Monday, February 16, 2009

Penat tapi Seronok


Salam Pagi Isnin.. Dah kat 2 minggu axa tak update blog ni. Mcm2 nak cerita.. tapi tak berkesempatan. Last week 2 hari kat Putrajaya, ada conference.. pastu agak busy dan ditambah lak dengan MC hari jumaat sebab tak berapa sihat. Jumaat malam tu pulak.. sibuk dengan cupcakes.. 100 pcs kena buat untuk MB 6th Annual Tournament. Sayang pulak tak ambik gambar... siap lukis pin dan bola boling. Last night pun busy dengan 100 pcs cupcakes lagi.. untuk jamuan makan kat ofis pulak. Lenguh2 tengkuk rasanya.

Ok la.. Sabtu lepas, seperti setiap tahun MB akan buat Annual Tournament. Dah tahun ke 6. Kali ni buat kat Pyramid Bowl, Sunway Pyramid. Mengumpulkan ahli2 lama dan baru. Alhamdulillah... seperti biasa, tournament MB memang selalu dapat sambutan. Kali ni goodies.. ada cupcakes dan calendar MB. Letih betul..walaupun tak menang apa2.. tapi seronok sebab dapat organize event untuk MB. Lepas tournament... seperti biasa.. lepak makan kat Pizza Hut.


Antara hadiah yang menjadi rebutan

Muka2 lama MB

Posing sebelum main

AJK yang busy


Lepas habis makan kat Pizza tuh.. demi nak merealisasikan keinginan mak buyung di Sato tuh.. gerak la Kami, Sato & Zam, Wayi & Hajar (pun mak buyung) ngan Zura ke Summit.. gi beli tiket tengok movie Geng, Pengembaraan Upin Ipin. Macam2 la orang mengandung ni punyer mengidam. Axa dan ayah aszra ok je. Memang dah terfikir nak bawak Aszra tengok pun. We all tengok show kul 9.25 malam. Aszra punya la seronok. Ni kali ke 2 dia tengok wayang. First time tengok Kungfu Panda. Tapi bertahan untuk 1 jam pertama je. Pastu dia nak keluar. Maybe dia kecik lagi kot masa tu. Alhamdulillah... dari mula movie tu.. aszra tegak je.. sronok lak dia. Bila ada scene kene kejar dengan ular.. siap tutup2 mata. Sampai habis aszra tengok. Caya la anak ibu. Pastu dah keluar siap citer balik mivie yang dia tengok tuh. Lepas tu.. leh lagi lepak makan kat USJ tuh.. sampai tengah malam baru balik. Punyer la letih... Ahad, masing-masing keletihan, satu hari tidur je...hehehehheeh Penat tapi Seronok kan.

3 comments:

bANgsaL buROk said...

mmg best.. yg paling best bila terselamat dr dpt 'Ratu Long'..hahahha..

anese said...

Huhuhu..tak pernah ada pun tournament cam ni kat tmpat kerja i..kalu tak leh hilang tension..sib baik ada member sekepala..leh la nak main2 skit..

Unknown said...

Tim.. cukup la sekali merasa..heheheh

Anese, tournament ni bukan tempat kerja anjurkan.. ni kelab yang boleh disertai oleh semua orng.. jom join kelab malaysianbowlers.com