Monday, March 19, 2007

Catatan Hujung Minggu yang menyakitkan...

A'kum...
Salam dipagi Isnin yang cerah dan indah. Pagi ni dalam kereta axa tidur dari awal perjalanan sampai la ke ofis. Sian ayah aszra memandu sorang2. Kepala axa tak sakit tapi berat dan sarat. Hanya tidur mampu lupakan apa yang bersarang kat kepala axa ni. Hujung minggu axa, tidak lah sesibuk mana. Dua hari yang pada dasarnya disulami dengan aktiviti yang agak menarik tapi banyak meruntun hati. Tu yang axa bosan. Bila hujung minggu axa diakhiri begitu, sehingga hari ni kesannya masih terasa. Sakitnya menghiris. Ya Allah.. tenang kan la hati hambamu ini...

Sabtu.. pagi2 lagi dah bangun, aszra makin sihat, alhamdulillah. Menyusu pun semakin kerap. Axa siapkan bunga untuk wedding cousin dan kul 12 je, axa start masak. Menu tengah hari tuh, nasi ayam. Dalam pukul 1 lebih dah siap untuk makan sama2. Pukul 4.30 ptg axa dan ayah aszra bertolak ke KL. Singgah kejap di jalan TAR. Kul 6 sampai rumah cheras, dassler dah menunggu. Axa mandi dan bersiap... malam ni kami ada jemputan majlis resepsi kakak kawan kiteorg kat Grand Ballroom Hotel Renaissance, KL. Dalam pukul 6.45 kami bertolak. Zam tumpang keta axa dan dassler pulak tumpang kereta afat. Malam tuh, kami satu group malaysian bowlers duduk semeja. Axa, ayah aszra, zam, dassler, afat, afzan, Wayi, Hajar, Ezyr dan Syida. Pengantin perempuan ni, kakak kepada kawan kiteorng si Azmi. Kakak dia kerja kat Nestle Swiss. Balik sini untuk majlis resepsi. Jodohnya dengan orang ireland, mat saleh gitu... So dapat lah kiteorg tengok mat saleh bersanding pakai samping dan tanjak. Lepas tuh, zam ajak gi karaoke.. so ramai2 bergerak ke EP. So kiteorang kecuali wayi dan hajar, berkaraoke sampai kul 3 pagi. Giler la.. masing2 menyanyi tak ingat. Tapi sekali sekala, mcm tuh boleh la lepas kan tension kan...

Ahad... Pagi2 bangun dan lepas tuh tidur balik. Tengah hari gi umah ucu. Lepak sana sampai petang. Ayah aszra pulak pening kepala tak sedap badan. Then balik rumah, rest dan tunggu rancangan gang starz. Menarik jugak diaorg ni. Tapi kan.. memang la boleh dibandingkan group malaysia dan indonesia.. Memang kualiti penyanyi indon ni bagus dan diaorg ni memang nampak bersungguh2 dan tahu apa yang diaorg buat. Lepas tengok supernatural.. tido la....tapi axa tido dengan kepala otak yang terlalu penuh.

Memang tak suka dengan keadaan mcm ni. Sampai pagi ni masih terasa. Kat dada ada batu.. dan mata pun mcm masuk habuk.. kenapa? sebab axa terpaksa berdepan dengan manusia2 yang terlalu menyakitkan.. ikatan yang pernah terjalin, membuatkan axa terus terpaksa... kalau boleh, axa tak nak pandang pun wajah itu. Serba salah.. walau perasaan sayang masih melekat dalam hati, tapi apa yang terpaksa axa lakukan sebenarnya terlalu menyakitkan axa balik. Axa seperti tidak menjadi diri sendiri. Sakit bila terpaksa buat benda2 yang bukan menjadi sifat axa selama ni. Bosan.. marah.. sedih.. sakit.. semuanya axa rasa. Ya Allah.. jangan lah kau wujudkan rasa benci dalam diri ku... Entah la.. kenapa manusia2 ni tidak pernah sedar. Tidak pernah mahu berubah. Dengan axa saja begitu.. dengan org lain dia tidak..ya.. mengapa axa yang dipilih menerima dugaan ini. Astarghrafirullahallazim...

No comments: