Thursday, April 19, 2007

Semua tentang Aszra



A'kum, salam di pagi Khamis. Just nak citer tentang aszra yang dah nak masuk 11 bulan, hujung bulan ni.

1. Kalau bagi any hp kat dia, dia akan terus letak kat telinga dan sometimes dia berckp (bahasa dia lah)
2. Kalau dia pegang remote control dia akan halakan ke tv dan tekan2 button kat remote tuh. Kalau kena kat tukar channel..memang tertukar lah channel tv tu.
3. Aszra dah boleh berdiri sendiri tanpa pegang apa2. So tinggal nak melangkah je la.
4. Kalau aszra tengok tv dan ada bunyi muzik, dia akan menggoyang2 kan badan dia ala2 menari.
5. Kalau aszra naik kereta dan bila pasang radio, dia akan terus menyanyi (bahasa dia jugak)
6. Kalau aszra tak nak, dia akan geleng2 kepala tanda dia tak nak.
7. Kalau wan pukul atuk, aszra akan marah kat wan dan gi pukul wan balik.(memang garang budak kecik ni)
8. Kalau diberi pilihan antara buku dan mainan, aszra akan ambik buku. Dia pantang jumpa buku coz dia suka selak satu2 muka surat buku tuh.
9. Aszra tak takut dengan binatang. Dia suka gi kat akuarium dan nak terkam ikan flowerhorn ibu yang garang tuh.

So far tu perkembangan aszra sekarang selepas hampir 11 bulan dilahirkan. Seronok tengok tumbesaran dia. Mcm tak percaya masa lahir berat nya 2.55 je..sekarang ni dah cecah 9 kilo dah. Mudah-mudahan aszra diberi kesihatan yang baik dan membesar dengan sempurna. Amin.

No comments: