari tu rasanya...citer GForce. Tiba2 tergerak nak tengok lepas dengan review dari adik, fiza dan dua tiga member. Rata2 kata citer tu best la. Ada lak yang nak samakan dengan dunia nak kiamat. Ishhh mana leh sama kan... We all gi tengok kat Jusco Bukit Raja. Tapi before tu, makan dinner dulu.. Ayah Aszra teringin Nandos. Kali ni axa pilih menu lain dari biasa... axa ambik kebab with pita. Selalunya ambik ayam 1/4.. kali ni tukar selera. Maklumla..kan tengah berdiet. Tak leh makan banyak sangat..huhuh... tapi tak kenyang la...

Movie 2012 tu start kul 10.15 mlm. Aszra memula excited la. Dia ingat nak tengok kartun kot. Dia ingat nak tengok Princess and the Frog agaknya. Dah bising ajak gi tengok.. Yer la..nanti ibu bawak ok.. citer tu start 3 Dis la.. sepanjang tengok tu ok la.. aszra tak buat hal sangat. cua finally dia tidur la. Tentang citer 2012 tu..bagi axa agak best la jugak. Tak bosan.. even citer tu ambik masa dua setengah jam. Kadang2 ada citer yang drag lama2.. then baru la nak tunjuk malapetaka sebenar. Tapi yang ni dari awal memang dah mencabar la... Ngeri tengok apa yang jadi. If betul2 kerak bumi ni beralih.. jenuh juga la.. Kalau nak tahu citer selanjutnya..gi la tengok Malas lak nak tulis review kat sini. Actually axa lebih teruja nak tengok something yang lagi best Khamis ni... dah beli tiket dah pun. Harap2 penantian axa selama ni berbaloi2...Biarlah filemnya setanding filem yang pertama... filem apa?? mesti lah citer New Moon sekuel citer Twilight yang axa gilakan sangat tuh...heheheheh..

Ok la..mata dah mengantuk.. layan je la gambar bawah ni. Maaf..gambar owner blog tak leh nak tunjuk.. hidung dah makin mengembang la...heheheh


Menu diet @ Nandos

Ada je gaya dua beranak ni


Depan poster

Sunday, November 22, 2009

Apabila sudah masuk 7 bulan


Salam pagi Ahad..wah jarang axa update blog pagi2 ahad ni.. actually nak masak breakfast kejap lagi. Ada tamu dari Batu Pahat tidur sini. So..sementara semua masih tidur .. ambik peluang la update blog kejap.

Nak bercerita tentang pregnancy ni.. Actually axa dah pun masuk 7 bulan. Tinggal 2 bulan lagi tu.. kejap betul masa berlalu. Perut ni memang dah nampak sangat dah... Baby ni pun sangat la aktif nya.. lambat makan sikit dia bergerak2.. pastu dah makan lagi la dia buat break dance agak nyer.. Semalam, Sabtu gi check kat UMRA. Last 2 weeks Dr pesan datang lagis elepas 2 minggu coz pertambahan berat badan agak melampau la pulak..dlm masa sebulan naik 5 kg.. bior benar. Tapi axa notice lately ni axa sangat kuat makan nasi. Siang malam nak nasi je... So.. semalam kena buat ujian gula dalam darah.. Kul 12 mlm sebelum tuh dah puasa, pastu kul 9 dah ada kat UMRA.. lepas diorang ambik darah..kena minum lak air gula satu cawan.. sib baik perisa blackcurrent. Boleh lah telan. Kalau ikut citer Sato dan Kak Mareld.. diorg minum air gula tanpa perisa kat Klinik Kerajaan tuh... lagi la mcm nak muntah. Lepas tu.. gi ronda2 kat Giant Shah Alam.. then dlm 2 jam kena datang balik ke UMRA untuk ambik darah sekali lagi. Nurse tu ckp..bacaan tinggi.. sebelum air gula 6.5 dan selepas air gula 7.1. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. Bacaan normal antara 4-6 jer..

