Aku, mencari dia yang hilang.
Huluran ikatan pernah kuterima.
Bersama mengejar bayang-bayang pelangi.
Berdua mengukir bintang dilangit.
Itu taman langit kita berdua.
Di bawah renyainya sang hujan.. kita berlari kesejukan,
Di kepekatan malam, kita terlena dibawah sinar rembulan.
Aku mencari dia yang hilang.
Pergi bersama waktu yang membunuh.
Hilang bersama sendu yang tidak tertanggung.
Tiada lagi dia...seperti dia yang telah hilang.
Hanya tinggal suara yang membuai lena,
Hanya tinggal nama yang terukir di dasar hati,
Sepi.. sunyi.. kerana serinya tiada lagi.
Tiada lagi dia..kerana dia telah hilang.
Tenggelam bersama kebahagiaan,
Yang diukir atas batu kesedihan, keperitan,
Ditinggalkan dengan seribu alasan.
Perlukah di cari dia yang hilang...
Bila dia yang hilang.. benar ingin hilang.
Pergi la kau yang mahu pergi..
Aku akan berhenti mencari.
Petikan: aelbeira 2007,
Antologi Puisi Aku dan Dia
No comments:
Post a Comment