Lewat pagi ini,
Ku terima sepucuk lembaran,
Ku baca penuh debaran,
Ku tatapi penuh pengharapan.
Tangkai hati ku putus berdarah,
Empangan air mata ku pecah melimpah.
Sepucuk lembaran dari luar daerah,
Mengimbau memori indah dah payah,
Mencari kasih yang makin hilang,
Mencari sayang yang makin tenggelam.
Sedih, Sayu.
Lembaran ni ku baca berulang kali,
Meniti setiap baris, hati jadi terkunci,
Bukan kerana aku benci,
Kerana aku terlalu menyayangi,
Dan kekal mencintai.
-Lovely Albeira
Antologi Puisi Aku dan Dia-
2 comments:
pess puisi... mendalam sunggu ayat dia.. buat sendirik ka?
ini puisi, itu aelbeira yang punya.. ha ha ha
Post a Comment