So.. seterusnya sesi jumpa Dr. Ummul. Maka dia pun mula citer la... bacaan gula tu tak cantik. So.. axa kena datang lagi 2 minggu tapi ada homework nak kena buat. Before datang nanti axa kena ambik bacaan blood test tu untuk satu hari nyer test.. bangun tidur, lepas breakfast, lepas lunch dan lepas dinner. Dan yang tak bestnya..test tu kena buat sendiri... aduhai... teringat kat Kak Mareld pun kena buat cam gitu.. siap beli test kit lagi.. Axa ni.. nak dpt test kit tu tak ada masalah... dah pesan kak Dura dah.. tapi masalahnya...saperlak nak cucuk jari ni bior keluar darah. Ayah Aszra tu agak ngeri bab cucuk2 jarum ni... aduhai..

Tu la kisahnya.. pregnant kali ni kencing manis lak.. Masa pregnant aszra dulu Blood presure tinggi masa 37 minggu. Lain kandungan..lain la masalahnya. Tak apa.. yang penting baby As dalam perut ni sihat sejahtera dan aktif. Kan orang kata... kalau mengandung byk masalah InsyaAllah dipermudahkan nanti masa bersalin..mcm bersalin kan aszra dulu. Mudah je keluarnya... sampai mcm tak terasa sakit sangat... So.. doktor dah bagi menu diet... kena follow ni...heheheheh

Friday, November 20, 2009

Cyril Simply Magic

Salam pagi jumaat. Rajin lak axa mengupdate blog minggu ni..ehhehe hari ni free sikit.. ada dua review yang batal saat akhir... gini la kijer ngan org besor.. bila2 je depa leh nak tunda dan cari tarikh baru.. hmm.. tak apa.. masih leh kejar lagi dateline 11/12/09 ni.. InsyaAllah..

Just nak citer, last nite sempat la axa layan si Cyril.. Simply Magic kat AXN tu. Tapi tengok kul 12 (ulangan) coz yang kul 9 tak sempat nak tengok sebab gi berfoya-foya ngan ayah aszra berdua-duaan di OU. Seminggu sekali kena ada masa untuk berdua-duaan...hari2 lain mesti lepak ngan aszra nyer.. Ok la.. berbalik citer pasal rancangan Cyril Simply Magic ni.. apa yang best sangat. Entah la.. sama la mcm rancangan magic2 yang lain.. Axa bukan la minat sangat silap mata ni.. ada depan mata tengok je.. Cuma rancangan Cyril ni mcm axa tunggu2 la pulak.. selalu kul 12 mlm memang dah lelap dah... tapi last nite sanggup lepak depan sofa.. kul 12 ayah aszra kejutkan. Terang bijik mata.. Heheheh


Actually, axa dah terperasan kewujudan Cyril ni beberapa bulan yang lepas.. dlm promo rancangan ni la.. simply Magic. Masa tu first time tengok muka dia.. terus ckp dlm hati "hensem la pulak mamat ni" (jangan marah ye ayah aszra.. awak tetap paling comel..). Kira terkesan la kehenseman dia di hati axa ni.. ehhehehe Takat tu je la kan.. pembawakan budak dalam perut kot. Rasa mcm seronok la nak tengok muka si Cyril yang ada iras2 melayu ni. Rupanya dia ni mix Japanese (ayah dia) dengan Moroccon-French (emak dia).. tapi lahir di LA. Sekarang ni dah sangat popular kat Jepun. Patut muka ala2 asian.. So last nite tengok la aksi dia kat Singapore. Mcm2 la dia buat... terkagum la jugak.. biasa lah magic kan.. tapi axa lebih suka tengok muka dan gaya dia bercakap. Mcm best jeeeeee... Over lak axa ni.. huhuhuh.. Next week part two dia beraksi di KL lak. Naper la masa di rakam kat KL tak terserempak ngan axa. Sure axa dengan muka tak malu nak mintak ambik gambar... hhmmm jangan keluar baby ni ada iras2 muka si cyril tu udah ler yer.. (tapi ok gak..hensem..baby boy ok la.. kalau baby girl...hmmm). Actually masa pregnant aszra dulu axa gila tengok muka Maya Karin dalam citer Pontianak Harum Sundal Malam II. Sampai dua kali gi wayang ...pastu tengok CD lagi. Bila part maya karin je tak kira la tengah muka biasa ke.. muka hantu ke.. axa akan terdetik kat dlm hati.. cantiknya dia ni.. cantik nyaaa........... ni pregnant kali ni si Cyril la pulak.. mcm2 la penangan mengandung kan...

