Friday, October 30, 2009

We'll Miss You


Salam petang Jumaat. Petang yang agak syahdu.. hari pun muram.. hujan mencurah-curah.. seakan memahami dan mengerti keadaan yang berlaku. Ada manik-manik jernih yang melimpah petang ini...


Hari ni, bos axa Puan Rosena Othman, Ketua Program E-Pembelajaran berkhidmat buat kali terakhir di INTAN. Puan bertukar ke Kementerian Luar Negeri. Sebenarnya tarikh kuat kuasa pada 20 Oktober lepas.. tapi dapat tangguh sampai 30hb oktober iaitu hari ini. Pertukaran ni sangat mengejutkan kami. Di saat projek 2 tahun sedang berjalan rancak yang memerlukan penelitian penuh oleh seorang ketua yang berdedikasi.. Puan terpaksa pergi. Pening juga memikirkan hal ini. Nasib baik la ada pengganti. Puan Fatmah dari MOSTI yang bakal menerajui EPSA ni.


Bagi axa.... secara jujurnya.. axa sangat respect dengan Puan Rosena dengan cara kerjanya yang kalau boleh semua nak kena perfect. Puan Rosena sangat teliti dalam apa2 juga kerja, sampai kadang2 pening nak mengikutnya... tapi ketelitian itu lah yang sebenarnya aspek utama dalam meraih apa2 juga kejayaan. Axa akui.. dia seorang contoh yang baik.. bagi axa, Puan seorang yang genius...bijak. Tahu apa yang ingin dicapai...tahu apa yang perlu dibuat. Dia mengajar kami erti bekerja yang sebenar.... secara profesional... Mudah-mudahan... axa sendiri dapat mencontohi Puan..


Baru sebentar tadi.. kami ahli2 Program E-Pembelajaran, berkumpul buat kali terakhir. Setiap satu anak buah dipeluk cium.. Sedih sangat2... axa yang mudah menangis ni pun apa lagi... meleleh2 la jugak.... Semuanya sebak. Memang kami akan merasai kehilangan ini.. akan kami rindui apa juga kenangan bersama Puan Rosena.. Best of Luck Puan....

Wednesday, October 28, 2009

Memaafkan...

Salam pagi Rabu.. Lama tak update. Ada dua sebab utama. 1. Sangat busy lately ni sampai tak ada masa nak karang ayat untuk pos kat blog. 2. Terkena penyakit malas la pulak.. banyak nak citer, tapi malas betul nak sign in dan menulis. Hormon orang mengandung kot... hari ni tetiba ada mood nak menulis..hehehe.

Actually nak kongsi pendapat. Pagi tadi masa on the way ke ofis, on kejap Hot FM. Selalu dengar mix.fm.. tapi tadi tetiba nak dengar hot pulak. Masa tu Faizal Ismail tengah bercakap dengan Prof. Izzi Haji Ali.. pakar motivasi yang selalu bagi ceramah kat hot.fm tu la. Tajuknya hari ni.. "Memaafkan kesalahan orang lain". Menarik pulak nak dengar. Prof tu kata.. kite perlu ada sifat untuk memaafkan kesalahan orang lain. Kalau kite mudah memaafkan, Allah juga akan mudah memaafkan kesilapan kite di akhirat kelak. InsyaAllah... Lepas tu prof tu juga kata, bagi orang yang telah dimaafkan, janganlah pula mengulangi kesilapan itu berulang-ulang kali seolah2 cuba nak mengambil kesempatan pulak. Nanti oarang yang memaafkan tu akan jadi bosan dan berhenti pulak memaafkan.

Bahagian kedua pulak.. sifat memaafkan dalam hubungan rumah tangga. Jika suami/isteri melakukan kesalahan berulang-ulang2 kali, perlukah dimaafkan? Dalam hal ni pulak, Prof izzi kata, ya.. kite perlu memaafkan cuma pilihan selepas memaafkan itu yang berbeza. Pilihan pertama..kite memaafkan pasangan dan menerima dia kembali dengan harapan agar dia berubah. Pilihan kedua, kita memaafkan namun perpisahan adalah jalan yang terbaik. Ini berlaku sekiranya kita tahu pada masa akan datang, hubungan ini akan lebih memudaratkan. Bukanlah untuk menggalakkan perpisahan.. cuma dalam konteks ini perpisahan dilihat sebagai penyelesaian masalah bagi kes2 yang rumit yang mampu menjejaskan hukum agama seperti pasangan yang tidak mahu berubah dari melakukan dosa2 besar, minum arak, berzina berulang2 kali. Ianya tidak baik untuk dijadikan contoh kepada anak2 dan generasi di masa hadapan.

Mudah-mudahan kite sentiasa diberikan kekuatan untuk memaafkan...

Tuesday, October 13, 2009

Aszra dah pegi mengaji

Salam petang Selasa. Dah petang mcm ni baru lah leh nak update blog. Dah seminggu lebih tak terjenguk.. axa sangat sibuk dengan kerja dan training. Habis je training kena mengadap kerja yang melambak2.. Kul 6 lebih pun tak balik-balik lagi.

