Friday, March 02, 2007

Dia dan kegilaannya

A'kum..Salam di pagi jumaat. Alhamdulillah, jalan tak jam sangat walaupun axa keluar sekitar pukul 7.25. Maybe sebab terowong Smart dah dibuka kot.

Semalam.. axa dan ayah aszra ke One Utama. Tujuan axa, nak cari barang axa sebenarnya. Jalan2, dan ayah aszra nampak komik Ghost Rider hard cover kat Times book store. Harganya RM 88. Memang cantik komik tuh. Dia dan teruja. Teringat pulak betting dia dengan axa tentang ghost rider 2 minggu lepas. Axa kalah dan dendanya.. axa kena belikan something untuk dia.. Dia dah senyum2.. tahu dah.. mesti nak komik tuh. Tapi dia kata.. kita jalan2 dulu.. mana lah tahu jumpa benda yang lebih berharga. Jalan punya jalan.. kami sampai ke extended building OU tu. Tiba2 je dia nampak satu replika Ghost Rider dalam satu display cabinet. Ni lagi la dia teruja.. asyik kata.. lawanya lawanya.. Memeng besar dan menarik. Kat rumah dia dah ada satu .. tapi kecik je. Yang ni memang cool. axa tengok pun teruja. So tanpa membuang masa.. dia terus heret axa ke kedai Ultimate Toys, yang jual benda2 collector items mcm tuh. Hmm memang ada jual la benda tuh.... Sekali lagi ayah aszra tersenyum2. Axa kata.. kalau nak beli la.. bukan dia tak ada duit.. dia belek2 benda tuh.. hmm memang menarik. Ayah aszra ajak axa gi jalan2 dulu dan solat margrib. Lepas tuh.. memang tak buang masa dah... terus grab je benda tuh... harga dia??? Usah di tanya... Cukup la axa bagi tahu.. 3 angka. Dia dah minat dan ada duit, so kenapa tidak?

Balik rumah.. dia duk bukak benda tuh.. dan membelek2 je kerjanya. Pastu letak kat satu ruang.. bawah lampu. Tersengih2. Sampai pagi ni.. bangun2 je.. perkara pertama yang dia buat, terus ke ruang tamu dan tengok Ghost Rider dia tuh ada ke tak.. Pastu asyik senyum jer. Sampai dalam kereta pun tersengih2. Ayah aszra ni memang suka collect replika karektor komik Marvel selain dari kereta HotWheels nyer yang dah beratus2 dah kat rumah tuh. Free time dia.. dia akan belek replika2 dan hotwheels nyer. Dia bukan sekadar mengumpul, tapi menghargainya. Bukan sekadar suka melihat tapi dia akan mencari maklumat tentang setiap barang yang dibelinya. Cuba la tanya... cerita tentang karektor2 ni.. atau jenis2 kereta hotwheel.. semua ada dalam kepalanya.


Mungkin ada setengah orang fikir... benda2 mcm ni membazir. Tapi bagi axa.. itu hobinya. Setiap orang ada hobi masing2. Dan yang penting.. ayah aszra tahu kemampuannya. Axa memang menggalakkannya. Tak pernah axa kata padanya semua ni membazir sebab axa tahu.. dia mampu dan tahu tanggungjawabnya. Yang penting dia gembira. Itu la ayah aszra... tidak sama dengan orang lain!

4 comments:

CheAyu said...

I've tagged you!
http://myprivatethots.blogspot.com/2007/02/six-weird-things-about-me.html

Unknown said...

yer ayu.. nanti kite fikir yer.. 6 benda weird kat kite ni..

Anonymous said...

haha.. seronok ngk muka arop teruja ngan mainan tuh.. :p

besala kak as.. semua org pong ada hobi.. asalkan dia mmg simpan betoi2 dahla.. hehe..

Asrof said...

aduih.... rindu lak dgn GR ko ini....