Thursday, November 19, 2009

Ada surat untuk Ibu

Salam pagi Khamis.. semalam.. sampai2 je kat rumah, lepas habis kelas mengaji, Aszra terus ckp... "Ibu, ada surat untuk Ibu..ustazah suruh bagi"... sambil dia bagi satu surat yang ada tulis nama dia. Surat apa la pulak... Axa pun bukak... then tengok, rupanya institut tempat aszra belajar ngaji akan adakan Majlis Penyampaian Hadiah Tahun 2009 pada 23 Disember 2009 kat Dewan Raja Lumu Muzium Shah Alam. Biasa la.. mana2 tadika sekarang ni tengah giat buat majlis akhir tahun la.. konsert la.. Axa ingat surat tu utk makluman aje... then tengok2 ..ada pulak tertulis Aszra pun akan dapat hadiah... 2 hadiah pulak tuh. 1. Anugerah Insentif Kedatangan (yer la..dia tak pernah ponteng ngaji lagi..) dan 2. Hadiah Amal Islami... tak tahu la axa apa bendanye tu. Pastu kat surat tu jugak kata Aszra akan terlibat ngan program Amal Islami dari 6-22 Disember.. ala2 mcm program cuti sekolah... dan Aszra terpilih untuk aktiviti Selawat. Pastu ada sukaneka jugak... Aszra duk dalam Rumah Kuning (Al-Farabi).


Axa ingat... just hantar mengaji sebelah malam tak perlu join apa2 aktiviti macam budak2 yang tadika kat situ sebelah siang... rupanya kena jugak.. Call ustazahnya tadi.. rupanya memang semua pelajar kena join walaupun hanya ambik kelas mengaji je...heheheh... Then tanya jugak hadiah apa lak yang si Aszra ni akan dapat... Ustazah tu ckp dia dapat special sebab dia la pelajar paling kecik yang dah mula belajar mengaji. hehehhehe.. ye la.. si Aszra tu baru 3 tahun lebih. Kat kelas ngaji dia rata2 umur 6-12 tahun. Pastu sekarang ni balik ngaji je suka citer akak2 yang sama kelas dia, suka sangat nak dukung2 dia... macam2..


Ramai yang tanya apa perkembangan Aszra ngaji. Alhamdulillah.... gi ngaji without fail.. sangat senang nak suruh gi ngaji..tak pernah tak nak pun.. Pastu tengok kat buku Qiraati dia tu dah banyak jugak dia belajar. Sometimes axa mcm tak caya betul ke dia ni dah leh membatangkan huruf2 jawi tu.. bila suruh kat rumah.. mcm2 alasan.. dia kata nanti dia ngaji ngan ustazah la.. tapi bila weekend axa rutinkan dia untuk berlatih apa yang dia dah belajar..Alhamdulillah.. memang dah kenal dan boleh membaca dah anak Ibu ni.... Masa mula2 dia baca depan axa.. rasa nak nangis pun ada.. terharu.. (over la pulak ). Yer la.. Ibu mana yang tak happy bila tengok anak sendiri boleh mengeja jawi cam gitu.. Lagipun axa tak letak expectation yang tinggi kat dia sebab dia baru 3 tahun lebih.... apa2 pun sangat syukur tengok minat dia nak belajar mengaji ni.... Mudah-mudahan terang hatinya untuk terus pandai mengaji.. InsyaAllah...

sekarang ni suka main game kat Internet...

Saturday, November 14, 2009

Thank You


Salam... just nak ucap thanks sangat2 untuk my beloved Ayah Aszra for this LC Heritage Wallet. Yup.. kite suka sangat.. thanks again....

