Wednesday, July 30, 2008

Chelsea Chelsea...

Salam petang Rabu...sempat lagi axa online hari ni... esok axa akan ambik exam.. doakan mudah-mudahan axa lulus dengan cemerlang....InsyaAllah...

Aszra dengan tiket Chelsea

Malam semalam... axa, ayah aszra, aszra dan dua orang kawan ayah aszra (Malek dan Arif) gi tengok Chelsea Asian Tour... Chelsea lawan Malaysia kat Stadium Shah Alam. Biasa la... ayah aszra sure la tak nak lepaskan peluang nak tengok pasukan favourite dia tu... Yang si Malek tu... org kuat ManU dan Arif orang Liverpool... tapi nak gi tengok jugak sebab nak mengutuk Chelsea...huhuhuh... disamping sokong pasukan Malaysia la kan.... Ayah Aszra...Isnin tu pun gi stadium jugak...dpt free pass utk tengok Chelsea training.

Kul 6 petang kami dah gerak ke stadium. Berhenti kat Shell kat area stadium utk solat marghrib dulu.. pastu baru masuk stadium. Punya la ramai orang. Berpusu2 juga la nak masuk. Masa tengok game tu..aszra punya la excited..first time dia tengok game secara live..selalu dia layan kat tv. Masuk je second half...aszra dah mula merengek..bukan sebab apa...dia nak suruh axa bawak dia ke padang sebab dia nak main jugak. Aszra siap ckp dengan pelat2 dia tuh, baju dia sama dengan pemain chelsea... dan dia nak main bola dan nak masuk gol, "Aja ama aju ceci, abang ain, aja nak ain, nak acuk gol" . Pening axa dibuatnya.. sib baik la leh leka2 kan dia. Finally dia layan je game tuh. Bila orang tepuk..dia tepuk. Bila tengok ayahnya jerit2..dia pun sama jerit...Aszra memang dah lama kenal Chelsea.. gi mana2 pun kalau nampak logo Chelsea..dia akan sebut "ceci" dan buat gaya yang ayah dia ajar...tepuk dada 2 kali dan tunjuk lambang chelsea tu. Sekarang ni lak... siap cium jersi chelsea dia lagi... risau jugak dia minat permainan lelaki...tapi so far insyaAllah ok..sebab bila pilih kasut..dia masih pilih pink color dan bila pilih baju..dia masih suka baju gaun...heheheh..
Tentang game.. memang nampaklah team Malaysia banyak kelemahan..contohnya...fizikal dan stamina.. pemain chelsea ni rata2 kuat berlari dan kaki panjang2 belaka. Hehheh.. tapi, harus diberi pujian juga buat pemain Malaysia... walau pun kalah 2-0, tapi permainan mereka nampak semakin baik dan banyak percubaan gol yang dibuat.

Kami... dua chelsea vs satu Malaysia


Dua beranak - Chelsea Loyal Fans kot


rehat2 tunggu second half (malek baju merah dan ariff baju biru gelap)

gambar kenangan

Tuesday, July 22, 2008

Cuti Mandi Manda

Salam hari Selasa. Ramai yang tertanya2 ke mana axa pergi. Sunyi menyepi kan diri. Ada yang sms... heheheh. 3 minggu ni axa tak masuk office..ada kelas yang wajib di hadiri dan ada exam yang axa perlu lulus Khamis depan. So.. kena la study + assignment yang agak banyak ni. Public speaking pun nak kena lulus jugak...lama tak buat public speaking ni...hehehe doa kan axa lulus dengan baik ok.

Weekend lepas... we all balik Seremban. At least sebulan sekali wajib berkumpul kat Seremban. Biasa la..kalau balik sana...dipenuhi aktiviti makan2. Dua hari berturut2 makan durian yang sangat sedap dan banyak. Hasil nya..suara axa makin serak.. Sabtu, Tok Ayah bawak cucu2 nya gi mandi pool kat Seremban Golf Club. Sementara Tok ayah main pukul2 kat range... axa, kak aida melayan bebudak kecik mandi pool... seronok sungguh budak bertiga tu. Aszra sampai tak nak naik....

