Thursday, April 29, 2010

Family Trip @ Cameron Highland

Salam petang Khamis.. dah kat dua minggu blog ni tak berupdate. Saya agak busy dengan kerja2 di ofis.. Balik rumah pulak.. busy dengan kerja rumah + melayan karenah anak + ayah nya... pastu bila dah malam2 rasa nak cepat je tidur... Sib baik petang ni sempat nak bukak blog dan update.. sementara menunggu suami saya datang menjemput ni....


Just nak citer.. last week (24-25 April 2010).. saya dan keluarga ke Cameron Highland. Lama tak berjalan2 makan angin sekeluarga. Memang dah berhajat nak bawak mak dan ayah.. Plan asal nak pergi sekitar bulan june atau july.. tunggu si Asyif besar sikit.. tapi memandangkan adik saya bakal menyambung pengajiannya di OUM bermula minggu depan.. maka percutian ni diawalkan. Yer la..lepas ni dia kena commit kelas setiap hujung minggu...

Kami bergerak dari rumah seawal kul 7.30 pagi.. singgah kejap breakfast kat R&R Rawang. Pastu teruskan perjalanan... Alhamdulillah sampai sekitar pukul 12 tengah hari. Terus ke apartment tempat kami menyewa. Kali ni.. kami tinggal di Nadia Apartment.. milik makcik Fatimah, ibu kepada seorang sahabat saya. Saper2 nak sewa situ boleh la.. sangat lengkap la apartment ni..siap sediakan maggi, telur.. dan kalau kita guna tak ada sebarang bayaran pun. Astro pun ada.. bantal, selimut, selipar jepun.. punya la banyak... Ok..lepas Zuhur kami gerak ke Brinchang.. gi tengok pokok strawberry kat Raju strawberry farm.. pastu jalan2 minum tea kat Cameron Valley.. mcm2 perisa tea kami rasa.. sambil tu melawat2 jugak ladang teh kat situ. Belah malam.. gi pasar malam kat Brinchang.. beli2 la apa yang patut...





Cuaca kat Cameron kali ni tak berapa sejuk la.. malam tak payah selimut pun tak apa.. Sepanjang kat sana..saya tak pakai pun jacket/sweater. Pastu hari esoknya.. lepas breakfast.. kami gerak jalan2 lagi.. gi tengok bunga ros... pastu gi Kea Farm.. kat sini la duk beli mcm2 sayur.. buah strawberi.. jam jugak jalan kat situ.. Lepas tu dalam tengah hari kami pun bergerak turun dari tanah tinggi tu.. Dua hari satu malam je kat sana.. sekadar nak jalan2 je....Alhamdulillah.. kul 5 petang kami dah pun sampai kat rumah... Walaupun kali ni hanya shrt trip.. tapi seronok la.. first time bawak Asyif jalan jauh.. pastu bawak Aszra tengok pokok strawberi...


p/s: gambar semua kat FB...maleh nak upload banyak2 gambar

Wednesday, April 14, 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 36


Salam.. Hari ni 14 April 2010, ulang tahun perkahwinan emak dan ayah saya yang ke 36. Alhamdulillah...kedua-duanya masih bahagia bersama disamping kami anak2 dan cucu2. Mak dan ayah melangsungkan perkahwinan atas dasar suka sama suka (dulu2 selalunya org yang carikan jodoh) pada tahun 1974. 4 tahun mereka hidup berdua-duaan... penuh dengan kesabaran.. dan pada tahun 1978 baru la lahirnya saya sebagai anak sulung... dan 4 tahun selepas itu pula pada tahun 1982, adik saya pula dilahirkan. 2 orang je anak mak dan ayah. Mak dan ayah saya sangat penyayang.. kami dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Mak dan ayah bukan orang senang... tapi kami anak2 didahulukan dalam apa jua keadaan. Ajaran mak dan ayah juga menjadikan kami adik beradik manusia yang beradab... tahu membezakan baik buruk.. malah, mak dan ayah akan selalu sentiasa bersama kami dalam apa juga yang kami lakukan. Sentiasa support dan hadir .. kalau ke mana2 pertandingan yang kami adik beradik sertai. Tak kisah la.. naik motorsikal je... hingga ke Seremban...masa tu hanya ada motor tu je.. berhujan berpanas, demi kasih sayang pada kami. Hanya Allah saja lah yang akan membalas dengan pahala atas pengorbanan mak dan ayah.... Semoga kami adik beradik akan terus berbakti pada mak dan ayah.. dan Semoga mak dan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk terus hidup bersama hingga ke akhir hayat....Amin...