Actually nak bercerita tentang Aszra. Malam semalam (12 Oktober 2009), Alhamdulillah... Aszra dah memulakan kelas mengaji Qiraati di Institut Iqra' Bestari, Setia Alam. Dah hampir 2 bulan axa mencari tempat belajar mengaji untuk dia.. Finally dapat pun. Sabtu lepas pergi register dan semalam dah mula... Aszra paling kecik dalam kelas... yer la.. dia baru 3 tahun lebih.. yang lain2 tu dah cecah 6 tahun..heheh. Jangan la terkejut. Bukan axa nak paksa dia untuk gi belajar mengaji.. tapi dia nak mengaji atas kehendak sendiri. Asalnya.. Wan dan Atok belikan Aszra CD Iqra'. Tiap2 hari dia pasang kat Laptop.. sampai dia dah hafal Alif Baa Taa tuh... Membunyikan baris pun dia dah boleh ikut. Finally dia sendiri mintak nak belajar dengan ustazah coz dalam CD tu ada ustazah yang mengajar. Memang la Aszra tu kecik sangat lagi... tapi bagi axa, dia dah minat... kenapa mesti stopkan minat dia kan. Axa dah pesan kat ustazah yang mengajar dia tu... axa tak expect aszra akan terus pandai mengaji dalam masa yang singkat... biar la dia ambil masa yang panjang.. as long dia minat. Tapi kalau dia mampu untuk catch up cepat.. lagi bagus.. Ibu mana yang tak suka kan... anak kecik2 dah boleh mengaji.

Currently, Aszra masih ke kelas Tumble Tots... yang lebih menumpukan pembelajaran dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah... penerimaan aszra sangat baik. Dia dah boleh bertutur dalam bahasa inggeri dengan kami. Kadang2 terkejut axa dengar dia ckp.. yer la..tiba2 je mcm2 word yang dia dah boleh cakap. So.. axa rasa, menghantar Aszra ke kelas mengaji pada waktu ini, keputusan yang tepat. Perlu la seimbangkan. Lagu orang putih dah boleh menyanyi..dah boleh berckp.. nanti aliff baa taa pulak tak kenal..eheheh.. apa2 pun semuanya bergantung pada minat Aszra. Axa dan ayah aszra tak memaksa pun.. selagi dia happy.. we all pun happy... apatah lagi yang melibatkan pendidikan mcm ni kan..

Next year we all terpaksa stopkan kelas Tumble Tots.. last class will be on Disember la. Kenapa?? Sebab fee next year naik sampai 3 kali ganda dari fee sekarang... kalau setakat naik seratus dua ratus ok lagi... ni naik sampai 1K bezanya. So.. axa kena cari alternative lain la. Ada jenguk 2-3 tempat..KUMON.. tapi terlalu serious la.. focus Math ngan English. Rasanya we all decide untuk hantar Aszra ke YAMAHA Junior Program kat YAMAHA Music Setia Alam. Programnya not bad.. medium in english dan yang penting Aszra happy... Kalau ikut si Aszra..dia mintak gi kelas ballet.. tak tau la mana dia tengok.. Gi kelas music je yer.. at least aszra leh main music mcm ibu, ayah dan atok..... InsyaAllah....

Monday, October 05, 2009

22 weeks of pregnancy

Salam pagi Isnin.. Dah masuk bulan oktober. kejap je dah nak menuju ke hujung tahun kan. Pejam celik dah nak masuk 2010 pulak. Saja je ni nak bercerita tentang kandungan axa ni. Lama tak citer pasal baby dalam perut ni kan. Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 22. Dah 5 bulan lebih la nampaknya. Dalam seminggu ni, dah mula rasa baby ni menendang-nendang.


Sabtu lepas, axa ada appoinment kat UMRA. Kali ni dah decide untuk buat details scan. Saja je.. Tengok semua part. Jantung, kidney, tulang baby.. by now if ada masalah dah leh nampak la. So far, alhamdulillah semuanya elok. Cuma gender baby je yang we all decide tak nak tahu. Dah leh nampak, tapi dah pesan kat DR tuh, jangan bagi tahu. ayah Aszra suka element of surprise masa bersalin nanti. Memang best pun.Masa deliver Aszra dulu pun.. we all decide tak nak tahu gender. The first question yang axa tanya kat dr. masa tu.."baby apa?" Dan dr. suruh tengok sendiri. Ada orang suka tahu gender baby sebab senang nak beli barang2 kan. So far axa dan ayah aszra tak ada masalah. We all beli semuanya universal color yang boleh dipakai oleh baby girl dan baby boy. Kalau tanya Aszra.. dia akan jawab nak adik girl... nak buat kawan bermain la tuh.. Selalu je dia tanya..bila adik nak keluar ni.. adik ni lambat la. Setiap kali gi check up dia akan ikut. Memang sangat excited bila jumpa doktor especially bila dr. nak mula scan. mulut nyer asyik bising tanya macam2... dan yang paling best soalan dia..yang pening untuk dijawab ialah "mcm mana adik boleh masuk dalam perut ibu"...huhuhuh... apa nak jawab... Mudah-mudahan aszra akan jadi kakak yang baik. Jumpa bebudak kecik ke sekarang ni, dia pandai layan. Memang nampak sangat tak sabar nak ada adik..tunggu ye aszra.... u always my no One....



Ni gaya seorang kakak yang baik la ni... hehhehehe