Aszra dengan Abg Jik the big brother

Budak 3 orang yang suka berendam dlm pool

Ahad.. plan mandi manda lagi. Kali ni Ibu ajak gi Ulu Bendul. Axa, ibu, ayah aszra , neng dan bebudak 3 orang tu je yang pergi.. kak aida jaga si Hakeem yang kecik lagi tu.. kak Dura pula buat part time kat klinik kat seremban. 15 minit je dah sampai Ulu Bendul tu. Dekat benor. Pagi tu orang tak ramai sangat..... air memang sejuk sangat. Tapi si aszra, maira dan hazrik... duk berendam je dalam sungai tuh.... Lepak situ sambil makan durian lagi...pastu gerak balik.. Petang tu...Kami bertolak balik ke Klang..dalam pukul 4 petang. Singgah Hospital Tunku Ampuan Rahimah... Ija dah bersalin anak kedua.. perempuan lagi.. tahniah Ija dan Nuar.. Nama baby tak tahu lagi..yang best nya.. birthday Sofia (anak pertama Ija) dengan baby baru ni sama.... kebetulan pulak...19 July .. senang buat hari jadi sama2 kan...hheheheh.....

Kat Ulu Bendul



Kami berdua

Ibu ngan ayah Aszra


Monday, July 14, 2008

Jalan-Jalan Bowling @ PD

Salam... penat sungguh rasa hari ni. Cuti weekend dua hari ..KAMI ke PD. Tujuan utama ialah Friendly Match antara Malaysianbowlers dengan Kelab DY Bowl, Port Dickson. Lagi pun dah lama MB tak buat Jalan2 Main Bowling. Last year banyak aktiviti Jalan-Jalan Kenduri Kawin sebab ramai ahli MB yang kawin tahun 2007.

Kami bertolak hari Sabtu dalam pukul 11. Sebelum tu, axa sempat marinade ayam utk aktiviti barbeku sebelah malam. Kami sampai di Sun Shine Bay Apartment kul 3 lebih. Wayi dah menunggu kat apartment. Kami sewa 5 apartment kat situ. Ada juga ahli yang duduk kat tempat lain. Program pertama petang tu main kat pool... Aszra la yang paling happy... nampak pool terus nak suruh tukar swimming suit dia. Kul 5.30 .. ramai2 turun ke pantai yang betul2 depan apartment tu. Best kat situ. Air pun sangat bersih.


Aszra yang keseronokan dlm pool


Main pasir ngan uncle Wayi (Aszra panggil uncle yayi)


Seronok berendam dalam air


Jebat, ayah aszra dan Wayi main bola sepak pantai

Sebelah malam.. sebelum aktiviti barbeku.. kami ke pasar malam PD beli seafood. Pastu dalam kul 9 malam...semua pakat turun ramai2 join barbeku. Menu malam tu.. Nasi Goreng, Mee hoon goreng, Ayam bakar, Sotong, Udang, Sosej dan Burger. Kenyang la jugak. Pastu masing2 dah tak larat dan balik ke apartment masing. Kat apartment axa.. kami duduk 7 orang. Apa lagi.. main game la.. memula Scrabble pastu main UNO. Saper kalah makan kepala sotong, balance barbeku tu... hehehehhe


Dua beranak ni sempat belek hotwheels kat pasar tuh. Like father like daugther la..


Tukang masak barbeku


Ni pun orang dapur jugak...
Pagi Ahad.. lepas siap2... kami ke pekan PD untuk breakfast dulu. Pastu baru la ke DY Bowl untuk friendly match. Boleh tahan orang2 PD ni main bowling. Actually ni kali ke dua axa main kat situ. Game tu meriah la... Kebanyakan orang2 PD yang menang.. homeground diaorg..huhuhuh.. main turun KL la pulak yer...

Aszra tersengih.. dan sempat pau Tie To nasi lemak.


Ni la anak-anak bowling..