Tuesday, April 13, 2010

Clash of the Titans - Masa untuk Berdua-duaan


Salam tengah hari Selasa. Hari ni tak busy sangat..meeting ditunda..lega saya. Dapat la melakukan aktiviti mengepam susu dengan tenang. Kalau tak meeting start 9.30..sure tak sempat nak pam. Alhamdulillah....kul 11 tadi saya dah dapat 12 oz.
Eh..actually nak citer tentang hari Jumaat lepas. Saya dan husband gi tengok wayang, Clash of the Titans selepas waktu kerja. Tiba2 je dia ajak... so ok la. Dah lama kami tak tengok wayang berdua..selalu bawak Aszra. Tapi memandangkan citer ni pun tak berapa sesuai untuk kanak2... so kami berdua je la. Ada kawan saya kata citer ni tak best. Saya pun menjangkakan tak best la.. sebab terbayang citer Gladiator, 300 atau Alexander yang saya rasa bosan bila tengok. Pernah saya tertidur masa tengok Alexander. Tapi rupanya citer ni best. Memang la citer zaman2 dulu. Husband saya kata ni citer Greek legend. Kira macam mitos orang dulu2 la. Citer memang tak masuk akal la.. sebab pasal dewa2 yang memerintah bumi. Pastu ada pulak manusia yang half blood dewa. Tapi kita ni tengok as hiburan dan anggap semua tu mitos je la.. jangan pulak kita sama kan dengan agama Islam udah la... tapi jalan citer dia senang dan simple. Tu yang saya suka. Saper2 yang tak tengok lagi..pergi la tengok. Saya maleh nak citer sinopsis.


Ada kawan saya kata kat saya..saya masih ada masa nak tengok wayang? Sampai hati nak tinggalkan anak? Hmmm... Saya rasa tak salah kan jika saya menghabiskan masa berdua-duaan dengan suami saya sekali sekala. Saya bersyukur kerana saya mempunyai kemudahan meninggalkan anak kat rumah mak. So saya tak ada rushing nak ambik anak kat nursery ker.. Jadi x salah kan saya gunakan sedikit masa untuk bersama suami. Kami dah decide.. hari jumaat adalah hari untuk kami berdua.. nak dinner ke, nak tengok wayang ke.. boleh la plan hanya hari jumaat. Hari lain adalah hari bersama anak2. Seminggu 7 hari.. dah sehari je (jumaat) dan itu pun lepas ofis nak lepak berdua ngan suami. Walau berapa pun orang anak yang kita ada..saya rasa kite perlu cari masa untuk kite suami isteri. Ini cara saya..setiap orang ada cara masing-masing kan.. as long ianya dapat menyemarakkan hubungan suami isteri dan keluarga. InsyaAllah....

Monday, April 12, 2010

Cabaran as Ibu dan Ayah


Salam pagi Isnin. Hari ni minggu kedua saya bekerja. Saya akui melalui minggu pertama bekerja agak sukar. Kenapa? Yer la..saya dan husband baru nak adjust balik masa kami. Terasa mencabar pulak. Walaupun sebelum kehadiran Asyif memang pagi2 dah kena hantar Aszra, tapi kali ni lebih banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Rutin kami setiap hari, kul 5 pagi saya dah bangun. Mandi, dan bersiap2 nak ke ofis. Lepas tu siap2kan barang2 nak bawak mcm breast pump, techni ice, bekalan susu satu hari utk bagi kat mak, baju dan beg mengaji Aszra. Lepas sembahyang subuh, saya akan tukar pampers Asyif. Dah siap2 semua dalam 6.15 gerak la kami 4 beranak ke rumah mak. Kadang2 kalau Asyif tak menyusu kul 5, saya akan susukan dia dalam kereta je. Lepas dah hantar anak2 tu, kami pun gerak ke ofis. Alhamdulillah.... minggu pertama saya sampai ofis awal. Yer la.. keluar dari rumah awal kan.


