Friday, March 23, 2007

Berkampung lagi...

A'kum... salam di pagi Jumaat. Dah beberapa hari hujan je. Banyak tempat yang dinaiki air. Cuaca tak menentu. Dan mungkin sebab tu jugak la aszra jatuh sakit semula. Hmm.. memang mencabar jadi ibu dan ayah ni rupa-rupanya...

Selasa.. emak bagi tahu axa, nafas aszra makin kuat berbunyi. Pukul 4 petang mak bawak aszra gi klinik ambik gas.. mula2 ok.. pastu mak call balik dalam kul 5 lebih, bagitahu breathing dia lagi kuat dan mcm susah nak nafas. Then mak ayah terus bawak aszra gi klinik tu balik. Doktor tuh tulis surat supaya hantar ke hospital sebab doktor takut ada jangkitan pada paru2. Mak ayah bawak aszra terus ke cheras. Axa dan ayah aszra tunggu kat cheras. Diaorg sampai je axa terus masuk emergency ward. Memang nampak sangat dia tak selesa dengan pernafasan dia. Doktor terus suruh pasang nebulizer. Lepas tuh, doktor check balik.. dia suruh masuk wad sebab tengok cara pernafasan aszra yang laju semacam, dan dia pun bimbang kalau ada lung infection. Biar doktor pakar yang check. Maka.. sekali lagi dalam masa seminggu aszra masuk wad yang sama ..3102, hospital pantai cheras.. berkampung lagi ibu, ayah wan dan atok kat situ..

Malam tu, aszra tidur dlm keadaan pernafasan yang teruk sangat. Hati axa mcm kena siat je tengok anak sendiri mcm tuh. Kesian sangat kat dia.. Kalau boleh dipindahkan semuanya pada axa...axa rela. Tak sampai hati tengok dia dlm keadaan payah mcm tu. Sekali lagi air mata axa tumpah tengok anak axa yang baru nak masuk 10 bulan terlantar lesu macam tuh.... sedih sangat.. Then.. setiap 3 jam aszra akan di beri gas untuk clearkan pernafasan dia. Biasa la dia.. everytime bagi gas mesti dia akan menjerit dan meronta2 nak lepas. Axa memang tak boleh nak tidur dengan tenang walaupun dibagi katil yang cukup selesa. Dua malam kat hospital tu, axa tidur2 ayam je.. bimbang kalau aszra terjaga dan tak ada saper disamping dia. Everytime dia terbangun..dia akan pastikan ada seseorang kat sebelah dia. Kalau tak, dia akan menangis... Sian sangat kat aszra. Nampak nurse masuk je... dia dah menjerit.. sebab tahu.. dia akan diberi gas.

Khamis, aszra nampak ceria dan sihat sikit. Nafas pun tak bunyi lagi. Cuma demam je on off. So aszra discharge pukul 5 petang. So kami semua balik semula ke rumah Klang. Malam tadi aszra punya la aktif. Tapi pagi tadi.. nafas dia kembali berbunyi dan ianya cukup merisaukan axa. Harap2 hari ni.. lepas makan berjenis2 ubat yang doktor bekal kan..aszra akan kembali sihat macam biasa.. ibu sayang aszra sangat.....

No comments: