Thursday, October 23, 2008

Counting the days


Salam petang Khamis. Rasa sangat letih petang ni. Baru je habis presentation tender. Ambik masa kejap untuk update blog ni.. Actually, entry kali ni.. hanya sekadar untuk bercerita. Dedikasi buat adik axa.. Arita Abu Bakar... Kalau ada yang rasa entry ni agak tidak relevan..tak mengapa.. kerana hanya adik sahaja yang faham...

Hari ni 23 Oktober 2008. Sebulan sahaja lagi... adik axa akan melangsungkan perkahwinannya. Maybe adik sedang mengira hari menuju hari bahagianya juga... begitu juga axa.. Maybe adik pun tak tahu.. how every days and months.. i keep on counting... kenapa?? Gembira ke axa?? Sedih ke axa??? Semuanya susah nak digambarkan. Gembira... ya.. sebab adik akan punya teman hidup, dan akan membina keluarga sebagai mana axa sebelum ni. Sekrang ni kami sekeluarga pun dalam persediaan untuk majlis kenduri tu. Kad.. souvenir..semua hand made. Khas untuk adik dan hari bahagianya. Sedih??? Bukan la sedih...cuma a bit rasa sebak. Kelakarkan... entah la..

Sebenarnya.. since axa kenal dia adik axa... tak dinafikan.. axa sangat protective dengan adik yang satu je ni. Maybe adik pun tak tahu... sampai detik axa menulis entry ni... axa selalu anggap adik masih kecik... adik masih perlukan axa.... setiap keputusan hidupnya.. pasti axa orang yang akan dirujuk. Setiap keinginannya... selagi axa mampu.. selagi tu axa akan cuba memenuhinya. Axa tak anggap adik dah dewasa. Dari dulu lagi... axa pernah wish.. kan best kalau adik ni sentiasa jadi budak kecik. Sebab axa nak selalu bawak dia kemana2.. Axa tak pernah rasa malu.. tunjukkan axa ada adik. Most of my friend kenal siapa adik. How special she is.... Adik la pendorong dan penguat semangat axa...selepas mak dan ayah.

Lately ni setiap kali teringat adik dah nak kawin... axa sebak.. baru tersedar... adik dah dewasa. Dah besar panjang. Dah dipinang dek orang dah pun... dan bakal bergelar isteri. Cemburu ke axa... entah! Axa happy adik ada teman... tapi dlm masa yang sama axa tahu... adik axa yang kecik2 tu.. dah pun bakal ada hidup sendiri. Mungkin dia dah tak perlukan axa untuk buat apa2 decision untuk life nya lagi....
Sebulan je lagi. Having her as my youngest manja sister. Adik agak keras hati... tapi axa tahu.. dia ada hati yang tulus. Axa saja yang kenal hati budinya... Adik,.. if you read this entry... just nak adik tahu.. i'll always anggap adik.. as my little girl.. even, after this semuanya berbeza... i'll always love u... I'm happy for you... Adik!

Monday, October 20, 2008

Cerita Hujung Minggu

Salam petang Isnin... lama lak rasanya axa tal update blog. biasala... alasan utama adalah Busy. Hehehehe... Ok la.. offically axa dah pun berpindah ke rumah KAMI di Setia Alam pada Sabtu 11 Oktober lepas. Pindah ni antara perkara yang memenat kan la.. Tak sempat pun nak ambik gambar masa pindah randah tuh. Trip hari tu.. bermula dari lori mengangkut set bilik tidur kat ruma mak kat Kapar.. then drop barang2 tu kat Setia Alam. Lepas tu terus ke Cheras.. angkut katil, meja, mesin basuh..kabinet tv dan barang2 lain... singgah lak kat Sunway Kayangan...ambik set bilik tidur Aszra. Pastu baru la balik ke Setia Alam... sangat penat. Ni pun rumah tak habis kemas dan hias pun lagi....
Kosong je lagi ruang tamu axa ni.. tak sempat hias apa pun

Alkisah.. Khamis dan Jumaat lepas, axa bercuti.. nak kemas rumah + settlekan pembatalan bil2 rumah cheras. Petang Jumaat, on the way dari Pandah Indah nak ke Damansara... tiba2 la Matrix kami tu terberhenti kat tengah2 flyover kat area Pandan Safari. Dah la tengah jam.. hujan renyai2 lak tuh... start2 tak leh jugak. Maka.. keluarla ayah aszra utk tolak kereta ke tepi. Dah le dalam tu banyak barang2 dari rumah cheras. Then ada 2 org mekanik yg kebetulan lalu tolong tengokkan... hhmmm rupa-rupanya timing belt putus la pulak. Adusssssssssssss... setahu axa kalau timing belt putus ni, belanja baikinya ribu riban...huwaaaaa... dah le kami ni tengah pindah rumah baru. So.. since jumaat, Matrix tu kat bengkel kat Esso. Ada mekanik tolong buat. Tak sure lagi kena berapa... Hari ni InsyaAllah siap la... Sabar je la..dugaan ni.

Weekend ni hari tu sempat jugak la menyiapkan tempahan cupcakes. Alhamdulillah rezeki... Just nak bagi tahu.. Axa dah tutup order untuk bulan November. Sebab November agak pack jugaklah jadual plus adik nak kawin pulak...hehehe.


order by Kak Hasnita

Dengan penutup


Order by Midah Putrajaya


Tema love

Friday, October 10, 2008

Cupcakes update

Salam... just nak update dengan project cupcakes axa.... ni semua order 2-3 hari sebelum raya...


Tema Manchester United..order dari Azian
Cupcakes with clear casing.. order dari Mira untuk birthday anak perempuan dia

Ni pun order dari Mira....pink color...

Bulan 10 dan 11 ni.. pun banyak tempahan... Alhamdulillah rezeki. Pada saper2 yang ada order thru YM..maaf la kadang2 axa selalu tak ada kat pc.. dan network pulak selalu tak berapa stabil. So..apa2 just tinggalkan order kat email axa(axa87@yahoo.com).. atau sms axa @ 0122748744. My new blog for CuppyBeez axa ni dalam pembinaan...so tungguuuuuuuuuuu..........

Wednesday, October 08, 2008

Cerita Hari Raya

Salam Syawal... masih dalam mood raya semuanya. Even dah masuk kerja.. still terasa suasana raya. Tapi axa biasalah.. masuk2 je ofis terus banyak kerja. Semalam axa mula bekerja after cuti panjang. Langkah pun panjang....

Tahun ni..aszra sibuk nak pakai tudung "pink color"

Ok.. cerita pasal raya.. tahun ni antara tahun yang beerti buat axa sekeluarga, especially buat emak. Alhamdulillah... segala yang kusut.. kini telah pun kembali ke sedia kala. Ikatan sillaturrahim yang pernah terputus hampir 2 tahun, telah pun bercantum kembali... kami semua tersenyum.. walau ada debar dalam hati di pagi aidilfitri yang lalu... Kalau ada yang pernah membaca entri axa pada raya tahun 2006.. mesti akan teringat, betapa ketika itu.. 1 syawal, emak mengalirkan air mata... apabila terputus kasih dengan saudara sendiri.. dan 1 syawal kali ni pula.. menyaksikan semuanya berakhir dengan baik.. berkat doa dan kemuliaan hari raya.. Syukur sekali lagi.. lepas ni, bersatu la kembali keluarga besar kami....

Actually raya ni memang banyak berjalan.. raya pertama, lepas solat raya, ke kubur... lepas tu seharian menziarah saudara mara...raya ke dua..balik ke seremban dan kemudian terus ke Batu Pahat... ke kubur atuk & nenek sebelah mertua...lepas beraya di Batu Pahat.., ayah mertua axa mendapat berita sedih...salah seorang anak saudara sepupunya meninggal dunia di Kluang, Johor. Kebetulan...kami ketika tu berada di Ayer Hitam...so terus la ke Hospital Kluang. Sempat ayah mertua dan ayah aszra bersembahyang jenazah di rumah mayat kat situ. Lepas tu.. jenazah diiring oleh kereta peronda polis terus ke Subang Jaya. Kalau ada sesiapa yang terbaca atau tengok tv, pada hari raya kedua, ada dibuat liputan dalam Buletin Utama.. acara pengkebumian. Actually, anak saudara sepupu ayah ni Datuk.. dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.. Meninggal akibat serangan jantung pada usia 56 tahun... So.. bergerak dari Kluang, kami sekeluarga terus ke Mersing.. Hari raya ketiga.. beraya kat mersing. Raya keempat, bergerak ke JB pulak.. Lepas puas beraya...baru la bertolak balik ke Seremban dan kami 3 beranak, balik ke Kapar..... puas betul berjalan...



Ok..currently ni.. selain sibuk dengan kerja... axa sibuk packing.. Sabtu ni pindah rumah baru...tapi pindah fasa 1.... barang dari rumah mak dan set bilik tidur aszra je yang dipindahkan dulu... barang rumah cheras... maybe dalam seminggu dua lagi... selain pindah rumah.. axa akan busy dengan tempahan cupcakes.. alhamdulillah rezeki.... Tapi memang pack betul la jadual bualn 10 dan 11 tahun ni.....