Monday, February 18, 2013

Terima kasih INTAN, Terima kasih SAYANG

Assalamualaikum..

Saat ini, di pertengahan bulan Februari baru lah saya berkelapangan untuk mencoretkan sesuatu di sini. Itupun setelah diingatkan oleh kawan-kawan untuk lebih kerap mengemaskini blog.
Banyak yang sekitar awal Februari. In sha Allah, akan saya kisahkan satu persatu di sini.

Untuk ketika ini, saya telah pun berada di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi. Alhamdulillah, saya telah pun mendaftar sebagai pelajar ijazah kedoktoran pada 14 Februari yang lalu. Satu pengalaman dan perjalanan hidup yang baru yang akan saya tempuh. Teruja dengan perubahan, namun jauh di sudut hati tersimpan satu perasaan yang agak gementar untuk memulakan pengajian ni. Mengharungi kehidupan seorang pelajar kedoktoran bukanlah semegah gelarannya.. kerana banyak cabaran dan dugaan yang perlu saya tempuhi. Namun, semua itu bukan sesuatu yang mustahil untuk diharungi. Kalau orang lain boleh berjaya, kenapa tidak saya kan!

Bercerita tentang hari-hari terakhir saya di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) amat membuai perasaan. Entah mengapa kali ini hati saya amat terkesan untuk meninggalkan kerja saya di INTAN. Bukan hanya saya suka kerja2 yang saya lakukan di EPSA tapi saya sayang persekitaran kerja saya yang sangat baik. Saya ada boss yang baik dan memahami dan yang penting sekali saya ada kawan-kawan yang sentiasa menyokong dan selalu ada dlm apa jua keadaan sekali pun. Kawan-kawan ini lah yang saya anggap sebagai keluarga di ofis. Waktu lunch memang sentiasa bersama. Ada juga yang bising kerana kami tak nak berenggang pun. Balik-balik dengan geng yang sama. Tak apa lah.. kami bersama selagi kami mampu bersama. Tengok la hari ini saya dah pun tak mampu nak bersama mereka. Hanya mampu menyimpan kenangan je la.

 
Hari terakhir, air mata saya jatuh sehingga bengkak mata saya. Diminta berucap, saya lafazkan juga dengan air mata. Memang tak mampu menahan sebak. Melihat setiap insan yang saya sayang.. yang akan saya tinggalkan. Buat semua warga EPSA.. u all adalah team yang terbaik disepanjang kerjaya saya selama 13 tahun ini. Buat sahabat2 saya.. Fiza, Nad, Mira dan Dik Non Fatihah... moga ikatan ini tidak berakhir di INTAN. Biarlah jauh di mata tapi sangat dekat di hati.. Sayang u all semua..

Terima kasih semua..