Belah petang pulak, biasanya saya akan singgah rumah saya dulu untuk simpan susu yang dah di pam kat ofis. Takut lak nanti x elok susu tu even ada techni ice.. Pastu bergegas ambik Aszra dan Asyif. Biasanya dua2 anak saya dah dimandikan oleh mak. Aszra pulak dah siap2 pakai baju mengaji. Setiap Isnin - Rabu, 8-9 malam kan dia ada kelas mengaji. Kami akan sembahyang dulu kat rumah mak. Lepas Marghrib baru gerak balik Setia Alam dan hantar Aszra. Pastu balik la rumah... saya akan mula memasak. Yup, saya tetap akan masak.. Asyif biasanya waktu ni dia boleh lepak2 tengok tv dengan ayah dia. Kul 9 baru lah husband saya gi ambik Aszra. Makan malam sekitar kul 9.30 mlm. Tapi husband saya cadang belah malam, saya tak perlu masak berat2 mcm nasi atau lauk. Maybe boleh buat mee, spagetti, potato salad. Ringkas dan tak lah heavy sangat. Husband saya pun faham..saya balik kerja penat kan...nak masak lagi, anak lagi..eheh. Selalunya lepas clear up kan meja dan basuh pinggan... baru lah dapat lepak2 tengok TV. Sekarang ni, husband saya la yang akan selalu entertain Aszra. Kadang2 kesian saya tengok Aszra tu... saya tak larat nak duduk ngan dia buat KUMON, buat ABC atau baca buku citer. By the time saya lepak depan TV, memang akan tumpukan pada si Asyif la.. nak menyusu la, tukar pampers la.. ada masa dia nak duduk beriba dengan saya. So, sekarang ni kami dah deal..husband saya akan spent time ngan Aszra untuk buat aktiviti2 dia. Saya pun kadang2 terlalu letih akan tertidur dulu... Husband saya yang akan jaga Asyif jugak.... Syukur sangat husband saya sangat faham dengan kemampuan saya. Yer la.. saya tidur kejap je.. pastu tengah malam akan bangun2 untuk susukan Asyif. Sekarang ni waktu tido jadi tak menentu la.. dan sebab tu berat saya turun kot.. (saja nak bagi tahu dah kurus ni...) ehheheh...


Saya respect dengan ibu2 yang ada anak lebih dari 2 dan tak ada maid. Pastu anak kecik2 lagi lak tuh. Saya yang baru dua ni dah terasa cabarannya. Mungkin saya baru lagi kot.. kata orang..alah bisa tegal biasa. Lama2 ok la kot kan... itu la sacrifies menjadi ibu dan bapa kan.. sama macam mak dan ayah saya yang membesarkan saya dan adik dulu2....

Tuesday, April 06, 2010

Azam dan Semangat Baru

Salam petang Selasa. Alhamdulillah...hari ni hari kedua saya memulakan kerja selepas bercuti selama 60 hari. Saya memulakan kerja dengan penuh azam yang baru. Maklumla.. saya kini ibu beranak dua. So segala2 nya lain sekarang ni. Seawal pukul 6.15 pagi saya dan En Asrof dah keluar, menghantar buah hati kami dua2 tu ke rumah mak. Nampaknya memang ini lah yang akan menjadi rutin kami setiap hari. Hari pertama meninggalkan keduanya... rasa sayu jugak. Especially si Aszra tu.. dia suka bila saya cuti. Tapi Alhamdulillah... Aszra seorang anak yang sangat memahami. Dia tahu ibu kena kerja.. dia juga bagi tahu kat adik dia Asyif... yang mereka bedua kena tinggal di rumah Wan...

Di office... antara perkara pertama yang saya lakukan ialah clearkan email2 office yang berlambak2 tuh. Mana yang berkaitan dengan bidang tugas, satu2 saya baca.. nak kena keep track balik status department saya. So far semuanya ok. Boss pun dah membahagikan semula tugas2 kepada saya. Selain tu.. saya juga perlu menjalankan aktiviti baru di ofis iaitu mengepam susu..ehheheh. Pergi ofis kali ni siap bawak beg lebih... untuk keperluan mengepam dan menyimpan susu. Kalau selalu tengok si Sato tu ke hulu ke hilir bawak pam tu...kali ni saya pula. Tapi saya mengepam hanya di meja saya...bilik saya tak ada staf lelaki dan agak terlindung juga la kedudukan saya. So... boleh la pam kat tempat sendiri. Saya bersyukur sangat2... semalam, hari pertama, saya berjaya mengepam 28 oz (4 beg x 7 oz). Saya buat 3 sessi. Hari ni..setakat time ni saya dah pun pam 3 beg = 21 oz. Hari ni saya agak sibuk di bilik mesyuarat. Sehari suntuk... so ambik masa kejap2 keluar pergi pam. Yer la.. bila tak pam, sakit pulak rasanya..sebab susu dah penuh...ehehhe. Harap2 nya biarlah saya dapat pam dengan banyak setiap hari. Biar la stok susu saya sentiasa penuh je kat rumah tuh. Cita2 saya tak tinggi sangat... at least dapat menyusu Asyif 3 bulan pertama pun jadi lah.. atau 6 bulan pertama pun saya dah bersyukur.. atau untuk setahun..lagi la saya amat gembira.. pendek kata, selama mana yang saya mampu. InsyaAllah....