Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 & 2009

Salam.. dah 3 hari kita berada di tahun baru Islam dan esok kita melangkah ke tahun baru 2009. Pejam celik-pejam celik.. dah penghujung 2008 rupanya. Macam masih baru je lagi menyenaraikan azam tahun 2008. Sekarang ni dah nak buat azam lain pulak. Tercapai ke tak agaknya azam 2008 yer.. heheheh... Banyak peristiwa pahit manis tahun 2008 untuk axa dan keluarga.

Peristiwa pahit manis 2008

1. Kami dah pun pindah ke rumah KAMI yang baru di Setia Alam (belum buat house warming lagi.. insyaAllah January nanti).

2. Axa dapat bertukar dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya ke INTAN Bukit kiara.. Alhamdulillah... sangat cepat proses pertukarannya tu.

3. Mak dan Ayah jatuh sakit dan terpaksa admitted to HTAR Klang...sekarang Alhamdulillah kesihatan dua2 ok.

4. Adik patah di pergelangan kaki kiri sehari sebelum melangsungkan majlis pertunangannya. 2 bulan tak kerja. Sekarang alhamdulillah....dah ok.

5. Adik bertunang pada 1 Mei 2008 dengan jejaka idaman dia.

6. Axa dah complete berkursus bagi tahun 2008...

7. My only adik, melangsungkan perkahwinan pada 23 November 2008.

8. Kereta Matrix untuk pertama kali rosak yang besar (timing belt putus) dan diikuti dengan rosak akibat axa accident 2 minggu lepas.

9. Aszra dah makin pandai bercakap dan menyanyi..sometimes rasa mcm ckp dengan oarang dewasa pulak.

10. Axa tukar HP...baru je dapat semalam..ehheheheh

2009 - Apa nak buat yer???

1. Pertengahan January.. ayah aszra akan memulakan career di tempat baru. Alhamdulillah rezeki tahun baru. Masih di Damansara but with a company yang established.. and different responsibilities dan yang penting with a better pay... Congrats yang... berkat gi interview masa anniversary hari tu kot kan...

2. March 2009 - Nak bawak Aszra dan Sofia gi tengok Disney On Ice - Princes kat Stadium Bukit Jalil. Dah survey ticket, tinggal nak beli je ni. Sure Aszra suka coz dia memang suka character princes2 ni especially Cinderella... favourite fairy tale dia...

3. Memang ada plan dgn ayah Aszra, 2009.. nak gi holiday..since 2008 tak gi cuti ke mana2 kecuali balik mersing. Destinasi pertama dalam kuater pertama, ingatnya nak ajak mak ayah gi Langkawi... dan ada satu lagi big holiday hujung tahun...Heeheh.. InsyaAllah kalau tak ada aral.. ada rezeki dan kesihatan yang baik.. terbang la KAMI.. ke mana??? tunggu.... Kak Aida.. check la ticket tu... Ayah aszra mcm ok je tuh...hehehe

4. Planning for a new baby.. ni hasrat 2008 yang tak tercapai.InsyaAllah akan diusahakan tahun 2009 ni. Sian kat aszra... asyik doa nak adik je..cute je doa dia "Ya Allah, bagi la Aja adik". Mudah-mudahan makbul doa aszra tu kan...

5. 2009... nak makeup umah KAMI. Nak tambah tiles kat porch.. pastu nak buat garden sendiri. So far dah start tanam pokok pagar.. ada rezeki nak buat pergola. Leh buat tempat lepak minum tea petang-petang. Tercapai la impian ni hendaknya...InsyaAllah..

6. Asalnya nak hantar aszra masuk sekolah.. tapi tiba2 rasa terlalu awal pulak.. dia baru 3 tahun.. Lepas discuss dengan ayah aszra.. we will send aszra ke Little Caliph insyaAllah year 2010. Tapi untuk tahun ni... kami plan hantar aszra ikut program education seminggu sekali. At least dia ada masa untuk bergaul dengan kawan-kawan baru dan learn new things instead we all je yang ajar dia sendiri. Nak kena pi cari ni...ehehehh

7. Nak kurus....huhuhuh.. azam yang tiap2 tahun renew... tapi tak sure capai ke tak. Kejap naik kejap turun. Tapi insyaAllah.. kalau ikut 'program' baru Sato tu... mana la tahu kan.. kembali ramping seperti 10 tahun lalu...huhuhuhuh... InsyaAllah.

Tuesday, December 23, 2008

Salam..jenguk2 blog Kak Shidah tadi.. ternampak la gambar cupcakes yang kak Shida tempah dari axa minggu lepas.. A million thanks to kak Shidah...sebab dapat jugak saya mengabadi kan gambar cupcakes tuh.. Sangat frust bila tak dpt snap gambar2 cuppies axa tuh.. ada satu lagi order dari Kak Aida (kakak ipar) yang axa tak sempat snap..moga2 ada lah dia snap gambar cuppies for Maira Birthday tuh...

Ni cupcakes hantaran 2 tingkat dengan tema Hijau

Ni untuk family kak Shida...

My Beloved Sony Cybershot

Salam hari selasa... sekali lagi lama axa tak update.. bukan tak ada aktivit...memang banyak sangat aktviti.. tapi rasa tak ada mood sebab my beloved digicam mcm tak sihat jer.. tak leh on.. asalnya terjatuh atas pasir kat pantai Air Papan, Mersing... so, rasa tak seronok nak update blog tanpa gambar. Tapi semalam tetiba je.. terasa nak on kan digicam tuh..boleh la pulak...fuhhhh lega sangat2...syukur la.. kalau tak terbang melayang2 la nak repair/ beli baru digicam axa yang dah berusia 4 tahun lebih tuh.. Beli tahun 2004..masa tu consider mahal la..RM 1400 ++ beli kat Midvalley. Sony Cybershot masa tu tengah the best la.. 4.1 megapixel. Masa tu axa punyer la yang hebat.. hahahah.. tapi sekarang memang dah ketinggalan la.. cannon ada yang dah cecah 14 megapixel tu...DSLR tak payah citer la..memang la lagi ketinggalan digicam axa tuh. Tapi Sony Cybershot tu la yang dahbanyak berjasa. Semua gambar dlm blog ni..99% adalah dari camera tu. Still cantik kan gambar. Tak kisah la orang lain punya camera canggih mana pun.. axa masih belum terfikir nak tukar camera baru.. tapi ada new gadget yang akan menyusul dalam sehari dua ni...hehehehheheh.............. apa2 pun syukur camera axa tu dah kembali sedia kala...nanti axa akan update banyak gambar esp gambar2 rumah KAMI yang mcm2 dah melalui perubahan especially bahagian dapur.

Wednesday, December 10, 2008

Jalan-Jalan ke Melaka

Sabtu lepas.. 6hb Disember 2008. Axa, ayah aszra, aszra, Sato dan Zam gi Alor Gajah Melaka untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Suhaimi Ali a.k.a Wayi dengan Hajar. Gerak dari KL dalam kul 12 dan sampai kat situ kul 3 petang. Jumpa la jugak dengan Pakku dan Husin yang jadi official photographer diaorg. Selamat Pengantin Baru Wayi dan Hajar.

Bergambar dengan pengantin


Geng2 MalaysianBowlers.com

Lepas lepak kat umah pengantin... dalam kul 4.30 kami nak gerak balik. Pastu terfikir nak gi Bandar Hilir la.. memandangkan Zam memang tak pernah gi Kota A'Famosa tuh.. ish2...sian.. so, we all pun gi le ke Banda Hilir...pusing punya pusing... baru la jumpa. Dah lain dah Banda Hilir tu.. Mcm2 ada.. ada menara berpusing.. ada Dataran Pahlawan... ada Eye on Malaysia.. patut la nak bagi Shah Rukh Khan pangkat Datuk... mesti nak promote Melaka kat dunia Bollywood..so bior ramai la mat2 hindustan datang Malaysia buat filem. Huhuhuh.... Kalau sekarang ni ramai mat indon... tak lama lagi mat hisdustan pulak la..heheheh...
Aszra dan ayah kat runtuhan Gereja St. Paul.

Aszra ngan Ibu berlatarbelakang Menara Berpusing dan Eye On Malaysia

Dua beranak ni dah sedia nak menembak lanun kot

Kat depan kota A'famosa

Kami


Geng2 poyo...heheh

Thursday, December 04, 2008

On our 4th Anniversary

Roses from Ayah Aszra

Salam... 4 Disember datang lagi. Kali ni.. kami meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke 4. Pejam celik2.. dah 4 tahun axa dan ayah aszra hidup bersama. Melalui suka duka dan pahit getir (macam mencabar je..heheh). Alhamdulillah...berkat kurniaan rahmat Allah SWT.... ditambah setahun lagi usia ikatan ini.

Sepanjang 4 tahun... banyak yang kami lalui dalam membina keluarga kecil KAMI. Alhamdulillah... kami dikurniakan Aszra yang paling comel.. diberi kemampuan memiliki rumah sendiri di Setia Alam.. dan diberi kesihatan agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami/ibu/ayah/anak/adik/kakak.


"Ya Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Penyayang... berkati lah keluarga kecil KAMI ini. Permudahkanlah setiap urusan KAMI, murahkan lah rezeki KAMI, peliharalah ikatan KAMI. Semoga KAMI sentiasa berada dibawah lindungan dan tergolong di kalangan hambamu yang Soleh/Solehah."

Buat Ayah Aszra... terima kasih diatas kasih sayang, dorongan dan kekuatan yang diberikan selama 4 tahun kita diijab kabulkan. Semoga usia ikatan ini akan sentiasa bertambah dari setahun ke setahun...Love u soooo Mucchhhhhh. (Thanks bunga tu yer...suka sangat)

Tahun ni, kami tak kemana-mana...cuti dihabiskan dengan membuat pelbagai urusan yang bakal memberi manafaat kepada KAMI sekeluarga...heheheheh

Tuesday, December 02, 2008

Cerita Wedding Adik-Part 2

Salam.. alhamdulillah... kenduri menyambut menantu belah lelaki dah telah pun selamat berlangsung di rumah adik ipar axa di Damansara pada 30 November 2008 yang lalu. Sebelah pihak pompuan, kami datang dengan 9 kereta. Kecoh sekejap... bila ada 3 kereta yang tersesat..2 kereta termasuk ke OU dan satu kereta masuk pulak ke Ikano. Haiiiyaaaaaaaa.... biasalah..jalan Damansara tu kan sangat sesak..even hari Ahad. Tapi alhamdulillah... lepas bagi direction balik... dapatlah berkumpul dan meneruskan perjalanan.

Wedding sebelah lelaki ni ringkas... lepas berarak.. adik dan cik jad duk bersanding kat mini pelamin... pastu terus je makan beradab. Tema pihak lelaki ialah biru. Adik dan cik Jad pulak.. sepasang memakai warna biru dan hitam... lain dari yang lain..tapi cantik.

Berarak masuk ke perkarangan rumah

Bergambar dengan keluarga besar axa

Ni la keluarga Seri Manis yang dah complete