Team MalaysianBowlers

Wanita2 MB


Ni team Axa, Ayah Aszra (melentok sebab kuciwa game teruk) dan Bjoe

Bergambar beramai2
Lepas tu, masing2 bawa haluan masing. Axa dan ayah aszra bergerak ke Nilai.. dpt juga beli langsir rumah baru. Sangat berpatutan. Puas hati. Kali ni.. perjalanan pergi balik PD walaupun penat tapi seronok. Aszra pun pandai bawak diri... boleh main dengan uncle2 dan auntie2 kat MB ni...

Sunday, July 13, 2008

Cupcakes for Zita to Yaya



Salam.. lagi tempahan cupcakes... kali ni dari Zita di Seksyen 7 Shah Alam. Sempat juga buat cupcakes ni walaupun axa sangat busy dengan preparation ke PD. Thanks Zita.

Tuesday, July 08, 2008

A KEY To Happiness


Salam....Ahad lepas bersamaan 6th July 2008, kami telah pun menerima KUNCI untuk RUMAH KAMI di Setia Alam. Alhamdulillah...ianya siap seperti dalam perancangan. Appoinment pukul 3.00 petang dipenuhi dengan penerangan secara ringkas berkenaan penyerahan kunci, penggunaan alarm, proses ubah suai dan macam-macam lagi. Seorang supervisor bersama-sama masuk ke Rumah Kami untuk memeriksa setiap barang-barang di dalam check list cukup dan sempurna. Alhamdulillah...sekali lagi, diperhatikan secara keseluruhan, belum ada apa2 complaint yang ingin dibuat.

dah siap masukkan keta dlm porch.. RUMAH KAMI type Semi-D Attach.. ada 10 kaki tanah kat sebelah tepi. Cukupla nak buat TAMAN KAMI

Selepas supervisor tu berlalu... axa dan ayah aszra berpandangan. Tersenyum.... ya, janji kami.. susah biar lah bersama, senang juge tetap akan bersama. Syukur alhamdulillah, dalam usia 30 tahun, kami telah pun berjaya memiliki rumah sendiri (walaupun masih loan dengan bank). Walaupun ada perasaan tidak sabar untuk pindah ke rumah baru, tapi hajat itu masih kami tahankan. Banyak yang perlu di selesaikan. Biar la selesai satu persatu. Grill, kitchen cabinet antara perkara yang menjadi keutamaan. Masih dalam senarai belanjawan kami. Pindah nanti biarlah semua telah lengkap. Tak perlu untuk tergopoh gapah. Alhamdulillah... sejak mula menandatangani borang jual beli hampir 2 tahun lalu, axa dan ayah aszra telah pun membuat belanjawan kami sendiri. Kami tak mahu terlebih belanja... biarlah semua mengikut kemampuan. Pindah rumah baru ni...bagaikan memulakan sebuah kehidupan baru. Biar lah kehidupan baru kami nanti lebih bahagia dan lebih bermakna. InsyaAllah...

Monday, July 07, 2008

My Bowling Achivement

Salam... Sabtu, axa dan Sato@Suzie mewakili INTAN untuk Kejohanan Bowling JPA, di Alamanda. Kejohanan ni bertujuan untuk membuat pemilihan bagi mewakili JPA ke peringkat MAKSWIP.. iaitu Kejohanan Wilayah. Kalau berjaya... terpilih pulak ke MAKSAK...iaitu dah sampai ke peringkat Kebangsaan la...
Team INTAN terdiri daripada 4 lelaki dan 2 wanita. Kami perlu bermain sebanyak 6 games tanpa henti... Selepas 6 game... Alhamdulillah.. axa mendapat tempat Pertama untuk Kategori Wanita dan akan mewakili JPA ke Kejohanan MAKSWIP. Lelaki pulak, dua pemain INTAN terpilih iaitu En Tajul dan En Zaidi.... Ni antara pencapaian terbaik axa dalam sukan kegemaran axa ni... thanks to ayah aszra yang banyak bagi sokongan dan selalu tegur axa bila nampak axa buat silap masa throw bola. To Sato... thanks juga bagi support.. Make sure next year both of us akan wakil JPA ok... Wish Me Luck....
Team INTAN

with my team mate...