Monday, November 09, 2009

MC @ PWTC

Salam petang Isnin.. baru je habis meeting. Jenguk sini kejap.. nak update. Hujan lak petang ni... jam la nampaknya. Takut terlambat hantar aszra gi ngaji pulak... aduss..

Ok la.. just nak citer about last saturday. Mcm yang tertulis dalam entry ringkas axa sabtu lepas.. axa ada function. Why important sangat... 1. sebab Axa emcee nyer... 2. sebab yang kawin tu my good friend kat office ni. Jangan tak percaya.. dah 6 bulan lebih ni axa masih gagah jadi MC..hehehe. Actually pengantin ni.. si Fiza dah book axa since bulan March kalau tak silap. Masa tu tak pregnant lagi. Pastu bila dapat tahu pregnant bulan Jun hari tu terus bagi tahu dia.. yer la.. at least dia leh cari pengganti. Tapi dia tak nak... dia nak jugak mak buyung ni jadi MC dia..huhuhu.. demi kawan, OK je la.. Lagi pun axa dah lepas stage muntah2.. bulan July hari tu terpaksa tolak tawaran jadi MC untuk wedding kat Dewan Seri Endon Putrajaya sebab masa tu memang mabuk sangat.. malam je dah tak larat.

Bercerita tentang wedding Fiza dan Alfian (dua2 staff INTAN). Fiza ni sama department ngan axa la.. Wedding dilangsungkan di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC. Ni first time axa jadi MC kat PWTC ni.. partner axa.. Said Kamis, PTD dari JPM. Suara mantop habis.. lepas ni kalau kena panggil jadi MC mana2..confirm axa panggil Said jadi partner. hehehe. Rehearsal diadakan kul 11 pagi.. so berkampung la we all kat situ.. dengan keluarga pengantin. Ayah Aszra pun ikut sekali.. sian Aszra kena tinggal ngan Wan dan Mamacu.. terpaksa la Mamacu yang hantar dia gi Tumble Tots.. Lepas rehearsal.. kena datang balik kul 5 petang untuk sesi makeup.. aduhai.. mak buyung ni pun nak kena makeup jugak.. Elok jugak..dapat la menutup hidung yang semakin mengembang dan merah ni...ehehhehe... Boleh la sesuai dengan baju yang di sponsor khas oleh pengantin.. over betul tailor tu buat... axa kawin dulu pun tak pakai baju ada reben2 cam gitu.. tapi sesuai la untuk ibu mengandung...
Ni masa reheasal.. sama lak sedondon ngan si Said ni..

Alhamdulillah.. keseluruhan majlis berjalan dengan baik. Kawan2 EPSA semua hadir.. termasuk ex bos kami Puan Rosena. Makanan pun sedap malam tuh... Pelamin cantik.. pengantin lawa.. MC pun best.. (heheheh masuk bakul angkat sendiri daaaaaaaaaaa)...hehehehe. Ok la..kepada Norhafizah Masram dan Alfian Mesebah, Selamat Pengantin Baru. Semoga menjadi pasangan suami isteri yang soleh dan solehah.... Jangan lupa bawak buah tangan dari Bali...(diorg gi honeymoon Rabu ni.....).

Jom layan gambar. (abaikan mak buyung yang kelihatan montel itu...berat sudah naik daaaaaaa)

Sedondon ngan ayah Aszra..

Dah nak memulakan tugas..

Juadah yang disediakan
Pengantin yang hensem dan sangat cun, Fiza dan Alfian


Dengan geng2 EPSA dan JPA

Ngan KAMI berdua lak....

Saturday, November 07, 2009

Sedang berdebar


Salam... sekarang ni tengah bersedia untuk satu majlis di PWTC.. tiba2 rasa berdebar semacam. Macam la tak biasa... tapi yer la kan... dalam keadaan berbadan dua ni... takut juga apa2 berlaku. Mudah-mudahan majlis ni berjalan baik dan lancar. InsyaAllah....... (akan update lagi bila majlis selesai)..
p/s : gambar tidak ada kena mengena dengan entry..