A'kum.. salam di pagi isnin. Hari ni lambat sikit sampai kat ofis.. jalan jam betul nak ke damansara tuh. Pagi ni kaki axa masih terasa penatnya. Sekali lagi.. cuti hujung minggu axa penuh dengan aktiviti. Bila la nak berehat ni. Hmm tapi tak apa la.. semua yang axa buat, menggembirakan axa.. selagi udara masih mampu masuk keluar ke paru-paru axa, dan selagi jantung masih kuat untuk mengepam darah, axa ingin menikmati kehidupan di dunia ni dengan penuh kebahagiaan. Mana tahu.. esok lusa kita di panggil mengadapNya. So.. life is short, play hard! He he he..
Sabtu.. axa sekeluarga kecuali adik.. ke Nilai 3. Selama ni, axa yang bagi nasihat kan kawan2 yang nak kawin supaya gi sana.. hari ni axa pulak ke sana. Axa selalu juga singgah sana dalam perjalanan balik ke Seremban. Tapi .. kali ni, bawak mak ayah.. banyak yang nak ditengok dan dibeli. Ratus-ratusan jugak la habis.. dengan bunga telur, bunga pahar, uncang.. penuh kereta axa. Senang.. settle semua. tak payah cari2 lagi benda2 ni semua...
Hari ahad...Seawal 9 pagi, axa, ayah aszra, aszra dan Aus(cousin) dah bergerak ke One Utama. Hari ni MB hantar 4 team untuk kejohanan boling sahabat KLFM. Kami ni team2 jemputan la. Axa group MB C dengan Zam, Sato dan Ayah aszra. First game axa teruk 123 je.. sib baik zam boleh cover.. alhamdulillah second ngan third game axa baru la nak menjadi. Team kami dapat no. 3.. dapat la throphy kecik.. dan untuk individu axa dapat no 9 dan sato no 8. Zam plak utk individu lelaki dapat no 5 kot.. Walau pun game ni hadiah dia bukan wang tunai.. tapi memang enjoy la.. pastu dapat kenal ramai kawan2 lain, especially sahabat KLFM. Diaorg ajak jugak axa mendaftar jadi sahabat.. tapi, nanti nak kena dengar KLFM la pulak.. axa ni layan ERA je all the time.. he he he.. Lepas tuh.. kami team MB bergerak beramai2 ke Burger King. Lapar giler.. Lepas tuh.. masing2 bawak haluan masing2. Ada yang balik terus.. yang bercouple.. gi dating.. axa pulak.. memang ada tujuan dah. We all gi Sommerset Bay..ada satu baju yan axa suka sangat.. tapi sedih.. size yang axa nak dah habis. Bosan nya!! Tapi tak apa la.. axa dapat baju lain yang cantik jugak.. thanks ayah aszra...
No comments:
Post a Comment