Friday, October 30, 2009

We'll Miss You


Salam petang Jumaat. Petang yang agak syahdu.. hari pun muram.. hujan mencurah-curah.. seakan memahami dan mengerti keadaan yang berlaku. Ada manik-manik jernih yang melimpah petang ini...


Hari ni, bos axa Puan Rosena Othman, Ketua Program E-Pembelajaran berkhidmat buat kali terakhir di INTAN. Puan bertukar ke Kementerian Luar Negeri. Sebenarnya tarikh kuat kuasa pada 20 Oktober lepas.. tapi dapat tangguh sampai 30hb oktober iaitu hari ini. Pertukaran ni sangat mengejutkan kami. Di saat projek 2 tahun sedang berjalan rancak yang memerlukan penelitian penuh oleh seorang ketua yang berdedikasi.. Puan terpaksa pergi. Pening juga memikirkan hal ini. Nasib baik la ada pengganti. Puan Fatmah dari MOSTI yang bakal menerajui EPSA ni.


Bagi axa.... secara jujurnya.. axa sangat respect dengan Puan Rosena dengan cara kerjanya yang kalau boleh semua nak kena perfect. Puan Rosena sangat teliti dalam apa2 juga kerja, sampai kadang2 pening nak mengikutnya... tapi ketelitian itu lah yang sebenarnya aspek utama dalam meraih apa2 juga kejayaan. Axa akui.. dia seorang contoh yang baik.. bagi axa, Puan seorang yang genius...bijak. Tahu apa yang ingin dicapai...tahu apa yang perlu dibuat. Dia mengajar kami erti bekerja yang sebenar.... secara profesional... Mudah-mudahan... axa sendiri dapat mencontohi Puan..


Baru sebentar tadi.. kami ahli2 Program E-Pembelajaran, berkumpul buat kali terakhir. Setiap satu anak buah dipeluk cium.. Sedih sangat2... axa yang mudah menangis ni pun apa lagi... meleleh2 la jugak.... Semuanya sebak. Memang kami akan merasai kehilangan ini.. akan kami rindui apa juga kenangan bersama Puan Rosena.. Best of Luck Puan....

1 comment:

Ruby Alias said...

kenapa muka aku takde sekali dlm poskad korg tu hehe..aku ni epsa jugak apaaa..muahaha ..dah la bilik sebelah ja ngan bos tu dulu ..

bon voyage to pn rosena..selamat pergi..hehe best of luck to her at the new place