Ayah Aszra yang banyak 'bising'..thanks awak..



Thursday, July 03, 2008

Bisik ku pada bulan Kembalikan temanku Kekasihku syurgaku


Bisik ku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Salam... axa baru je balik dari menonton filem Sepi. Kali ni with Kak Dura... thanks kak dura, sudi temankan. Kalau tak...'sepi' la malam axa yang keseorangan ni... ayah aszra is playing futsal la malam ni.

Sepi.. sebuah filem yang baik. Khabir Batia sekali lagi menterjemahkan kisah2 cinta dan disampaikan kepada penonton dengan baik. Selepas Cinta... Sepi sememangnya hasil terbaik beliau. Malaysia memang memerlukan pengarah yang berbakat seperti beliau.

Sepi.. menghimpun kisah kehidupan 3 orang hamba Allah yang menjalani takdir ketentuan illahi. Adam, Sufi dan Imaan..punya cerita Sepi tersendiri. Tanpa mengenal antara satu sama lain... mereka bertemu dalam satu situasi yang merubah kehidupan ketiga-tiga mereka. Kesedaran.. penyesalan dan kata hati mendorong mereka untuk terus hidup dalam Cinta. Cinta tidak datang hanya sekali.... Ya, kekecewaan, kehilangan dan kematian bukan lah noktah untuk Cinta... Sepi, menceritakan kehidupan sebenar manusia. Fakta dan kenyataan yang harus kita sebagai qada' dan qadar.


Sepi.. tidak ada setitik air mata pun jatuh ke pipi axa... tetapi sentuhan Sepi ini mengimbau setiap kenangan dalam kehidupan axa. Membuat axa berfikir... bersyukur atas kurniaan tuhan hari ini. Mungkin ini lah perasaan yang ingin diterbitkan oleh Khabir Batia.. Kita tidak perlu menangis untuk melihat betapa hebat nya sebuan cerita, andai kesan nya berbekas di dalam hati, ianya memadai.

Sepi.. filem yang elok untuk ditonton. Tak perlu axa ceritakan sinopsis nya di sini. Tonton dan nilai la sendiri. Mungkin perspektif kita berbeza.. tapi hakikat kehidupan adalah sama. Percaya pada ketentuan illahi... bersyukur atas setiap yang dinikmati....!

Wednesday, July 02, 2008

Another Cuppies

Salam... ni cupcakes yang axa siapkan untuk tempahan last week... dua2 untuk officemate...

Ni ordered by Kak Wan Asiah.. utk housewarming party kawan dia

Ni pulak tempahan oleh Fiza utk birthday kakak dia...

Tuesday, July 01, 2008

Dinner @ Bagan

Salam....weekend lepas, memang weekend yang sangat penuh untuk axa dan ayah aszra. Sejak awal Sabtu pagi axa dah mula untuk buat Blueberry Cheese Cake utk sambutan birthday ayah aszra pada sebelah malam. Kul 11 keluar rumah untuk hantar tempahan cup cake kat Pandan Indah.. Fiza, office mate axa order untuk birthday kakak dia... Lepas tu balik rumah... hias kan blueberry cheese cake.. sebelah malam, axa dan family mertua bergerak ke Restoran Makanan Laut Bagan kat Port Klang. Best giler seafood kat situ...especially sotong goreng honey.... Then ada sesi potong kek... sedih sangat, topping blueberry nya melimpah ke ke tepi kek.... maybe masa bawak tu bergoyang2 kot.. tapi rasanya tetap sedap..... first time percubaan blueberry cheesecake... memang special untuk Ayah Aszra... Thanks to Kak Aida dan Kak Dura yang belanja utk dinner tu.... juga special untuk the only adik lelaki bongsu kesayangan diaorg..heheheh

Kak Dura, Harris dan Kak Aida

Birthday boy yang tak henti2 makan..

Aszra, Humaira dan Hazrik


Tiup lilin besar... sedih tengok cake tu..huhuhuh