Monday, July 31, 2006

Kembali seperti sediakala..

a'kum..


hari ni 31 Julai 2006, hari pertama axa bekerja selepas bercuti dua bulan. Macam bersemangat nak gi kerja hari ni. Yer la, nak memulakan hari baru sebagai ibu yang berkerjaya. Yang bestnya, axa kini kembali menyarung seluar slack dan kemeja dan boleh berkasut tumit tinggi..semuanya kembali kepada keadaan asal..

Pagi ni walaupun semangat bekerja tu kuat, tapi bila nak keluar rumah tuh, axa tetiba rasa sedih sangat sebab hari ni dan hari2 seterusnya axa akan meninggalkan aszra. Dah dua bulan dengan aszra, axa rasa cam tak nak pergi kerja la pulak. Pagi ni aszra pun bangun awal. Bila nampak dia dah mula merengek, axa terus menyusukan dia. Mula-mula mak kata tak payah la, sebab axa dah lengkap berpakaian utk ke ofis. Tapi tak sampai hari rasanya sebab lepas ni seharian dia tak dapat menyusu dengan axa. Aszra pun macam faham je ibu dia nak pergi kerja. Lepas 10 minit, dia berhenti menyusu. Mak bawak aszra ke depan untuk menghantar axa naik kereta dengan ayah aszra. Sayu je rasa masa tuh. Sib baik aszra tak menangis.. kalau tak dengan axa sekali ikut menangis.

Axa sampai ofis pukul 7.50 pagi. Awal hari ni. Hari ni banyak benda yang axa kena buat. Nak kena clearkan e-mail yang dah beribu2 tak dibuka, sampai terlebih quota dan kena blok terus. Lepas tuh clearkan pc axa mana2 yang patut. Sambil tuh chat la jugak dengan kawan-kawan yang menyedari kehadiran axa ke ofis.

Hari ni mungkin bagi org lain, sama seperti hari-hari lain, tapi bagi axa, hari ni bagai satu permulaan hidup baru untuk axa. Axa bukan saja perlu bertanggungjawab terhadap kerja, tapi axa perlu sentiasa sedar axa mempunyai satu tanggungjawab sebagai ibu yang bekerja. Kalau dulu, masa bukan jadi penghalang untuk axa bekerja, tapi sekarang pembahagian masa penting sangat supaya segala-galanya dapat axa imbangi dengan seadil-adilnya. InsyaAllah....

No comments: